Oct 27, 2008

My first Teenege love affair

My first Teenege love affair

Dear PK,
Pagi-pagi hari Im berjogging dengan ayah Im selepas balik dari surau. Belum sampai separuh jalan,Im sudah mengeluh. Penat juga kena naik jalan berbukit. Ayah mengesyorkan kami duduk sebentar di kawasan rehat. Sedang kami rancak berbual, beberapa orang gadis menghampiri kami. Dari pakaian mereka,Im agak mungkin mereka juga melakukan aktiviti riadah juga. Tanpa memberi salam,seorang daripada mereka bersuara

“ Awak ni Azim kan?” gadis yang memakai tudung agak labuh menegur Im
“ Ya”Im menjawab dengan muka kebinggungan. Dalam memory Im,tidak dapat mengecam dia siapa.
“Ni Azwani la,kita pernah satu kelas masa darjah 6. ni Suzana” jawab gadis itu sambil menunjukkan pada seorang lagi.
Lambat juga Im hendak mengingatinya.” Wani ke? Lain sekarang?macam mana ingat Azim lagi?rasanya muka ni dah berubah kot.”
“Aku lah nampak ayah kau, kan ayah kau dengan ayah aku kawan. Itu aku cam kau” Suzana menyampuk
“Jom lah kita sarapan,boleh tanya awak dah ada berapa anak sekarang”Im mempelawa mereka makan di restoran 25 Jam
“Awak?geli lah korang ni. Ingat korang couple lagi ke?” Suzana memulakan kenangan lama
“Eh, bila masa pula kita orang ada apa-apa. Cikgu Raja sahaja yang pandai-pandai” Im berhujah.
Suzana hanya senyum sahaja. "Jom lah,aku dah tidak sabar nak makan dengan diut budak St Joseph ni”

Ayah Im mengizinkan Im keluar bersama dengan kawan-kawan Im. Banyak benda yang kami ceritakan Azwani sekarang belajar di Seoul National University. Im hairan,macam mana dia ada di sini. Azwani cakap,oleh kerana tesis dia sudah hampir siap dan tinggal untuk perbentangan,supervisornya membenarkan dia untuk pulang lewat ke Korea untuk hari raya. Suzana sekarang bekerja di Bangunan Ansar.

Balik ke rumah,kenangan Im semasa darjah enam kembali menceritakan satu persatu kisah yang berlaku antara Im dan Wani. Kerana anak patung dan kotak pensel x-men membuatkan nama kami kecoh di pertengahan tahun 1998. dari 6 kenanga hingga bakawali,tahu kisah kami disebabkan Cikgu Raja Ahmad Fauzi.

Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY