Oct 21, 2008

Six at Syawal

Six at Syawal



Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal,

Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”
(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.


Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:

“Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”



Dear PK,

Tinggal 10 hari sahaja Syawal akan meninggalkan kita. bermakna kemeriahan hari raya semakin pudar. jangan dilupa amalan kunjung mengunjung,ziarah-menziarahi rumah saudara islam kita. amalan ni yang akan berkekalan hingga ke syurga kelak. dalam menghitung hari bila tibanya bulan islam yang baru, Im baru sedar yang Im belum berpuasa sunat 6 hari bulan ni. hari ini permulaannya. harap Allah mudahkan Im dan Im dapat sempurnakan puasa Im.


Hari ni ingat hendak berbuka puasa bersama senior Im yang ada masalah. mungkin Im boleh dengar masalah dia dan Im boleh cari jalan penyelesaiannya. biasalah manusia,mana yang hendak mengaku bila sudah membuat salah. kesian pada senior Im.

Peace...,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY