Aug 31, 2009

Mampukah kita berubah?

Mampukah kita berubah?

Dear PK

Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! pada 31 Ogos 1957,memberi perubahan besar pada rakyat Malaysia ketika zaman itu. Perasaan mereka lebih seronok daripada mendapat cahaya mata. Kerana pada hari bersejarah itulah, mereka tidak perlu lagi risau tentang masa hadapan anak-anak mereka. Anak-anak mereka tidak perlu merasai keperitan,kepayahan & kesusahan mereka di zaman jajahan negara asing

Saban tahun negara Malaysia akan menyambut tarikh keramat ini, bukan untuk menunjuk-nunjuk Malaysia sudah aman,tetapi untuk meluahkan perasaan gembira & meraikan keperitahan orang-orang terdahulu mencari erti kemerdekaan. Beberapa cendiakawan asyik memikirkan mampukah Malaysia merdeka lagi tahun hapadan? adakah kenikmatan yang kita rasai ini akan pudar dijadikan sejarah oleh anak-anak kita nanti?

Baca sahajalah di surat khabar,pelbagai perkara yang boleh memusnahkan keamanan negara. Jika kita tidak pandai menjaganya,negara kita akan tergadai. Masalah sosial pelapis-pelapis negara kian bertambah. kes ragut, rempit, bunuh, rogol, kumpulan-kumpulan yang bertentangan dengan agama kian bertambah. Takut-takut mereka yang sendiri akan menjual Malaysia ke negara luar.

Dengan kesempatan yang ada inilah,raikan Merdeka dengan penuh kesyukuran. Remaja-remaja yang sibuk dengan hiburan-hiburan terlampau selepas detik 12 hentikanlah. Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum,jika kaum itu tidak mengubahnya. Jadilah rakyat Malaysia yang ada tahap akhlak yang tinggi & sematkan perasaan 1Malaysia dalam setiap kaum di Malaysia. Setiapnya pasti menyumbang ke arah wujudnya Malaysia di peta dunia. Saya bangga jadi MALAYSIAN!!!



Iklan TM merdeka tahun ini

Peace..,
xZYm

Aug 29, 2009

Diculik

,Diculik

Dear PK
Hari ini Azim ingin pula study di fakulti. kalau nampak katil di kolej,must susah nak study. Biasalah, semester ini ada target yang terlampau tinggi. Kena usaha lebih sedikit lah. Rupanya, Faiz ada di fakulti. Dia juga sibuk study + main internet

Bosan juga duduk sorang-sorang mengadap nota yang bewarna-warni ini. Yelah,terlalu ramai yang komen kenapa suka sangat buat nota. Orang yang rapat dengan Azim sahaja tahu apa yang Azim buat selepas habis semester. Selalunya, Azim akan usik orang setiap sejam or tengok cerita korea.

Tiba-tiba mata boleh pula rasa berat,macam ada sahaja yang tarik kelopak mata ini suruh pejam.
Baru 12.30pm,masakan sudah ngantuk. Lalu Azim lepak (padahal tido) di surau fakulti. Kemudian, jam 1.40,terus cepat-cepat tunggu bas k17. sekejap je sudah sampai (bagus!!!)

Tiba-tiba abg yang bawak bas ini ikut jalan lain,ke arah k10. Mungkin dia nak isi minyak. Sampai di simpang masjid UPM,bas ini masuk ke kawasan masjid. Azim hanya diamkan diri. Tiba-tiba bas itu berhenti dan abg driver itu mengajak Azim turun untuk mengambil BUBUR LAMBUK.

Hari ini merupakan hari pertama Azim dapat makan bubur lambuk. Azim ambil 2 & sebungkus Azim berikan kepada Hafez. Rupanya abg driver itu nak ambil bubur lambuk,Azim ingatkan nak jadi mangsa kidnap.

Peace..,
xZYm

Aug 28, 2009

Conferences DVM5

Conferences DVM5

Dear PK,
Setiap hari Jumaat di DSV pasti akan diadakan conferences pelajar tahun akhir. Acap kali diajak oleh senior untuk mendengar sekali,tetapi masa tidak mengizinkan. Tetapi minggu ini, ada conference pasal avian,supervisor Dr Jalila.

Apabila masuk sahaja dewan, segelintir pelik dengan kehadiran Azim. Bagi yang tahu Azim fanatik burung tidak. malah, macam tahu sahaja Azim akan datang. Wah, senior DVM5 akan cakap pasal Budgerigar,antara 15 burung yang Azim minat.

Kira dapatlah tahu sedikit infomarsi tentang Budgerigar. Selepas lihat senior present,randomly Azim pula kena present. Ah, nightmare!!!

Peace..,
xZYm

Aug 22, 2009

Welcome Ramadhan

Welcome Ramadhan

Dear PK,
Kalau zaman dulu bulan ini disambut dengan meriah, kegembiraan yang digambarkan seperti mendapat anak sulung. Ramadhan ini bulan yang penuh kejutan dan setiap harinya penuh bermakna. Ramadhan oo.. Ramadhan, ke'lahir'an semulamu didoa oleh setiap ulama untuk berjumpa denganmu kembali.

Sinarkan berkah,rahmatmu yang Allah telah berikan kepadamu kepada setiap manusia di dunia sejagat. Pastikan setiap umat tuhanmu tahu erti Ramadhan. Salam Ramadhan kepada semua pembaca Purple Karkun

.
Peace..,
xZYm

Aug 20, 2009

Genap Setahun

Genap setahun..

Dear PK,

Hari ini genap setahun blog Purple Karkun mula beroperasi. Mula-mula atas dasar untuk luahkan perasaan Azim yang rasa tidak selesa kebelakangan itu. Banyak perkara yang Azim luahkan, ada yang mendapat kemarahan orang pun ada. Rasanya itu masalah Azim dulu. Sekarang, kalau Azim rasa tidak puas hati, depan-depan Azim cakap.

Bagaimana mulanya? Ehhm... ajakan seoarang kawan se'batch' untuk membuka blog. Dulu Azim duduk bilik berdekatan dengannya. Dia pendorong Azim untuk memulakan kerja penulisan. Melalui blog ini pemikiran Azim mula matang (rasanya). Dulu sangat budak-budak,membuat sesuatu perkara tanpa berfikir dulu. sekarang,mungkin lebih dewasa.

Nampaknya setahun ini nampak ke'matang'an sikap Azim. Apa yang akan berlaku pada setahun akan datang?adakah bertahan lagi PK.. sama-sama kita doakan.

Peace..,
xZYm

Aug 18, 2009

Selamatkan Bumi

Selamatkan BumiAlign Center
Dear PK



Tapi paling best sebab ada Miley dalam video itu. Lagu terbaru Disney untuk 'Friend for change' pun sedap. Ini lirik dia :

Miley;
A words,just a word
'til you mean what you say

Nick;
And love,isnt love
'til you give it away

Nick & Miley
We've all gotta give
Yes,something to give
To make a change

[Chorus:]
Send it on
On and on
Just one hand can heal another
Be a part
Reach a heart
Just one spark starts a fire
With one little action the chain reaction
Will never stop
Make us strong
Shine a light and send it on

Demi (Joe)
Just Smile (Just Smile)
And the world (And the world)
Will smile
along with you..

Joe (Demi)
That small act of love
Thats meant for one
Will become two ( Will become two )

Miley;
If we take the chances..

Nick;
The chance circumstances

All;
Imagine all we can do
[Chrous:]
Send it on
On and on
Just one hand can heal another
Be a part
Reach a heart
Just one spark starts a fire
With one little action the chain reaction
Will never stop
Make us strong
Shine a light and send it on
Send it on..

Miley
Theres power in all of the choices we make

Nick;
So im starting now theres not a moment to wait

Selena;
A word,just a word
'til you mean what you say

Selena & Kevin
And love,isnt love
'til you give it away

all;
Send it on
(Send it on)
On and on
(on and on)
Just one hand can heal another
Be a part
(be a part)
Reach a heart
Just one spark starts a fire
With one little action the chain reaction
We'll help it start
Make us strong
Shine a light and
Give it on
Shine a light and send it on..
#Ada orang tanya kenapa tak main sahaja semua lagu Miley Cyrus semasa Dogathon.. jawapannya : nanti gila kuasa lak!!

Peace..,
xZYm

Aug 16, 2009

Tail up, It's show time

Tail up, It's show time

Dear PK,
Segala kepenatan yang dikumpul selama hampir setengah tahun akhirnya tergambar pada hari ini. Tidak dinafikan sangat meriah, hebat dan terbaiklah. Kerja keras student-student veterinar UPM dari tahun 3 hingga tahun 1 amat baik dan memberansangkan. Syabas DVM students

Awal pagi Azim dah lambat sampai di bukit ekspo. orang ajak overnite di sana tidak mahu. Akibatnya, pukul 6.45am baru sampai. Masa itulah baru nak run PA system. Kecian pada Vivi, lagu circus dia, Azim hilangkan. Jadi tiadalah soundtrack lagu circus. Rasa bersalah benar ni. Sesiapa yang datang hari sabtu pagi dapatlah dengar alunan lagu circus itu.

Daripada sumber-sumber yang dipercayai, lebih kurang 880 ekor anjing datang. Lebih dari apa yang dijangka. Amber Chia pun datang untuk booth Artemis. Azim nampak ada wartawan the Star, TV8. Paling tak seronok sekali, Azim punya knowledge pasal baka anjing sangat rendah. Biasalah,bila dah duduk di main stage,kenalah berbual dengan pensyarah. Tahu apa yang pensyarah cakap.

Akhirnya dapat juga lihat Pug Dr Shanti. comel jugalah. macam nak picit-picit sahaja pipi dia. Azim terpaksa balik awal kerana ada hal sedikit. Dengar kata hingga jam 11.30pm DVM students kemas bukit ekspo. Hopefully next year, dogathon will become more outstanding!! (tahun depan nak volunteer PE )

Peace..,
xZYm

Aug 13, 2009

Tidak mengira umur

Tidak mengira umur.

Dear PK,

Baru-baru ini negara Malaysia digemparkan dengan kadar kematian yang begitu drastik sekali disebabkan oleh penyakit selesema babi. Petanda hari kiamat bakal muncul. Begitu teruk sekali, hingga sekarang kadar kematiannya mencecah 51 org. Bingung kepala Menteri Kesihatan memikirkan masalah ini. Tiap-tiap hari mesti ada kematian dan Malaysia pula berada di tangga ke-9 dalam kadar kematian.

Jika lihat daripada mangsa, tiada batas umur yang boleh ditetapkan,tiada batas tahap kesihatan & tiada batas kawasan. semuanya boleh dijangkiti oleh virus ini. Dari penyakit ini kita dapat buat kesimpulan yg Allah dengan kehendakNya boleh memisahkan roh & jasad kita bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu dah tua,baru nak dicabut nyawanya.

Banyak-banyaklah sediakan bekalan, takut-takut nyawa kita yang dicabut esok!!

Peace..,
xZYm

Aug 9, 2009

Terlewat

Terlewat
Dear PK,
Hari - hari biasa : Dia akan bangun di awal pagi semata-mata untuk mengejut orang solat subuh.. Suaranya akan berkumandang ke pelusuk kolej,mendayu-dayu menyebut kebesaranNya disuasana sunyi sepi.
Hari ini : Tiada suara dia kedengaran,malah suara yang mengantikannya(sesiapa budak kolej yang mengaku dia lelaki) lambat 20min.

Gambar adalah hiasan

Salah seorang senior Azim accident motor ketika dalam perjalanan pulang ke UPM. Nasib tidak menyebelahinya & adiknya. Motor boleh dikategorikan tidak ada apa-apa. Tetapi dia, dalam keadaan yang agak tidak selesa (nanti Azim describe pathologically)

Kecoh semasa waktu zuhur untuk mencari orang yang boleh menghantarnya. Sorang demi sorang dicari. Akhirnya Naguib menolong menghantarnya ke PKU atas pertolongan roomate Naguib. Paling seronok,biliknya tidak putus-putus diziarahi oleh tetamu. Memang patutlah dia menang MTM terbaik.


Kesannya yang Azim terasa apabila azan Subuh lambat. Juniornya yang mengantikannya,berjalan agak pantas bersama Azim & Daud (Derwin) apabila melihat surau masih gelap.


Lession yang ada pada dia ialah sub-mandibular oedema, abrasion pada kaki, muka dan tangan. Ada budak nursing kata maybe if chronic can lead to concussion. kira teruk juga. Berdoa sahaja mudah-mudahan Allah meyembuhkannya dengan cepat.


Peace..,
xZYm

Aug 7, 2009

Missed 2 times

Missed 2 times

Dear PK,
Sedang seronok menyelak surat khabar hari semalam, mata Azim tertarik pada surat khabar hari selasa kosmo. setiap helaian Azim selak, selak dan selak. Ada helaian hanya dilihat gambar sahaja. tetapi boleh terhenti pada page hiburan,tentang rancangan baru ke udara

Gossip Girl season 2...


Ahhh...macam mana boleh missed 2 episode ni!! even dah abis tengok melalui hard copy(thank mya) tapi mesti tengok juga. seronok giler cerita dia. Lagi-lagi muka Serena,stail rambut yang patut perempuan cuba.

Minggu depan,patut kena set dalam kalender. Every Tue, 1030pm only at 8TV.
Peace..,
xZYm

Aug 6, 2009

Middle of the Syaaban

Middle of the Syaaban...

Dear PK,
Kedatangan dia pasti ditunggu - tunggu oleh masyarakat Islam. Semasa malam itu,mereka akan meluangkan masa maghrib-isya untuk sama-sama membaca 3x Yassin. Azim pernah menanyakan ustaz, sama ada 3x Yassin ini, sunnah @ adat. Jawapan yang diberikan pun tidak pasti

Tetapi yang penting,Syabaan menunjukkan ketinggian martabat Muhammad dengan nabi-nabi yang lain. Bulan ini khusus untuk junjungan besar kita. Pertengahannya pula berlaku peristiwa Malaikat membawa buku amalan & dosa mengadap Allah SWT. Bermakna lembaran buku baru mula dibuka.

Pasti sangat-sangat untung sesiapa yang dakwat pertama digunakan untuk menulis kebaikannya. Kita berdoa sahaja,amalan pertama kita tadi semasa maghrib ialah amalan yang baik dan diterima Allah.

Peace..,
xZYm

Aug 2, 2009

Perkahwinan

Perkahwinan


Dear PK,
Perkahwinan saudara Azim berlansung dengan aman dan meriah sekali. Keluarga Azim berjumpa semula. Cuma adik Azim di SAMURA sahaja tiada. UTEM juga ditutup seperti universiti-universiti lain. 2 mak cik Azim datang ke Johor Bharu untuk menghadiri perkahwinan anak saudara mereka.

Kami bergerak pada waktu kemuncak. Mungkin untuk mengisi perut pada waktu tengahari. Perkahwinan yang dilakukan di dewan Bakar Batu, JB yang disulami tema ungu(bestnya). Adik Azim menoleh-noleh seperti mencari sesuatu. Terus Tok Ngah menyatakan Abg Amy mungkin datang malam karang,semalam ada konsert.

Mungkin sedih muka lansung tidak ditunjukkan pada ibu pengantin yang Azim panggil ibu apabila adiknya lansung tidak menunjukan muka lagi di hari pekahwinan anaknya. Tetapi perkahwinan itu tetap meriah. Kira sudah lama Azim tidak melihat dua pupu azim ini. Apabila melihatnya, dia makin berisi. Mungkin hidupnya senang. Selamat pengantin baru Azah!!!

Pengantin bersama 2 makcik Azim

Peace..,

xZYm

Aug 1, 2009

Sogo ditutup

Sogo ditutup

Dear PK,
BODOH!!! Seperti Islam tidak mengajar cara yang lebih baik untuk berbincang. Kalau mereka fikir dengan buat demostrasi begitu,boleh selesaikan masalah, mereka silap. Sejahil-jahil Azim pun, masih tahu cara melakukan demostrasi pada kerajaan yang masih dianggap adil dikira berdosa besar.

Tindakan mereka itu menyusahkan orang. Pasti cemuhan keluar dari peniaga-peniaga berdekatan kawasan demostrasi. Mereka tidak sedar,bila peniaga yang dizalimi merintih keluh, pasti doa peniaga itu di dengar oleh penciptaNya. Lagi-lagi kecian bila peniaga itu mendoakan tidak baik pada mereka. Sogo juga ditutup semalam.

Apabila Azim lihat peristiwa itu melalui berita, sedih melihatkan ramai yang berpakaian seperti menunjukkan identiti Islam. Mungkin rakyat Malaysia patut malu kepada pelancong asing. Apa yang akan di perkatakan oleh rakyat luar Negara pada keadaan ini. Adakah Malaysia ini selamat? adakah Negara Islam selamat? Jangan ditambahkan lagi faktor-faktor mengatakan Islam itu penganas.

Peace..,
xZYm

Jul 30, 2009

After holiday

After holiday..


Dr. R said Parasit test on 6 Aug. Topics covered up to D WHOLE Enoplida for theory n up to Filarida for practical test. Pls spread 2 others.

Dear PK,
What!! I thought it will next 2 week. Kalau di rumah, memang susah nak study. Banyak sangat dugaan. Internet, Astro, tilam yang empuk. Semuanya ke arah untuk mematahkan semaangat Azim untuk study.


Pathology,parasite, perlu habis dibaca dalam minggu ini. Virus pula memang satu benda tak faham. Memang bagi Azim subjek virus killer subjek semester ini. Di kolej seronok. Tengok roommate Azim sibuk dan menjerit-jerit memahami biochem, tergelak kecil Azim. DVM1 hendak tukar lecturer biochem mereka. Junior DVM2 Azim pula sibuk tanya soalan tahun lepas.


Semester ini,try lagi nak dapat dean list. Bukan susah pun,kena rajin sahaja study. Boleh punya dapat. PK,doa-doakan Azim dapat dean list. PK sahaja tahu perasaan Azim sekarang.

Peace..,

xZYm

Jul 28, 2009

H1NI @ UPM

H1N1 @ UPM


Dear PK,

Suasana Pusat Kesihatan yang begitu sesak. Masuk sahaja ke Pusat Kesihatan, terus Azim ditanya deman atau tidak oleh pegawai kesihatan. Hanya gelengan yang mampu Azim berikan. Kehadiran Azim & Hafez bukan atas tujuan deman,tetapi sebab lain. Hafez kerana matanya merah sebelah. Azim pula sebab allergic.




Jumaat lepas semasa di ladang 2, sedang enak menyuntik kambing, Azim rasa kelainan. Rasa macam gatal-gatal pada bahagian leher & tangan. Tuba & Mya menegur Azim : kenapa muka kau merah,zim?. Jawab Azim menerusi pengalaman lepas : panas kot!!





Ingat boleh baik selepas balik kolej, tetapi jadi makin teruk. Malam semalam,housemate aku mengajak makan udang goreng. Hasilnya,makin teruk. Itu sebabnya Azim pergi ke pusat kesihatan. Ini ubat-ubat yang diberi oleh doctor


Secara kesimpulan, Azim dapat zoonotic infection form goat when heat stress. Suka hati sahaja buat diagnostic sendiri. Rupanya cuti yang diberi oleh doctor dilanjutkan selama seminggu. UPM cuti selama seminggu setelah kes ke-3 ditemui mengenai H1N1. Setakat 3 minggu di UPM, lebih 300 kes dilaporkan deman. Paling teruk sekali KTDI.



Peace..,

xZYm

Pindah

PINDAH

Dear PK,

Baru-baru ini Azim dipindahkan ke unit lain dalam dogathon. Unit baru, PA system. Unit yang memang Azim elak untuk diletakkan nama Azim selama ini. Bukan salah pengarah tahun ini, tetapi salah ketua unit ini tahun lepas. Seharian Azim duduk di hadapan PA system. Untuk bergerak mengambil makanan pun,kawan Azim,Juwai yang mengambilkannya. Ini lagikan solat zuhur, terpaksa cari orang untuk duduk jaga sekejap di tempat Azim

Azim ditinggalkan. Sebab itu, Azim berkeras mahu masuk ke Unit Pendaftaran. Tetapi sejak Azim mula lihat betapa susahnya pengarah buat kerja, dengan elektrik tiada, hati Azim mula terbuka. Memandangkan ketuanya batch Azim sendiri, kira on sahaja. InsyaAllah,junior bawah Azim tidak akan merasai macam apa yang Azim rasa dulu.

Lihat list name ada 2 orang "laksamana" Azim. sorang, kira kenal lah,budak DVM2. Sorang lagi DVM1, menurut kata roommate Azim,dia budak ex-dip. Jadi secara rasminya Azim kembali ke jawatan lama. Hafez pula ditukarkan ke unit peralatan, sesuailah tu. Thank kepadanya sebab belanja Azim buka puasa semalam. Ina pun dia belanja.

Peace..,
xZYm

Jul 25, 2009

Hang Out

Hang out

Dear PK,

Agak kecewa juga Azim apabila hasrat mahu ke pasar malam tidak kesampaian. Pulang ke kolej berpakaian coverall,dengan langkah yang malas. Selepas setengah jam Azim mengadap Gossip Girl, housemate Azim yang mengajak ke Jusco. Katanya mahu membeli jam.

Kami menemani senior Azim berbuka puasa. Rasanya, kami yang makan dulu sebelum dia. Haha!!! sorry Faiz,kau sibuk shopping barang yang guna hari ni pulak. Selepas itu, sorang- sorang senior Azim nak ikut beli barang yang sama. Senior Azim yang nak beli jam pula katanya mahu lihat di Mines. SEIKO, harganya RM370.50 after 20%. memang peminat jam lah dia ni.

Sebelum pulang,singgah makan. Masa itulah, kami mula cerita pasal setiap batch,dari DVM1 hingga DVM4. Moral of story, vet memang best!!sebab kita rapat setiap batch. Baru melabuhkan punggung di sofa ruang tamu di kolej, junior Azim ajak pergi Cheras. Jam menunjukkan angka 11 dan 6. Maknanya kena overnight di sana lah.

Ronda-ronda uptown, KL hingga jam 6. Ayat paling 'sentap' dikeluarkan oleh housemate aku ni : kau mana beli barang-barang kat sini, semuanya nak ori. itu yang tak pernah pergi ke sini. Memang Azim 1st time pergi. Tetapi seronok juga,sebab ada yang berkenan di hati. memandangkan di sini tidak menerima kad kredit, so no pointlah beli. lagipun bulan ini banyak sangat keluar duit untuk shopping.

Pulang ke kolej,terus kami rebah di tempat beradu masing-masing. Kecian gila pada roommate Azim. ada koko jam 8. Takpe roommate, balik ni kau tidur puas-puas di rumah. Sudahlah kita missed Nur Kasih semalam


Peace..,
xZYm

Jul 23, 2009

Re-anat

Re-anat

Dear PK,
Sudah diketahui hari bakal diadakan ulangkaji anatomi 1,2.3. Apabila buka sahaja soalan, tidak tergambar begitu susah soalannya walaupun 6 orang berbincang dengan pelbagai buku rujukan di hadapan mata.

+40 soalan sahaja yang mampu kumpulan Azim selesaikan. Terasa macam nak pecah kepala,dengan bilik MM2 terlampau sejuk. Kata Dr, soalan ini penting untuk surgery nanti. Fikir-fikir balik, memang lupa juga, tapi bila sebut satu term sahaja, dah terfikir location dia di mana. kira nasib baik masih ingat.

*Housemate Azim dimasukkan wat kecemasan tidak sampai setengah jam. Balik ke rumah, ramai betul orang ziarah dia. Dengar kata jika dia tidak beransur pulih 4 hari lagi, kena quarantin lah satu rumah!! boleh skip test phamaco & patho...

Peace..
xZYm

Jul 22, 2009

Benda-Hari

Benda-Hari

Dear PK,
Jemputan yang Azim terima untuk berkongsi sedikit ilmu yang Azim ada kepada junior-junior sekolah Azim, Azim terima dengan ikhlas. Pada mulanya, agak sukar untuk Azim pulang ke Johor Bharu semata-mata untuk hal ini. Tetapi dengan kemasukan hampir 7k dalam akaun bank Azim membuatkan Azim ada keinginan untuk pulang ke Johor Bharu.

Memang tradisi sekolah akan mengadakan krusus kepada setiausaha & bendahari sekolah. Azim pernah laluinya. keperitan
memegang amanah sekolah & pernah dalam satu masa, wang ditangan Azim mencecah hampir RM20 ooo. Takut juga kena curi.

Pelbagai pengalaman dan ilmu Azim kongsikan kepada junior-junior Azim. Terasa juga terubat kerinduaan kepada cikgu-cikgu Azim, ada beberapa yang masih ingat ingat lupa.

Ceramah motivasi itu bertujuan untuk melahirkan bendahari yang cekap,amanah & bertanggungjawab. Paling penting dapat menguruskan wang dengan baik. Pulang sahaja ke rumah, terus Azim mengadap laptop, menyiapkan semua 'assignment' yang perlu di selesaikan minggu ini. kerja last minute, memang kurang berkualiti.

Minggu ini, mula minggu ujian, kena kembalikan semangat ni!!!chaiyok!!

Peace...,
xZYm

Jul 19, 2009

Skrip yang Bosan

Skrip yang bosan

Dear PK,
Setibanya di rumah jam 8.30am, Azim disambut dengan bau kek pisang buatan mak. Dah lama tidak merasainya. Badan ni rasa selesa juga walaupun tidur di pejabat ayah.
Sebelum itu sempat juga kami singgah ke rumah atuk. Ain,sepupu Azim mengajak menonton wayang.


Jam 11am, Azim & seorang adik bongsu Azim dihantar oleh Ayah ke Jaya Jusco, tempat yang kami janji mahu bertemu dengan Ain. Beli tiket sahaja sudah beratur ramai. Mesti penangan Harry Potter. Apabila lihat pada skrin GSV, Harry Potter full house. Kena tunggu jam 5.30pm baru ada. Jadi kami buat keputusan lihat sahaja cerita Skrip 7707.


Rating yang boleh Azim bagi setelah kami duduk satu jam setengah dalam wayang ialah 4 daripada 10. ceritanya terlalu simple & senang. Apabila selesai, ramai yang mengeluh. Jika ini yang mahu ditonjolkan oleh cerita seram melayu, Azim sangat sedih.


Jadi bagi mengubat kesedihan diri, kami shopping. Mentang-mentanglah JPA baru masuk, tangan ini rajin sahaja menekan butang pengeluaran wang. Pasti rakan Azim yang lain begitu juga. Semua pasti sekarang sibuk di shopping complex. Ayah mengambil kami jam 6.30pm. dalam kereta sibuk kami dengar letehan mak & ayah. Membazir duit la, dah tak muat almari baju la..


*Adik Azim yang ke-2 sekarang pasti seronok tengok MU vs Malaysia di Bukit Jalil. Bila lihat berita semalam Malaysia kalah 2-3.

*Dah keluar pun buku yang Azim tunggu, The Host. Ingat nak beli My Sister’s Keeper, tapi dah habis.

Peace..,
xZYm

cARDIO TherApY