Aug 27, 2010

Cita-cita tak kesampaian

Dear PK,

Artikel dibawah ini karya asli Azeem yang sepatutnya dihantar ke pertandingan menulis esei Ramadhan di Kolej untuk MERIT!! malangnya,LUPA!! ingat nak balik rumah sahaja..

Nabi SAW bersabda: Sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadhan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan. Kedatangan Ramadhan setiap tahun sama ada meninggalkan kesan atau tidak pada seseorang pasti akan berlalu. Tidak dinafikan ada juga yang menunggu kehadiran Ramadhan seperti menunggu kelahiran anak sulung. Setiap hari dalam Ramadhan digunakan secara manfaat untuk merai segala peluang yang ada yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman.

            Ramadhan diibaratkan sebagai satu pesta yang memerlukan pengunjung datang setiap khemah yang disediakan. Syarat wajib masuk ke Ramadhan ialah dengan berpuasa di siang hari. Setelah masuk ke Ramadhan, itu terpulang kepada pengunjung sama ada mahu mengunjung ke ‘khemah’khemah’ yang lain atau tidak. Sepanjang Ramadhan amalan-amalan dilakukan semata-mata untuk sukakan Allah berlipat kali ganda. Tarawih, bermunajat malam, membaca Al-Quran, bersedekah, memberi makanan atau hadiah kepada fakir miskin semuanya dilakukan atau keinginan pengunjung Ramadhan.  Jika seseorang itu buat, maka adalah ganjaran yang bakal diperolehinya.

            Setiap daripada kita ini perlu merenungkan setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan fardu dan setakat mana terdapat peningkatan dalam amalan sunat pada bulan yang diberkati ini. Kecuaian kita terhadap amalan fardu begitu ketara sekali sehingga ada antara kita yang tidur semula selepas bersahur sehingga solah Subuh terpaksa diqada ataupun sekurang-kurangnya tertinggal solat berjemaah. Seolah-olah makanan yang dijamah ketika bersahur lebih hebat & besar dari perintah Allah SWT untuk menunaikan solat Subuh.

            Begitulah amalan-amalan fardu umat akhir zaman. Itu belum disentuh dengan solat Maghrib yang ditunaikan hampir masuk waktu Isya’ kerana sibuk mengenyangkan perut ketika berbuka. Adakah kehadiran Ramadhan sekadar sama dengan bulan-bulan Islam yang lain? Tidak timbul keinsaafan dalam diri umat Islam bagi setiap Ramadhan yang sudah berlalu? Semuanya boleh diubah jika umat Islam itu sendiri mahu berubah & berdoa supaya setiap hari dalam Ramadhan mengajar dirinya untuk mendapat sedikit maafaat dari Ramadhan.

3 Sentuhan:

JawahirAbdullah said...

azeeeeeemmmmmmm!!!
sayangnye tak hantar!

bom said...

nice one! letak la kat FB,biar semua org dapat baca :))

Azeem said...

wawa - nak buat mcm mana xde rezeki. dah siap print,just nak pass kat wan noriz je..lupa lak.

aisyah - okey,nnt letak nak dekat2 raya.

Post a Comment

cARDIO TherApY