Mar 25, 2010

Penantian satu penyiksaan

Dear PK,
Hampir kesemuanya mengeluh apa yang berlaku petang tadi. Harapan bergunung-gunung setelah berhempas pulas beberapa hari berusaha untuknya. Benda yang dijanjikan tidak berlaku. Sepatutnya berlaku jam 2, setiap penantian ditanggung dengan penyiksaan. Setiap menit yang berlalu dari jam 2 hingga jam 4.30 seperti menunggu kunjungan bidadari turun ke bumi.

"Apa salah kita, sampai kita dibuat macam ini" - V
"Bosanlah, asyik-asyik cancel" - P
"Aku dah agak" - S
"Aku dan Azeem dah cakap dalam wall Man, Radio cancel" - W

Pelbagai keluhan didengar. Hendak buat macam mana, fikir positif sahajalah. Markah Clinical Pathology yang entah apa-apa je membuatkan semakin semangat Azeem membaca. Tiba-tiba tidak menjadi. Bosannya hidup macam gini.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY