Apr 15, 2010

Syndrom ketika exam

Dear PK,
Minggu ini dan seterusnya merupakan minggu-minggu exam di IPTA. boleh dikatakan semua sedang asyik membaca & menghafal nota. Masa tengah baca entri ni pun boleh mata sebelah lagi memandang nota. Jadi ni 10 syndrom yang dilalui oleh student :

1. Mula banyak baca AL-QURAN (Kuatkan ingatan). Sebelum ini,Quran yang menunggu untuk dibaca. Pertama kali buka Quran, kena bersihkan habuk yang melekat (lama betul sentuh ni). Itu belum lagi, tetiba rajin pula puasa. Selain dari alasan nak kuatankan ingatan +++ hujung semester kan, pasti dan pasti pinjaman/biasiswa tinggal hujung tanduk sahaja.

2. Tidur pun ikut postur yang betul. kaki kanan diatas kaki kiri yang dilunjur ke bawah, tangan diatas abdomen seperti orang sedang solat. Memang ikut sunnah lah. Siap tidak lupa tasbih Fatimah yang jarang-jarang diamalkan. Nak bagi kekuatan bangun malam.

3. Makanan pula dipilih. Tak mahu makan benda-benda masam,sampai epal hijau pun tak dimakan. Makan malam pula diambil sebelum Maghrib. Elakkan mengantuk ketika study di waktu malam. Kismis sentiasa ada disisi, dalam poket,atas meja study,dalam kereta. Bila sarungkan seluar size 30, tiba-tiba terasa longgar. Eh,kenapa eh? ukuran punggung pun kurang beberapa peratus. Padahal dia tidak sedar, dia dah berapa lama tak makan nasi. Asyik makin maggi je. Girl...sesuai untuk korang ni.

3. Segala nota akan dibawa bersama ketika tidur sebentar. Kalau boleh ada 8 buah jam lonceng mahal untuk pastikan boleh bangun. Nak tidur sekejap sahaja,tapi tangan pegang nota. Harapan berlaku proses penyerapan (oncotic presure) ke dalam otak. Setiap perkataan dalam slide, kedudukan slide, berapa jumlah slide boleh diserap begitu mudah. Tuan Nota... benda mcm gitu tak akan berlaku kepada otak!!

4. Haiwan peliharaan diabaikan begitu sahaja. Cukup hanya berikan makanan + minuman + tempat tinggal. Kasih sayang? keperhatian?... menangis haiwan peliharaan mereka di malam hari. Merintih,mengapa diperlakukan begitu. Tetapi tuannya menjanjikan akan berikan semula keperhatinan selepas minggu exam habis. Siap janji bawa jalan-jalan lagi...makan angin.

5. Ini paling best, sibuk nak susun semula nota. Tiba-tiba baru perasan nota kawan setinggi gunung, nota dia serendah busut. Terus kelam kabut capai kunci motor/kereta, pinjam nota kawan. Padahal nota kawan masa tu dah jadi macam pembungkus nasi lemak. Sebab terlalu lama pegang & bawa tidur bersama.

6. Mandi tak basah (sebab tak mandi), makan tak kenyang (makan maggi mana nak kenyang), tidur tak lena (tidur pun boleh mimpi nota)..dah macam orang putus cinta. Padahal orang yang putus cinta pun makan,tidur,mandi... Ni gara-gara kerisauan yang melampau

7. Tidak terurus.. Dari segi luaran dirinya dan persekitarannya. Misai mula tumbuh macam sarjan misai yang nak menyaman orang sahaja, sehingga muka pun tumbuh cerawat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Nak jaga kebersihan diri pun tak ada masa. Meja study pula dah macam Tongkang Pecah (Wah, tempah lahir mak aku ni). Baju menimbun-nimbun hingga boleh buka gerai pasar lambak. selonggok dua puluh ringgit. Nak pergi exam tak ada baju, sarung sahaja baju yang pakai seminggu lepas yang belum basuh. Itu belum lagi bekas-bekas makanan, Dah tumbuh kulat 88 generation.

8. Apabila nampak member nak keluar makan, tiba-tiba oral cavity mengeluarkan suara - Woi, belikan aku nasi ayam (benda yang senang,mudah & rasanya tidak menyusahkan orang). Member pun belilah. Tapi bila sampai 3 minggu buat macam gini,member pun rasa macam nak buat tanda sahaja pada muka dia ni.

9. Syndrom cari mood study. Berpusu-pusu pergi ke library. Tiba-tiba dipertengahan jalan, boleh lupa pula nak tanya member, KAT MANA EH LIBRARY?? sepanjang sem hanya hujung semester sahaja pergi. boleh lupa pula. Pakcik library pun hairan, student ke budak ni, tak pernah nampak pun. Muka macam artis, memanglah orang perasan.

10. Laptop, IPod, MP3 semuanya disimpan dalam locker yang elok dimanga. Gerun..jika depan mata laptop, jari jemari mahu sahaja melayari Twitter, Facebook, Youtube & sebagainya. Handphone ditutup dan buka 8 jam sekali sahaja. Bila buka, ada 88 mesej. Bajet glamour lah tu.. Oh, bdw... Azeem sedang online dalam locker ni. LOL

2 Sentuhan:

Kamarul said...

Siot ko..tahu lah aku gi exam tak mandi. dah lambat la.. solat subuh (7.45am) trus gi.. nasib baik tak ada siapa perasan. nampak sangat aku sentiasa wangi. Ada ke yang tak jumpa cari library??mmg budak UPM..

Azeem said...

ye ke??..haha. hamster ko?apa mcm?

Post a Comment

cARDIO TherApY