Oct 27, 2008

Under The Radar

Under The Radar

Dear PK,
Kepayahan menjawab exam non-ruminan ari khamis mungkin diubati bila Im tatapi wajah ayah Im yg menyambut Im pulang di stesen bus. Dari wajahnya Im tahu ayah Im mungkin dalam mood yg baik. Mungkin dia sudah tahu Im sudah pun menceritakan hal sebenar yang berlaku semester lepas kepada org yang terlibat. Biar kisah itu jadi pengajaran dalam hidup Im. Malamnya Im dan keluarga pergi keluar makan. Sudah hampir 2 bulan Im tidak makan lamb chop,bila menikmatinya sampai panggilan Mak Lang Im pun Im tidak sedar.

Boleh dikatakan semua terkejut bila Im sampai ke rumah atuk Im. Tidak sangka pula Im akan ada. Im hanya balik untuk beberapa hari sahaja,mungkin hingga hari Isnin. Banyak lagi Im kena cover bagi veterinary physiology dan genetic. Ini antara subject yang boleh tolong Im dapatkan A. Kalau di rumah banyak benda yang perlu dilakukan pulak. Kepulangan Im pun dirahsiakan. Tetapi banyak pula aktiviti keluarga pula. Hari ni ada jamuan at my grandma home. Next day,Im kena beraya rumah Mak Ngah Im di Batu Pahat. Ingat kemeriahan raya sudah tamat,rupanya belum lagi. Puasa Im tinggal 2 hari lagi,might be Im abiskan dengan Universiti.

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY