Aug 11, 2010

Ramadhan

Dear PK,

1 Ramadhan menjelma kembali. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh mahkluk termasuk manusia. Ramadan pasti akan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menyelami setiap harinya. Pasti ramai berfikir bahawa Ramadhan sinomim dengan PUASA.


Ramadhan = PUASA? bagaimana dengan amalan lain? adakah makin berkurang?sama sahaja dengan bulan-bulan lain? Orang yang hanya menganggap Ramadhan hanya PUASA sahaja terlalu rugi. Mungkin kita tak akan jumpa Ramadhan yang akan datang. Semailah setiap saat dalam Ramadhan dengan perkara yang baik & dapat meningkatkan keCINTAan Allah pada kita.


Jika kita tertinggal puasa,pasti ramai fikir untuk mengantinya dalam masa setahun akan datang. Tetapi jika tertinggal solat? pernah terfikir nak Qada'?


Subuh paling sinonim dengan Ramadhan. Kerana masa ini, orang sanggup bangun seawal 5 pagi untuk bersahur. Apa kata luangkan masa sekejap, selepas makan, tunggu azan berkumandang bergegas ke surau/masjid. pasti bangga 'orang-orang surau' melihat subuh seperti solat tarawih.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY