Nov 28, 2009

Badi Mayat

Dear PK,
Badi mayat dikatakan satu petanda kepada pelawat yang dikatakan terkena sawan daripada mayat. Memang kepercayaan itu satu kurafat. Tiada yang boleh memberi mudharat selain Allah. Menjadi sinonim dalam Masyarakat Melayu apabila seseorang bayi atau saudara rapat atau orang yang menguruskan tiba-tiba kelihatan berlainan daripada biasa dikatakan terkena badi mayat.
Bayi akan menangis tidak henti-henti. Seperti melihat sesuatu yang menakutkan. Orang dewasa pula akan tidur sahaja sehingga matanya lebam. Hendak buat amal ibadat pun malas. Cara yang paling baik ialah dengan minta pertolongan daripada Allah. Bacakan Yaasin, banyakkan selawat kepada mangsa. InsyaAllah 'benda' itu akan hilang.
Badi mayat selalu dikaitkan dengan Qarin ( قرين). Qarin dalam bahasa arab ialah rakan @ teman. Istilah agama yang kita faham Qarin ialah roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kiranya Qarin kembar jahat setiap manusia. Qarin akan menghasut untuk kita melakukan kejahatan : was-was, melalaikan shalat, berat ketika hendak membaca Al-Quran.
Allah maha Adil. Diberikan juga Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Jika semua ada Qarin,bagaimana dengan Nabi Muhammad? Qarin Nabi Muhammad didakwah oleh beliau untuk memasuk islam. Akhirnya,Rasulullah terjaga dari kesalahan.
Al-Quran juga memberikan dalil kewujudan Qarin :
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis Rasulullah juga ada menyebut tentang Qarin :
Hadits mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja
Qarin akan sentiasa bersama dengan manusia hingga akhir hayat. Qarin akan berada sehingga hari ke-40 selepas kematian mayat. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
Memang manusia hanya 1% daripada nisbah malaikat & jin. Jadi tidak hairanlah jika mata manusia boleh melihat benda-benda ghaib, pasti manusia akan terkejut melihat bilangan & saiz makhluk ghaib.

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY