Nov 28, 2009

Badi Mayat

Dear PK,
Badi mayat dikatakan satu petanda kepada pelawat yang dikatakan terkena sawan daripada mayat. Memang kepercayaan itu satu kurafat. Tiada yang boleh memberi mudharat selain Allah. Menjadi sinonim dalam Masyarakat Melayu apabila seseorang bayi atau saudara rapat atau orang yang menguruskan tiba-tiba kelihatan berlainan daripada biasa dikatakan terkena badi mayat.
Bayi akan menangis tidak henti-henti. Seperti melihat sesuatu yang menakutkan. Orang dewasa pula akan tidur sahaja sehingga matanya lebam. Hendak buat amal ibadat pun malas. Cara yang paling baik ialah dengan minta pertolongan daripada Allah. Bacakan Yaasin, banyakkan selawat kepada mangsa. InsyaAllah 'benda' itu akan hilang.
Badi mayat selalu dikaitkan dengan Qarin ( قرين). Qarin dalam bahasa arab ialah rakan @ teman. Istilah agama yang kita faham Qarin ialah roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kiranya Qarin kembar jahat setiap manusia. Qarin akan menghasut untuk kita melakukan kejahatan : was-was, melalaikan shalat, berat ketika hendak membaca Al-Quran.
Allah maha Adil. Diberikan juga Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Jika semua ada Qarin,bagaimana dengan Nabi Muhammad? Qarin Nabi Muhammad didakwah oleh beliau untuk memasuk islam. Akhirnya,Rasulullah terjaga dari kesalahan.
Al-Quran juga memberikan dalil kewujudan Qarin :
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis Rasulullah juga ada menyebut tentang Qarin :
Hadits mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja
Qarin akan sentiasa bersama dengan manusia hingga akhir hayat. Qarin akan berada sehingga hari ke-40 selepas kematian mayat. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
Memang manusia hanya 1% daripada nisbah malaikat & jin. Jadi tidak hairanlah jika mata manusia boleh melihat benda-benda ghaib, pasti manusia akan terkejut melihat bilangan & saiz makhluk ghaib.

Peace..,
xZYm

Nov 24, 2009

Tasik Kenyir

Dear PK,
Apabila disebut akan ke kenyir,Azim membayangkan yang keluasannya. Memang tak dapat disangkal lagi, tasik kenyir seluas Singapura. kedalamannya pula setinggi Menara KL. Kegembiraan jelas terasa dalam diri Azim & rakan-rakan praktikal di Terengganu ini. Awal pagi,sekitar jam 8.30 kami bersama 4 yang lain ke Kenyir.
Kami berlima di kenyir
Dari kiri : Man, Ct, Pija, Azeem, Wan

Hujan tidak mematahkan semangat kami. Diredah hujan yang tidak berhenti-henti turun. Pabila sampai, perasaan takjub tidak terkira. Baru Azim tahu, kenyir memang terletak di tengah-tengah gunung-gunung. nampak macam pulau,rupanya itu puncak gunung.

Balak tasik. besar gaji potong balak tetapi berbahaya.

Tugas Azim ialah membersihkan dan menyusun kawasan tempat kami akan memasak. Pengalaman menaiki bot ketika hujan memang seronok. Mengigil kesejukan dan perasaan takut jatuh ke tasik tergambar di riak muka Azim. Sampai sahaja ke tempat 'penginapan' kami, misi dijalankan. Azim & Ct sibuk di dapur. Yang lain memancing ikan.
Perjalanan atas tasik tenyir.
Kenapa kamera ni macam tak hujan je??

Kesejukan + kecemasan + ketakutan + keriangan
Sibuk di dapur. Memang ct pandai memasak.
tom yam satu!!
Pija memancing ikan tilapia. macam-macam gaya duduk
ex-rumetku berjaya menangkap ikan.
Cayalah Mang!!

Malam dihabiskan dengan BBQ,berbual (membuatkan kami lebih rapat dengan pemilik-pemilik ladang ini) dan bermain kad poker. Memang suhu rasanya dalam 17-19oC membuatkan keseronokan ketika tidur. Dalam fikiran fikir juga mengenai handphone yang tidak boleh hidup ini.
Menyediakan arang untuk BBQ
Bergaya di atas kolam ikan.
cantik kan background??

Paginya selepas bersarapan, pagi yang begitu indah. Hujan pun renyai-renyai,cantik sungguh keindahan alam ketika itu. kelu rasanya lidah untuk mengambarkan keindahan alam ketika itu. Rancangan hendak mandi jam 10am dikejutkan dengan hujan yang lebat sekali lagi. Kami hanya di bawa melihat air terjun sahaja. Lalu di lepaskan kami di kawasan berdekatan tempat tinggal kami. Mandi-manda menggunakan selipar. Memang susah benar nak mandi. Dalam jangkaan Azim,mungkin nak bagi kami senang terapung. Pija pula menggagak mungkin takut tercucuk balak.
Persediaan nak masuk ke tasik & lihat air terjun

Air terjun di Kenyir.
Sorry,ambil gambar dalam plastik..
Makan di dalam tasik.
Rasa susah nak telan je

Memang pengalaman berenang paling seronok sekali. Tiba-tiba pula ada cerita menyeramkan pula hendak diceritakan. Terus berebut semua nak naik. Tunggu lagi di tasik sehingga jam 6pm. Dikatakan banjir di kawasan berdekatan. Sebelum balik sempat Azim menanyakan apa yang cerita seram itu. Pemilik tempat itu mengatakan,kurang 10m dari sini ada gua di bawah air ini milik ikan tapah sepanjang 20M. Apa lagi, terkedu mendengar cerita ini. Kegunaan memakai selipar ialah untuk mengelakkan kaki kita yang bersinar. ini akan menarik perhatian haiwan di dasar laut.
Sedih benar nak pulang ini.
Nak datang lagi ke kenyir.

Tidak sangka pula dapat pengalaman seseronok ini di Terengganu. Misi yang belum tercapai = rumah datuk sedara Azim di Manir & Masjid Kristal. Seronok benar,hari ini dapat cuti free.
Peace..,
xZYm

Nov 19, 2009

Say no to 2012

Dear PK,
Kita semua sekarang dicanang dengan dunia akan musnah dalam masa 2012. Semua sibuk mahu melihat bagaimana dunia ini akan musnah pada 21.12.2012. Tamadun Mayan menganggarkan dunia akan musnah pada tarikh berkenaan.

Padahal ilmu itu hanya ada pada Allah. MasyaAllah,syirik sesiapa yang mempercayainya. Pelbagai tanda kecil & besar Allah memberitahu kepada manusia untuk bersedia. Tidak perlu percaya pada yang lain.

Innamaa ‘ilmuhaa ‘inda Allah
Peace..,
xZYm

Nov 14, 2009

Hadiah dari K

Dear PK,

Pertemuan kami ditunda sementara. Mulanya hendak berjumpa hari rabu selepas Azim habis exam,tetapi Allah tidak mengizinkan. Sibuk hendak menguruskan hal praktikal & rasa terkilan juga tak dapat jawab dengan baik virologi.

SUDAH!!! Jangan cakap pasal exam lagi. Belum cuti dah dapat markah pula,kacau mood cuti je. Jadi hari Khamis,Azim & Kamarul ronda-ronda ke Mid Valley. Terima kasih kerana sanggup menghabiskan duit belanja Azim. Lain kali belanja di kedai makan yang mahal sikit. bosanlah,makan di secret's.


Tiba-tiba bungkusan bewarna biru diberi. Eh, hadiah!! Siap bersyarat lagi. Kena buka apabila dia sudah sampai USM. Maknanya mesti benda yang special ni.


Apabila dibuka dengan cermat, kewata besar Azim di dalam bus menuju ke Terengganu (praktikal aquatik ni). benda ni yang dia nak bagi.





Dalam itu terselit surat. Ayat paling terharu sekali "Aku suka lihat kau kebudak-budakan, sebab masa itu aku dapat lihat diri kau sebenar.Ketawa, banyak cakap, riang, jadikan hidup aku seperti kau. Jangan biarkan orang lain jatuhkan kau. Kau yang terbaik dalam SERYAKI"




jiwang benar kamarul ini,kalau teman wanita dia nampak, mesti menangis punya. Thankz, Kamarul.

Peace..,
xZYm

Nov 11, 2009

Alam 23

Dear PK,

HAPPY BIRTHDAY TO ME...
AKHIRNYA AKU MENJEJAK KE ALAM 23. KIRA DAH LAMA JUGALAH AKU HIDUP DI DUNIA INI...
THANK PADA KAWAN-KAWAN YANG HANTAR E-MAIL, SMS, FACEBOOK, FRIENDSTER KEPADAKU.
SIBUK-SIBUK EXAM VIRO PETANG NI, ADA MASA NAK BALAS PULA.
SIAPA NAK RAIKAN,JUST MINTA DOA SUPAYA AZIM LEBIH BAIK UNTUK SETAHUN LAGI
**HAJAT BIRTHDAY 22,HANYA 2 SAHAJA TERCAPAI....hUhUhU

Nov 6, 2009

C.S.

Dear PK,
Minggu lepas dapatkan Azim melepaskan rindu kepada keluarga lebih-lebih lagi 'keluarga tidak bernyawa' - patung-patung Alien Force. Mana tidaknya baru sahaja beli,terpaksa berpisah buat sementara waktu. Jikalau dibawa ke kolej, pasti ada yang hilang. Faham-faham sahajalah perangai budak lelaki.
Dalam sibuk deman exam yang ternyata memberi impak ini, Azim terasa mahu pergi berjalan-jalan di bandar dahulu sehari dua. Hendak shopping, duit bulanan sudah dikurangkan 50% atas alasan nak simpan duit adik Azim mungkin dapat sambung belajar di luar negara. Jadi hanya melihat sahaja mana yang berkenan diidamkan dahulu. Kumpul sedikit demi sedikit duit untuk dapat sesuatu, pasti seronok.

Perjalanan Azim terhenti di satu tempat. Semasa pulang membeli tiket bus di Larkin, Azim terpandang satu deretan rumah kedai yang salah satunya cyber cafe. Sudah lama CC itu beroperasi dan menjadi saksi 5 anak muda berpakaian baju melayu & bersongkok asyik bermain Red Alert.

Tersenyum melihat kedai yang tinggalkan banyak sejarah dalam hidup Azim. Kebiasaanya setelah dapat duit belanja bulanan dari ayah, RM30 diasingkan untuk bermain Red Alert setiap hari Jumaat. Azim, Zakie, Khalid, Isdarul, Yus.
Kenangan yang tak dapat Azim lupakan.
Peace...,
xZYm

Oct 26, 2009

Polystyrene

Dear PK,

Mulai awal semester ini seorang mahasiswa veterinar pasti di dalam begnya ada bekal makanan berjenama Milo (sangat budak-budak + sudu lagi). Apabila hendak meminta pesanan makanan pasti dihulurkan bekal makanannya itu.


Aetiology = Cik Vivian ++ sedikit masuk saham CP & Vish.
Trasmission = paktikal di Kluang.
Diagnosis = berjaya juga 80% tidak menggunakan polystyrene.
Biological agent = AZIM!!
* apa benda Azim merepek ni.................!!!!!


Jadi terimalah kritikan + gurauan dari orang-orang sekeliling. Jarang lelaki melayu membawa bekal makanan ke kafe kolej atau ke kedai makan. Hilang ke'macho'an. Bukannya hendak jadi enviromental, tapi kalau kita cuba nak jadi salah seorang dari orang yang boleh selamatkan nyawa bumi = kira seronok + puas hati. Bak kata Miley = With one little action the chain reaction

Polystyrene ialah bahan bahan yang paling banyak diguna oleh rakyat asia untuk membungkus makanan. polystyrene di Malaysia,biasanya tidak boleh dikitar semula. Jadi penggunaan polystrene setiap hari,hanya melambakkan kawasan pembuangan sampah di dunia. Cuba bayangkan jika seorang menggunakan polystrene setiap hari satu, sebulan boleh jadi 30. setahun boleh capai 350, seumur hidup?? + semua penduduk Malaysia??

Kalau bab kesihatan memang hati boleh nyahtosik bahan kimia yang ada dalam polystyrene. Itu kalau tiada masalah hati, kalau ada sedikit-sedikit bahan kimia itu berkumpul dan akhirnya jadi kronik. Akhir kata, kurangkan memakai barang plastik + polystrene.
Peace..,
xZYm

Oct 18, 2009

Melayu mudah lupa

Dear PK,
Seekor burung gagak terbang menuju ke pohon mangga yang terletak berhampiran kawasan perumahan sederhana yang majoritinya milik orang melayu di Muar,Johor. Dia berada betul-betul di atas dua kelibat manusia,anak dan bapanya. Tanpa sengaja burung gagak itu terdengar perbualan mereka

Riang hati burung gagak itu mendengar kata-kata anak itu. Didoakan juga agar anak itu dapat apa yang dihajatinya.
````````````````````````````````````````````````````
Sepuluh tahun kemudian, burung gagak itu terbang bersama anak-anaknya ke kawasan yang baru. Burung gagak itu hinggap di atas bumbung kawasan rehat yang menjadi tempat mahasiswa-mahasiswa lepak ketika tengah hari. diperhatikan dia berada di salah satu universiti terunggul di Malaysia. salah seorang kelihat manusia yang memegang telefon bimbit di kawasan rehat itu dikenalinya. Dialah budak yang burung gagak itu jumpa di Muar. Didengar perbualannya.
Diperhatikan budak lelaki itu sudah pandai bergaya. Arah langkahnya bukan ke surau,tetapi ke dewan kuliah. Bagaimana dengan solat zohornya? Kenapa dia boleh berubah? Adakah ibubapanya tahu? Dimanakah janji-janji dia dulu?
* nama & tempat tidak ada kena mengena dengan yang mati atau yang masih hidup.
Peace..,
xZYM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s = manusia boleh berubah apabila terima culture shock.Dari rural (pekan) ke urban (bandaraya) boleh ubah sekelip mata. Bagi lelaki = seluar pendek, rokok, gelang, rantai, keluar malam, bersosial, rempit, malah ke arah arak sudah biasa. Jika tidak pun,perbualannya seperti dia sedia melakukannya. Benda-benda itu mustahil berlaku pada pelajar yang baik, pandai jika dia di kampung halamannya. Jika di bandaraya terus dia berubah. Memang melayu mudah lupa.

Oct 17, 2009

PAPA"DOM"

Dear PK,

Tidak salah jika filem ini memenangi filem terbaik 2009 kerana ramuannya cukup. Dalam satu filem kita akan ketawa terbahak-bahak, kita akan menangis, kita akan berfikir dan kita akan dipersoalkan. Setiap olahan ceritanya memang kemas,kecuali pada penamatnya, yang Azim kira terlalu mudah dilepaskan.

Afdlin Shauki memang patut dipuji keunggulannya mengupas subjek kebapaan. Titisan air mata keluar tiba-tiba ketika filem pendek Miasara mengenai bapanya keluar. Mungkin sebak kerana pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa. Paling Azim minat ialah setiap sebutan dialog yang diucapkan bersahaja dan boleh dikatakan menarik untuk orang mendengarnya.

Cantiknya Scha dalam cerita ini. walaupun nampak gedik, dia berjaya membawa watak antagonis. Noorkhiriah, pelakon yang memang Azim minat dalam drama-dramanya juga tidak mengecewakan. Mulanya ingat wataknya mati di awal cerita, tetapi kehadirannya dalam minda suaminya menjadikan cerita itu lebih menarik. Dengan penukaran kostum mengikut tema persekitaran, kredit diberikan kepada papadom.


sinopsis Papadom daripada Sinema Malaysia (http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Papadom_718)
Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..
Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!

* Balik ke kolej,selepas cuci rambut, terus Azim membuat video call ke ayah. Tenang rasanya lihat muka ayahku walaupun kena marah tidak membayar-bayar lagi bil celcom broadband bulan ini. I love u, abi...
Peace..,
xZYm

Oct 14, 2009

Al-kisah..

Dear PK,



Seekor serigala terbang mencari sarang barunya setelah sarang lamanya dimusnahkan oleh pembangunan yang tidak kenal perasaan haiwan-haiwan. Mujurlah haiwan-haiwan lain di hutan berdekatan menerimanya. Serigala itu hidup aman dan damai bersama-sama dengan kawan-kawannya.

Kehidupannya serigala boleh dikatakan berubah sepenuhnya. Jika dulu dia sibuk memikirkan bagaimana menyelamatkan haiwan-haiwan lain dari terancam, sekarang dia menikmati kehidupannya. Serigala itu sekarang digelar serigala jadian.

Kenikmatan yang dinikmatinya tidak kekal lama. baru lepas musim bunga yang indah bersama kawan-kawannya, dia dihalau keluar secara tidak sengaja. Serigala itu didapati cuba untuk membaham seekor kancil. Hidup serigala terumbang ambing hingga burung hering menanti masa dia menjadi bangkai.
Binatang lain dari kawasan-kawasan berdekatan juga seperti memandai aib kepadanya.

Semusim serigala cuba mencari makanan,kehidupan. Mujur ada juga beberapa seladang membantunya. Bukan menjadi mangsa kepada serigala,tetapi tunjukkan ada manusia & haiwan membantunya. Tiba-tiba hubungan serigala dan kawan-kawannya yang lama kembali pulih.

Serigala hanya tersenyum. Dikira semua dari apa yang berlaku banyak yang menjadikan dia lebih berkeyakinan. Serigala ini lain dari serigala dari apa yang terjadi. Hutan yang didiaminya sekarang mungkin tidak indah, tetapi cukup untuk dia membesar, menemui jodoh dan mengembangkan zuriatnya.

Peace..,
xZYm

Oct 12, 2009

Cina + Melayu + India

Cina + Melayu + India

Dear PK,
Konsep satu Malaysia memang sangat sesuai diperkenalkan. Minggu lepas menjamu makanan cina (steamboat) di Yuan's

Antara menjadi rebutan.. Rasanya Wan ambil 6 kali.

Meja kami....habis
68-15 orang. menggunakan 11 kereta
Minggu ini pula sibuk menjamu selera makanan jamuan rumah terbuka hari raya. Gambar ini di rumah coursemate Azim, Julida Ezatul.

Bergambar dengan tuan rumah
Penuh rumah Julie


Geng Hijau (baju pinjam je..)


Kehadiran dibalas dengan duit raya
Minggu ini pula kedengaran jamuan di rumah coursemate Azim yang beragama hindu. Memang meriahlah duduk di Malaysia ini.

Peace..,
xZYm

Oct 10, 2009

St Joseph

St Joseph



Dear PK,
Hati melonjak riang taktala Azim menemui kawan lama yang sama-sama berjuang di sekolah yang sama. Semasa diploma dulu pernah Azim cuba cari mereka, tetapi mungkin kerana rasa malas mengusai diri, Azim berserah pada takdir.

Terima kasih kepada facebook. Akhirnya jumpa juga seorang demi seorang. Najib, kau pencetus segalanya. Tetiba sahaja seorang yang Azim tidak jumpa selama 12 tahun 'request' mahu menjadi rakan Azim. Kali terakhir jumpa pun semasa darjah 6. Memori ketika itu macam sudah pupus. Dia pula masuk E.C.

Semasa darjah 6 -ketua kelas

Mengunakan formula yang digunakan oleh Najib mencari Azim, Azim menaip nama setiap seorang rakan sekelas Azim di St Joseph. mula dengan Zakie Ya'kob, Faizal Kamari, Hamdan Othman dan akhirnya jumpa apabila nama Yusmahizam Yunos ditaip.

Alhamdulillah, Yus masih ingat lagi pasal Azim. Minta juga add facebook or twitter yang lain,malangnya hanya Zakie sahaja yang ada. Tiada cara lain, kena minta no telefon ni. Seorang-seorang Azim kacau.


Zakie - Macam tiada perasaan pula.
Norisman- Senyap apabila Azim memberitahu nama.
Isdarul - Sampai sekarang tidak dibalas
Faizal Hambar - Tidak mesej pun sebab tak ingat siapa dia. (memory lost)
Khalid - respone yang baik.

Tak sabarlah nak jumpa korang balik. Yang boleh cakap hal gila-gila lah...... Tidak mahu yang skema or formal eh!!
Peace..,
xZYm

Oct 9, 2009

B.O.

B.O.


Dear PK,


Memang setiap manusia diciptakan ada B.O (body odour). Tetapi pandai-pandailah cover. Sejak akhir-akhir ini timbul kisah bau badan dikalangan rakan 'gossip' Azim. Bermula apabila ketika sedang menunggu kehadiran pensyarah virologi di DSV, kawan-kawan Azim mula bau sesuatu yang tidak menyenangkan. Bagi mengelakkannya Shima menarik rambutnya, yang lain buat tahan sahajalah. Ada juga rungutan kedengaran kerana terlalu bau.
Kisah lain pula ketika berdiskusi, Azim terbau sesuatu yang tidak boleh diterima oleh hidung. Terus Azim tarik 'kopiah' yang dipakai untuk menutup hidung. Lantak lah orang nak kata apa,yang penting Azim selesa. Hafez juga pernah melalui perkara yang sama,siap ambil minyak wangi letak dijari lagi bagi mengelakkan ketidakselesaan.
Pendapat Azim bukan pengaruh berat badan yang mempengaruhi bau badan, ada sahaja orang yang kurus tetapi badannya berbau. Ini Azim selitkan tip-tip untuk mengelakkan badan berbau :
  1. Janganlah pakai baju yang ketat sangat. tak bernafas badan tu..
  2. Kalau berpeluh,cuba tukar baju. kalau tidak boleh,cari alternatif agar badan tidak berpeluh terlalu lama.
  3. Mandi sekerap yang mungkin bagi yang kuat berpeluh. selepas mandi keringkan badan dengan tuala.
  4. Basuh baju dengan sabun pencuci + pelembut kain + pewangi. kalau malas sangat hantar dobi
  5. Gunakan deodoran dan kolon wangi. Sekurang-kurangnya hilanglah bau badan.
Selepas ini kurang manusia yang Azim kenal mempunyai badan berbau. Sekian.


Peace..,
xZYm

Oct 4, 2009

Dalam Hutan

Dalam Hutan

Dear PK,
Kurang dalam tempoh 24 jam pada hari Jumaat lalu Azim, 19 orang yang lain + 2 org Dr masuk ke hutan Ayer Hitam, Puchong untuk membuat bancian kehidupan mamalia kecil di sana. Tujuannya belajar bagaimana caranya untuk menangkap haiwan dalam hutan.

Nampak apa entah?

Hasrat Azim sebenarnya melihat lebih banyak species burung yang ada di sana. Malangnya hanya beberapa species yang biasa ditemui terbang. Small Mammals Trap yang dipasang pun,satu haiwan pun tidak masuk.


Memasang Trap
Gali lubang

Night walk mencabar juga. Kami berjalan melawan arus sungai dan mencari hidupan di sekitar sungai. Hasilnya hanya sedikit sahaja. Akhirnya kami mempelajari teknik quadrat pula. Group Azim paling berbangga kerana menemui seekor katak yang besar. Yg lain jumpa katak kecil (sebesar ibu jari), Ulat gonggok, catepillar.
Katak yang kami jumpa

Group 3 + 1
Dr cakap mungkin kerana pembanggunan yang sedang berlaku di area itu, haiwan-haiwan berhijrah ke kawasan lebih dalam lagi. Sebelum pulang,kami sempat menemui satu species seperti kami -Orang Asli
Peace..,
xZYm

Raya @ Fac

Raya @ Fac

Dear PK,
Akhirnya tercapai juga hasrat Azim untuk mengadakan majlis sambutan hari raya batch Azim. Agak pening juga nak bajet dengan RM3/seorang untuk sediakan makanan macam hari raya. Tanya kedai kalau nak tempah ketupat + rendang + kuah kacang + air sirap = RM5.



Jalan mudah guna tenaga sendiri. Suruh Tuba carikan rendang + kuah kacang untuk ++RM150. Ketupatnya beli yang segera,rebus sendiri. Setelah ditambah ditolak kira okaylah. Campur dengan kuih raya yang dibawa oleh coursemate Azim, jadi banyak.



Hasilnya,meriah sambutan hari raya itu yang dihadiri oleh PA-PA kami. Difikirkan balik memang agak over pula buat di foyer. Cuma tak boleh pasang lagu raya,nanti ada orang bising pula.



Thank,pada semua yang tolong menjayakan majlis sambutan hari raya DVM3

pelbagai jenis kuih muih..
Majlis bermula (gagap Azim jadi pengacara majlis)
Kelua kelas memberikan ucapan, Sya
Bacaan doa oleh Wan ( Man & Taq selamat)
Makan bersama PA
Group PA Dr Siti Khairani
Sya menyediakan air last minute
Geng purple
Peace..,
xZYm

Sep 29, 2009

Ustaz

Sep 25, 2009

'Luruh'kan

'Luruh' kan
Dear PK,
Baru sahaja beberapa hari lalu musim luruh (fall season) bermula. Kawan Azim yang berada di luar negara pasti sambut hari raya dengan suasana yang indah,macam dalam cerita Mohabbatein. Daun-daun berguguran dan warna daun yang kuning keemasan.

Tetapi paling menarik sebab banyak drama series mulakan new season. Antara yang paling ditunggu-tunggu ialah (kira yang paling Azim minat lah)
  1. Gossip Girl : Bagaimana kehidupan mereka di University?Serena di Brown seorang diri,kecian pada dia. Nate di Columbia University yang lain di Yale. Queen J pula pasti kuasai Constance Billard. Paling tunggu sekali kemunculan Hilary Duff. Geogina pula kembali dengan kejahatannya setelah disalah anggap oleh Blair dalam episode mereka nak perangkap Poppy (season 2). Season 3- 14 Sept 09 (dah 2 episode bermula) ~~ dedikasi kepada Julie & Mya yg sudah masuk perangkap GG




Grey's Anatomy : Janganlah keluarkan Izzie dari Grey's Anatomy. Setiap episode season 5 penuh dengan tangisan. Paling sedih bila Izzie terpaksa menipu pada mak dia pasal kansernya. Dengar cerita George mati. Hubungan Meredith & Derek pula dapat tak mereka kahwin. Season 6-24 Sept 09



Ghost Whisperer : Season 4 pun tak habis tengok lagi. So,tahu apa yang berlaku pada Melinda akhir season 4. Yang tahu dia bakal dapat anak. Season 5- 25 Sept 09







Heroes : Akhir season 3,Nathan mati tetapi Sylar telah dipengaruhi oleh ibunya untuk menjadi Nathan. Secara keseluruhan dirinya Nathan,tetapi suara hati kecilnya mengatakan dia sylar. Cerita ini memang mak Azim minat betul. Kalau ditayangkan di Star World pasti tak tinggal satu episode pun. Season 4 - 21 Sept 09



Peace..,
xZYm

cARDIO TherApY