Mar 14, 2010

Surat layang

Sudah hampir 2 tahun peristiwa artikel yang ditampal di kolej serumpun menjadi titik noktah dalam hidup Azeem. Perubahan besar yang berlaku pada Azeem mungkin sebahagian besar disebabkan surat itu.

Artikel itu sama sahaja seperti artikel yang ada,hasrat penulis untuk berkongsi maklumat. Cuma maklumat yang hendak dikongsikan oleh penulis artikel terbabit tidak patut ditulis & ditampal untuk tatapan umum. Kandungannya lebih menjerumus ke arah menjatuhkan & memalukan kerja yang dilakukan oleh segelintir orang (insyaAllah kerja ini akan berterusan & semua orang akan buat kerja ini)

Penulis tidak meletakkan perkataan penuh gelaran orang pada kerja ini. Hanya abjad pertama sahaja dijadikan sebagai kata ganti kerja terbabit. Sebahagian besar kandungannya mengutuk & melarang orang utuk turut terbabit dengan kerja itu. Artikel itu dirampas & dibawa ke Azeem.

= pintu bilik diketuk & nama Azeem dipanggil dengan sekuat-kuatnya oleh 3 + 1 orang (Pening kerana tidak cukup tidur dalam bas + Final exam pagi hari ). Dengan kepala yang sedikit pening & mamai,Azeem gagahkan diri untuk membuka pintu rumah. Pandangan sinis tertera pada muka mereka beserta mahu melepaskan sesuatu sahaja kepada Azeem

"Kau yang buat benda ini kan,Zeem?"...terkesima Azeem apabila kertas artikel yang langsung Azeem tidak mengerti apa kertasnya dilemparkan keras pada Azeem. Satu-satu ayat dibaca dengan teliti.

"Bukan akulah,gila apa aku nak buat benda ini" Azeem jawab sambil di dalam hati hilang rasa hormat kepada mereka yang pernah Azeem percayai selama ini. Pelbagai alasan dilontarkan, Azeem baru sahaja sampai kolej 17 pagi jam 6,Azeem balik kampung - tiada masa hendak tampal artikel itu. Jika Azeem tampal 4 hari sebelumnya,pasti mereka sudah jumpa dahulu.Fikir logik sebelum tuduh-menuduh.

Lebih menyedihkan lagi, hasutan melibatkan Azeem ini bermula dari beberapa orang yang menjadi 'penduduk' kolej terbabit (serumpun). Azeem dapat tahu, artikel itu ditampal dihadapan surau kolej itu. Padahal berhempas pulas Azeem menolong mereka,ini balasan mereka.

Atas alasan marah,dendam & kecewa, Azeem sanggup tunggu 2 tahun untuk kembali semula. Setelah semua makhluk2 itu hilang dari pandangan, baru kerja sebenar bermula. Pernah duduk sekali dengan mereka, tetapi perasaan marah membuak-buak ketika itu. BODOH!!! tuduh orang tidak tentu pasal.

**Coursemate Azeem pernah buat benda yang hampir sama,tetapi Azeem faham situasi dia ketika itu. Walaupun agak lama baru rasa nak bercakap.. Moralnya = Hidup perlu bertoleransi

2 Sentuhan:

faza17 said...

uits..aku link blog ko ke blog aku eh.thanks

Azeem said...

aku pun link gak...

Post a Comment

cARDIO TherApY