Dec 31, 2010
Dec 26, 2010
S & C
Jadi jika anda fikir tak mahu membiak haiwan peliharaan anda, kembirikanlah haiwan anda. Ini akan menolong menurunkan populasi haiwan terbiar.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
Dec 5, 2010
Nov 19, 2010
Raya tanpa family.

Pagi raya di D-G-1. makan-makan + tangkap gambar + gossip (routine utama jika kami berkumpul). Balik ke rumah Azeem, roommate sekali lagi bawa makanan dari rumah. Hari raya diselang seli dengan nota epi. khabarnya soalan susah, tapi tadi jawab...Alhamdulillah, Allah mudahkan.


* Gambar ambil dari Fb Zul
Nov 14, 2010
Happy week
Dear Pk,
Hari paling menyeronokkan berlaku dalam minggu ini. Selain birthday Azeem, jumaat lalu Azeem lepak sekali dengan student UNITEN!! Paling seronok sebab banyak belajar benda baru. Ada salah seorang mereka ini dikira sebagai orang paling bayak pengatahuan sunnah. Paling terkesan apabila dia beritahu satu cara bagaimana mahu tingkatan daya ketahanan diri & penghafalan.
Memang susah nak amalkan cara yang Nabi ajarkan pada Hazrat Ali RA, bangun malam jumaat solat 4 rakat dan setiap rakaat dibaca surah-surah khusus. Azeem tidak berapa ingat hadis berkenaan dan diriwayatkan oleh siapa. Jadi, ada cara lain nak tingkatkan daya ketajaman akal fikiran. Cara ini diajar oleh Allah SWT kepada Jibrail kepada Rasulullah SAW kepada 4 sahabat besar (Hazrat Abu Bakar, Umur, Othman, Ali)
Tadah air hujan yang terus dari langit,tiada perantaraan bumbung, kemudian bacalah 70x surah Al-ikhlas, Al-falaq, An-nas, Al-Fatihah & ayat kursi. Setiap kali baca dihembus ke dalam air hujan. Hendaklah diminum pagi & petang selama 7 hari. InsyaAllah pasti ada kejayaan.
Malam ini ada seorang ustaz baru balik dari Russia datang ke kolej Azeem, pasti pelbagai kisah menarik bakal didengar dari karkuzari beliau.
Oct 24, 2010
SAW
Dear PK,
Lebih sebulan tidak menjenguk blog. Alasan = sibuk dengan small animal block ++ 2nd test. Mula-mula rasa cuak gak. Raya tahun ini penuh kerisauan, bagaimana Azeem bila masuk ward small animal?
Selepas beberapa hari kena komen lagi why not wearing tie?
Small animal block ada keseronokkannya sendiri. Dr Jes** berkata masa rota u akan menjadi rapat dengan orang yang u tak pernah rapat. sehinggakan kawan rapat u,rasa semakin renggang sebab jarang jumpa..lebih-lebih lagi semasa tahun 5. Tak sedar lansung dah akhir sem.Wow,memang tak terasa masa berlalu dengan pantas!!
Sep 9, 2010
Sep 5, 2010
Seribu Malam
Terpulang pada kita sama ada hendak beribadat sepanjang malam ataupun separuh malam ataupun hanya sebentar sahaja. Ibadat tidak tertakluk kepada solat, membaca Al-Quran, malah tidur cara sunnah pun dikira ibadat. Tetapi tarikan untuk Allah suka pada amalan, lebih tinggi jika kita solat, zikir & berdoa.
Waktunya menjadi isu yang dipertikaikan. Dengan mudah, satu laman web USA meramalkan akan berlaku malam ini (27 Ramadhan). Padahal tiada satu spesifik hadis pun mengatakan dengan tepat bila akan berlaku, cuma Rasulullah mengatakan ianya bakal berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir.
Tetiba Azeem terbaca satu hadis yang lebih kurang maksudnya Rasulullah pernah hendak memberitahu waktu tepat berlakunya Lailatul Qadar, tetapi disebabkan 2 orang islam bergaduh, maka terbatal hasrat Rasulullah atas perintah Allah. Patutlah ikramul muslimin ditekan keras oleh Rasulullah.
Orang yang akan menemuinya pasti dipilih Allah. Benda yang didengar mudah, tetapi untuk mendapatnya susah. Benda mahal, tidak mudah Allah mahu berikan pada hambanya yang tidak berusaha. Mudah-mudahan dalam seumur hidup, temukan diri kita dengan malam itu.
P/S : Allah boleh tentukan mana-mana kita nak duduk masa berlaku Lailatul Qadar. Kita boleh berada di atas tikar sejadah, menangis meratap kesalahan masa lalu ataupun tidur lena di atas tilam empuk ataupun di atas motor berpelesit di ibu kota.
Sep 1, 2010
Berbeza
Azeem, management la...itu pun tak dapat nak buat yang terbaik.
Aug 30, 2010
Surau Al-Ikhlas
Dear PK,
tiga hari cuti.. Azeem berada dekat dengan UPM. bukan di JOHOR.
Fasa 4 tambahan,Bangi menjadi destinasi cuti minggu lepas. Sangat-sangat kagum suasana kawasan ini :
1. Walaupun rumah mewah ++ kereta boleh membuat Azeem pandang 2,3 kali, tetapi penduduknya takde pun sifat sombong, semuanya baik2 belaka
2. SANGAT-SANGAT KAGUM dengan majlis berbuka puasanya di surau. pertama kali Azeem nampak ada semangat jiran tetangga dikalangan penduduk. makanan bukan calang-calang, kehadiran hampir 100 org setiap hari
3. Solat tarawihnya pun boleh dikira penuh pada hari hujung2 Ramadhan.
4. Kanak-kanak sudah biasa dengan surau, qiamulail di surau jadi rutin mingguan mereka
pendek kata hujung minggu Azeem dihabiskan dengan benda yang baru ++ hati semakin tenang. Paling best jumpa senior DKHP yg tamat belajar tahun 1987. Pernah bekerja di GPS di CP selama berbelas tahun. Banyak benda yang dikongsikan ++ idea untuk final project. Azeem boleh ibaratkan dia berfikir luar dari kotak sehingga orang tak nampak apa yang dirancangnya.
Aug 27, 2010
Cita-cita tak kesampaian
Dear PK,
Artikel dibawah ini karya asli Azeem yang sepatutnya dihantar ke pertandingan menulis esei Ramadhan di Kolej untuk MERIT!! malangnya,LUPA!! ingat nak balik rumah sahaja..
Nabi SAW bersabda: Sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadhan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan. Kedatangan Ramadhan setiap tahun sama ada meninggalkan kesan atau tidak pada seseorang pasti akan berlalu. Tidak dinafikan ada juga yang menunggu kehadiran Ramadhan seperti menunggu kelahiran anak sulung. Setiap hari dalam Ramadhan digunakan secara manfaat untuk merai segala peluang yang ada yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman.
Ramadhan diibaratkan sebagai satu pesta yang memerlukan pengunjung datang setiap khemah yang disediakan. Syarat wajib masuk ke Ramadhan ialah dengan berpuasa di siang hari. Setelah masuk ke Ramadhan, itu terpulang kepada pengunjung sama ada mahu mengunjung ke ‘khemah’khemah’ yang lain atau tidak. Sepanjang Ramadhan amalan-amalan dilakukan semata-mata untuk sukakan Allah berlipat kali ganda. Tarawih, bermunajat malam, membaca Al-Quran, bersedekah, memberi makanan atau hadiah kepada fakir miskin semuanya dilakukan atau keinginan pengunjung Ramadhan. Jika seseorang itu buat, maka adalah ganjaran yang bakal diperolehinya.
Setiap daripada kita ini perlu merenungkan setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan fardu dan setakat mana terdapat peningkatan dalam amalan sunat pada bulan yang diberkati ini. Kecuaian kita terhadap amalan fardu begitu ketara sekali sehingga ada antara kita yang tidur semula selepas bersahur sehingga solah Subuh terpaksa diqada ataupun sekurang-kurangnya tertinggal solat berjemaah. Seolah-olah makanan yang dijamah ketika bersahur lebih hebat & besar dari perintah Allah SWT untuk menunaikan solat Subuh.
Begitulah amalan-amalan fardu umat akhir zaman. Itu belum disentuh dengan solat Maghrib yang ditunaikan hampir masuk waktu Isya’ kerana sibuk mengenyangkan perut ketika berbuka. Adakah kehadiran Ramadhan sekadar sama dengan bulan-bulan Islam yang lain? Tidak timbul keinsaafan dalam diri umat Islam bagi setiap Ramadhan yang sudah berlalu? Semuanya boleh diubah jika umat Islam itu sendiri mahu berubah & berdoa supaya setiap hari dalam Ramadhan mengajar dirinya untuk mendapat sedikit maafaat dari Ramadhan.
Kata-kataMu.....
Dear PK,
Bacalah hari-hari akan Al-Quran ketika sibuk atau pun senang,
kerana Al-Quran akan menjadi asbab kamu mudah ketika sibuk di akhirat,
Dengarlah bacaan Al-Quran ketika dialunkan
kerana Al-Quran menjadi pendinding kamu di dalam kubur kelak
Fahamilah setiap bacaan yang diucapkan dari Al-Quran
kerana tuntutan Al-Quran untuk dikaji & difahami
Amalkan setiap suruhan dalam Al-Quran
Menjadi pembimbing hidup lebih bertakwa
Cintailah Al-Quran lebih dari segalanya
kerana cintanya bakal kekal hingga ke Syurga
17 Ramadhan 2010 - Nuzul Al-Quran.
p/s : really enjoy ceramah Nuzul Al-Quran di kolej. Ustaz pun sempoi, tanya soalan pakai SMS.
Aug 11, 2010
Ramadhan
Dear PK,
1 Ramadhan menjelma kembali. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh mahkluk termasuk manusia. Ramadan pasti akan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menyelami setiap harinya. Pasti ramai berfikir bahawa Ramadhan sinomim dengan PUASA.
Ramadhan = PUASA? bagaimana dengan amalan lain? adakah makin berkurang?sama sahaja dengan bulan-bulan lain? Orang yang hanya menganggap Ramadhan hanya PUASA sahaja terlalu rugi. Mungkin kita tak akan jumpa Ramadhan yang akan datang. Semailah setiap saat dalam Ramadhan dengan perkara yang baik & dapat meningkatkan keCINTAan Allah pada kita.
Jika kita tertinggal puasa,pasti ramai fikir untuk mengantinya dalam masa setahun akan datang. Tetapi jika tertinggal solat? pernah terfikir nak Qada'?
Subuh paling sinonim dengan Ramadhan. Kerana masa ini, orang sanggup bangun seawal 5 pagi untuk bersahur. Apa kata luangkan masa sekejap, selepas makan, tunggu azan berkumandang bergegas ke surau/masjid. pasti bangga 'orang-orang surau' melihat subuh seperti solat tarawih.
Jul 31, 2010
Salahkahku??
Dear PK,
Dari Wasilah bin Asyqa' RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Jangan kamu bergembira atas kemalangan saudaramu, kerana Allah boleh menunjukan rahmatNya keatasnya dengan melepaskannya dari kemalangan dan menimpakan kemalangan itu kepada kamu
HR Tirmizi
Azeem bukannya orang yang layak mengulas hadis/Al-Quran (walaupun sesetengah pihak amat mudah menghantar risalah mengenai Al-Quran/Hadis dan mengulasnya).
Banyak perkara yang menimpa Azeem sejak masuk semester baru ini atas perbuatan tidak kemanusiaan sesetengah orang. Mungkin lebih teruk lagi berlaku pada Mr T. semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpalnya atas kesabarannya
NOTA RUMINANT-FACEBOOK-BANK-BAJU FAKULTI
Jul 25, 2010
Life is a mystery
Equine : Tiba-tiba hati boleh tertarik dengan Kuda. sebab? minggu 1 rotation dengan kuda :)
Walaupun masih 10 hari kuliah, rasanya macam 100 hari sudah masuk kuliah. Banyak kena cover & refer balik note2 lama. Pengajaran? jgn main hafal je, fahamkan!! kan senang dah ada dalam otak. sampai HN pun kena refer note lama apa kejadah benda tu.
Uniform biru disarungkan kembali. Semuanya masih dalam keadaan tak berapa ingat flow surgery. padahal OHE je.. pakai glove pun dah lupa. haha!! belajar dari kesilapan. Mungkin kali ni amat mudah, tetapi terasa kekosangan. Tiapa jeritan & tangisan berlaku. rindu sangat suara yang biasa di dengar ketika surgery.
Rambut? dah 3 lecturer tegur. rasa selesa rambut panjang lah!! nampak macam tua sikit. "Nantilah raya baru potong" jawap Azeem pada salah seorang dari mereka. Mr T terkesan dengan kata-kata seorang Dr. terus dia potong.
Azeem? DEGIL!!
p/s : Pemintaan maaf secara terbuka pada Mr K (kau tahu siapa kau). Aku tak ada masa kau susah. Apa punya kawan. ++ junior ckp Azeem ni sombong giler ketika berjalan. haha!! Azeem memang susah nak tegur orang.
Jul 17, 2010
More in 4
Jul 10, 2010
Tiang mula bergoyang
Jun 29, 2010
Dari lensa...
Kamera yang ada dua kotak... padahal 1 lagi hilang di masjid universiti. Cepat-cepat beli baru & kena tunggu lama nak warna ini.
Jun 14, 2010
Rejab Back
- Bersedekah walaupun sesen setiap hari.
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat-solat sunat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
- Hijrah pertama ke Habsah
- ISRA’ & MI’RAJ +++ Solat wajib 5x sehari**
- Perang Tabuk
- Kelahiran Imam Syafie
Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Jun 13, 2010
♥♥♥Yuslina♥♥♥
Hari bersejarah dalam hidup kawan sekelas Azeem,Ina berlansung dengan meriahnya. walaupun hujan sebelum mereka bersanding, tetapi ramai juga coursemate Azeem yang lain datang ke majlis perkahwinan mereka. Tahniah buat mereka. Coursemate Azeem trauma dengan sorang makcik ni.. tetiba suap bekas makanan pengantin pada mereka.
Kenapa perlu susah payah dari Johor ke Seremban menaiki bas awam?? Entahlah.. mungkin sebab dah tersimpan dalam akal yang dia merupakan kawan baik Azeem. Peristiwa double trouble semester 4 yang memang boleh sesungguhnya menjatuhkan semangat Azeem,dia antara orang yang menyokong dari belakang. Mungkin sejak itu kami semakin rapat.
Sejak 6 tahun dahulu dah kenal pasangan ini. Pengantin lelaki pun memang kenal Azeem. Bagi Azeem memang mereka pasangan secocok. Harap mereka berkekalan hingga akhir hayat ++ Seronok dapat jumpa kawan diploma Azeem. Dialah sumber maklumat dalam JPH. bila pula nak makan nasi minyak dia.
p/s : bergegas balik ke JB. sambut birthday kawan +++ kenapalah Azeem boleh terpengaruh melihat bola USA vs UK.
Jun 11, 2010
Aku + Bola = Entah Apa Jawapannya
May 29, 2010
Jinakkanlah,Miley..
lagu dlm album,boleh tahan lah. Bila lihat lagu Can't Be Tamed kat MTV,mmg dah jangka music video akan mcm gitu. Dia nak lagi dari imej good girl,Hannah Montana.
Part dlm cage,part paling meaningful. Yeah,kenapa perlu jadi org lain kan miley. u free nak buat apa2.
try to listen her song..
Miley...bila nak datang Malaysia?
p/s : Hari ni cari absolute boyfriend SP. Adik Azeem ckp dah ada kat kedai M'sia. Try cari cerita jepun baru lah. bosan duduk rumah.. Jusco Terbau pun dah bosan tgok muka Azeem
May 21, 2010
Tanah Merah : 3
Panas betul duduk sini. Hari2 rutin kami pergi beli air teh o beng pagi & petang. Hidup dengan orang2 kelantan? tak semua ada sifat kenegerian, tapi ada seorang ni...cara cakap dia ni memang nak menujukkan Kelantan ni hebat ++ cerita pasal 'bulan'. BOSAN!!!! Islam akan bersatu bila tak ada orang kutuk orang Islam lain.
Bukan setakat pengalaman,perangai orang pun kita pelajari. seminggu tak cukup untuk kita kenal seseorang itu,selepas 2 minggu..baru nampak perangai sebenar. Teperanjat juga tetiba Pija & Siti (prac-mate) Azeem selongkar bilik dalam rumah bujang yang Azeem duduk.Ternyata terjumpa sesuatu.
Deman main daun terup selepas dinner..SEKEPING....TIPU.. masih teringat lagi suara2 mereka. +++ kami lalui 3 minggu bersama. sifat berlagak seorang Dr Vet,perangai menyampah dari institut lain.
Lata Tembakah,Sungai Golok,Nasi Kerabu,Air Kelapa Shake,Pau goreng.... semuanya Azeem rindui +++ kepanasan yang teramat sangat
May 17, 2010
Perangai apa ntah!!
kenapa perlu ada sifat racist dalam hati engkau,wahai pakcik yang sudah berumur lebih 40 tahun,mempunyai anak hafiz & selalu bercerita tentang agama berunsurkan politik??????
Kenapa perlu pulaukan mereka??mereka pun rakyat Malaysia. Yang ada hak untuk praktikal kat sini.
**d** punya pakcik. kalau tak suka pun xyah nak hasut orang lain tak suka mereka. Mereka tu junior Azeem.
May 1, 2010
Hel-O,Gudbye..
Entri ni dipublish dari Tanah Merah...
Pejam..celik..pejam. Eh,dah habis tahun 3?? Okey,Julai jadi DVM4.
Banyak memories yg ditinggalkan sem ni :
- Kamera yg baru dibeli tak sampai seminggu HILANG DI MASJID!!! sampai sekarang tak puas hati dgn siapa yang bongkar beg orang masa sedang solat Jumaat.
- Selipar Dr Cardin HILANG. sekali lagi kat masjid,tapi masjid bukan di universiti. cari kat kedai,dah takde design tu.
- GLEE FEVER.. tak tahulah nape kena deman ni. mcm lain sahaja. tak mcm GG/Hannah Montana
- Benggang dengan kejadian yang berlaku. Macam budak kecik (walaupun budak kecik pun benggang juga ++ guys DVM3).
- Seronok dpt housemate macam ni. Serius tak stress!! campuran DVM1-DVM4. Kecuali sorang.. keluarkan dia. (bukan DVM + MALAYSIAN)
- Macam tak percaya ada pencuri dalam kolej or lebih tepat lagi dia selalu masuk rumah Azeem di kolej. Kecian pada sorang senior ni,selalu jadi mangsa hilang DUIT
- STUDY?? macam biasa. Orang yang biasa macam Azeem ni,apalah nak dibanggakan. Seronok semester ni sebab banyak benda baru.
- Majlis silaturrahim yang tak boleh dilupakan seumur hidup. Tungkus lumus dari akhir tahun lepas hingga tamat majlis. jadi stuntman atas pentas DSV,boleh terbang tu..BOLLY..BOLLY.. (following event buatlah broadway theme..)
HELLO, GOODBYE....SEM6
P/S : Selamat Hari Pekerja.
Apr 15, 2010
Syndrom ketika exam
Apr 13, 2010
Apabila...
Apr 7, 2010
Dweeb
Secara rasminya menjadi kucing belaan student lelaki batch Azeem.
Sebagai langkah pencegahan berlaku lagi, senior kami membeli pyrantel. DWEEB..DWEEB..
Mar 31, 2010
Burung
Mar 30, 2010
Prokasih 2010 seminar
Kali ini Prokasih tidak seperti tahun lepas, perlu memakai baju formal dan seharian suntuk di fakulti. Seminar Prokasih semalam berjalan lancar dengan dikendalikan oleh tunjak utama Julie & Shyla. Tugas Azeem seperti biasa - PA system man.
Program ini membawa setiap peserta untuk bersedia sedaya upaya untuk meletakkan satu mind set pada pelajar-pelajar sekolah yang bakal mereka temui dalam bulan 7 ini. Azeem insyaAllah mengikuti program itu, alasan sampingan = temankan Mr T.