Jun 29, 2010

Dari lensa...

Dear PK,


Budak yang mak Azeem jaga saling tak tumpah macam muka Azeem masa kecik dulu. Hinggakan sepupu Azeem terkejut bila masa Azeem ada adik baru. paling nakal dalam rumah & peneman mak ketika bosan di rumah. (mulut comot selepas makan La Cremeria Vanilla)



Kamera yang ada dua kotak... padahal 1 lagi hilang di masjid universiti. Cepat-cepat beli baru & kena tunggu lama nak warna ini.



Birthday Mak Azeem (26 June) yg ke-48. walaupun hari yang sama majlis perkahwinan sepupu Azeem, balik dari rewang... suruh ayah singgah di secret recipe. Makan kek dengan nasi beriani lauk kambing (sedap betul orang yang masak kenduri kahwin ni)



Mungkin lama tidak pulang ke kampung (Felda), kali terakhir ketika arwah atuk meninggal. impaknya masih ada lagi. Ada rasa kelainan, biliknya kosong tersusun rapi. Hanya tinggal makcik Azeem sahaja. Dia ajak ke taman mini dunia area batu pahat. sayang sekali,temaptnya boleh diusahkan tetapi dibiarkan kosong ++ banyak tahi haiwan bersepah.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY