Jun 14, 2010

Rejab Back

Dear PK,
Bulan Rejab datang kembali. Bulan ke-7 dalam kelendar Islam ini yang juga dikenali sebagai bulan Allah, merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap ulama. Alaman yang tak lekang dari fikiran umat Islam ialah puasa di bulan rejab.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim
Banyak lagi amalan lain yang boleh kita lakukan ketika bulan Rejab,antaranya :
  1. Bersedekah walaupun sesen setiap hari.
  2. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  3. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  4. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat-solat sunat
  5. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  6. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Rejab pasti sinonim dengan pelbagai peristiwa. Banyak peristiwa berlaku bulan rejab,antaranya :
  1. Hijrah pertama ke Habsah
  2. ISRA’ & MI’RAJ +++ Solat wajib 5x sehari**
  3. Perang Tabuk
  4. Kelahiran Imam Syafie

Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY