Jul 10, 2010

Tiang mula bergoyang

Dear PK,

27 Rejab yang diraikan oleh setiap umat islam secara sedar ataupun tidak. Ulang tahun HADIAH terbesar umat islam. Manusia akhir zaman dimudahkan oleh Allah untuk minta apa-apa sahaja melalui perantaraan solat.
Tetapi sejauh mana umat masa kini rasa solat sebagai hadiah?atau sekurang-kurangnya merasakan solat sebagai tanggungjawab?

Kita sendiri kadang kala merasakan solat ini sebagai bebanan yang amat berat dipikul. Bukan sebab tiada masa,tiada dorongan atau tiada panduan, tetapi meninggalkan solat dijadikan sebagai rutin harian.

Ada sesetengah terasa sedih meninggalkan solat. Dia sedaya upaya tidak akan mengulangi kejadian itu lagi. Ada pula tanpa rasa bersalah meninggalkan solat malah merasakan solat seperti tidak perlu dikerjakan. pandangan mereka, hanya orang-orang tua sahaja harus mengerjakan solat (tua baru hendak bertaubat)

Mereka ini ada menyatakan belum sampai hidayah Allah untuk mereka bersolat dengan sungguh-sungguh. Bagaimana Allah hendak memberi hidayahNya jika orang itu tidak meminta?

Renung-renungkanlah....

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY