Oct 17, 2009

PAPA"DOM"

Dear PK,

Tidak salah jika filem ini memenangi filem terbaik 2009 kerana ramuannya cukup. Dalam satu filem kita akan ketawa terbahak-bahak, kita akan menangis, kita akan berfikir dan kita akan dipersoalkan. Setiap olahan ceritanya memang kemas,kecuali pada penamatnya, yang Azim kira terlalu mudah dilepaskan.

Afdlin Shauki memang patut dipuji keunggulannya mengupas subjek kebapaan. Titisan air mata keluar tiba-tiba ketika filem pendek Miasara mengenai bapanya keluar. Mungkin sebak kerana pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa. Paling Azim minat ialah setiap sebutan dialog yang diucapkan bersahaja dan boleh dikatakan menarik untuk orang mendengarnya.

Cantiknya Scha dalam cerita ini. walaupun nampak gedik, dia berjaya membawa watak antagonis. Noorkhiriah, pelakon yang memang Azim minat dalam drama-dramanya juga tidak mengecewakan. Mulanya ingat wataknya mati di awal cerita, tetapi kehadirannya dalam minda suaminya menjadikan cerita itu lebih menarik. Dengan penukaran kostum mengikut tema persekitaran, kredit diberikan kepada papadom.


sinopsis Papadom daripada Sinema Malaysia (http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Papadom_718)
Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..
Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!

* Balik ke kolej,selepas cuci rambut, terus Azim membuat video call ke ayah. Tenang rasanya lihat muka ayahku walaupun kena marah tidak membayar-bayar lagi bil celcom broadband bulan ini. I love u, abi...
Peace..,
xZYm

5 Sentuhan:

Kamarul said...

Ayah ko sama sahaja macam cerita ni..
keluar dengan ko,mcm keluar dengan artis. setiap sejam call.

Azeem said...

biar la.. skrg xteruk sangat.
2 hari sekali dia call.

Badar said...

dah tengok ke PapaDom?
nice kan?
kaw pgi dengan siapa?
sorang?

Kamarul said...

Sebab adik-adik ko semua dah jauh dengan dia..
masa ko sorang jauh dengan dia,tiap-tiap hari dia call. itu belum lagi dalam bus nak balik JB. tak boleh tido aku..

Azeem said...

itu sebab ayah aku sayang aku..

Post a Comment

cARDIO TherApY