Dear PK
Saban tahun negara Malaysia akan menyambut tarikh keramat ini, bukan untuk menunjuk-nunjuk Malaysia sudah aman,tetapi untuk meluahkan perasaan gembira & meraikan keperitahan orang-orang terdahulu mencari erti kemerdekaan. Beberapa cendiakawan asyik memikirkan mampukah Malaysia merdeka lagi tahun hapadan? adakah kenikmatan yang kita rasai ini akan pudar dijadikan sejarah oleh anak-anak kita nanti?
Baca sahajalah di surat khabar,pelbagai perkara yang boleh memusnahkan keamanan negara. Jika kita tidak pandai menjaganya,negara kita akan tergadai. Masalah sosial pelapis-pelapis negara kian bertambah. kes ragut, rempit, bunuh, rogol, kumpulan-kumpulan yang bertentangan dengan agama kian bertambah. Takut-takut mereka yang sendiri akan menjual Malaysia ke negara luar.
Dengan kesempatan yang ada inilah,raikan Merdeka dengan penuh kesyukuran. Remaja-remaja yang sibuk dengan hiburan-hiburan terlampau selepas detik 12 hentikanlah. Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum,jika kaum itu tidak mengubahnya. Jadilah rakyat Malaysia yang ada tahap akhlak yang tinggi & sematkan perasaan 1Malaysia dalam setiap kaum di Malaysia. Setiapnya pasti menyumbang ke arah wujudnya Malaysia di peta dunia. Saya bangga jadi MALAYSIAN!!!
Iklan TM merdeka tahun ini
xZYm