Oct 6, 2008

KE ‘BINGUNG’ AN DALAM KEMERIAHAN RAYA

KE ‘BINGUNG’ AN DALAM KEMERIAHAN RAYA



Dear PK,

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... laungan takbir raya Im dengar di subuh hari. Semasa tu kepala Im pening memikirkan banyak benda. Pagi-pagi subuh lagi Im ada perselisihan faham dengan ayah Im. Mana tidaknya susah sangat hendak kejut Im bangun solat subuh di masjid berdekatan hotel kami tinggal. Ayah Im ambil keputusan untuk renjiskan sedikit air ke muka Im. Im bangun dengan agak marah, mana tidaknya semua adik Im ketawakan peristiwa itu. Im masuk kereta, trus ayah Im berkata “ susah benar nak kejut along sekarang?dulu dia yang bangun dulu..tu lah,kat upm tak subuh pun tak turun surau”



Im hanya diamkan diri sahaja. Klu ikutkan hati,memang Im dah mengamuk pagi2 hari.. dia membisu sahaja. Dah lah penat semalam pasang carpet di rumah atuk,kena angkat banyak benda..pagi2 yg mulia dgr ceramah agama lak.



along know la..now along dlm proses mintak maaf dengan sume org yg terlibat. Tapi makhluk asing yg sedap-sedap hati tuduh along,memang sampai mati pun along tak maafkan dorang.”



Selepas solat subuh,kami balik ke hotel dan bergegas mandi untuk ke rumah atuk. Atuk dah cakap dengan ayah,tak payah sewa hotel..tido di uma je.abis ayah Im memang tak suka kami tidur campur2,lepas tu nampak aurat. Di uma atuk,kami yg lelaki trus bergegas ke masjid. Memang Im agak ‘terkenal’ di kalangan karkun2 disini. Mana taknye..tiap2 cuti semester je, lebih selesa duduk dekat sini. Karkun sini lebih memahami ImIm.



Mungkin modal perselisihan faham tadi memberi Im lebih feeling agar meminta maaf pada keluarga Im. Tapi macam biasa proses memohon kemaafan dipenuhi dengan gelak ketawa. Mula-mula sekali dengan sepupu Im. Memang kacau suasana habis. Macam2 makanan dihidangkan di pagi raya.dikira untuk makan waktu pagi sahaja ada 21 orang. Memang patut ada macam2. ketupat & nasi beraini mak Im masak. Rendang ayam, kuah kacang, lodeh, ayam masak merah n lauk 4 nasi beraini, mee rebus makcik2 Im yg masak. Lemang pak ngah Im beri di Jalan Ayer Itam. Memang kat situ,setiap 300m ada org jual. Kena pandai pilih la.



Belum sempat Im hantar pinggan kedapur,Pak Ngah menjerit, org marhaban dah datang!! Kelam-kabut kami dibuatnya. “Bagi je air F&N tu dulu,nnt baru bagi air nenas”mak Im memberikan pendapat. Memang jadi adat di kmpung Im,1 Syawal kaum adam akan bermarhaban bermula dari masjid selepas solat aidilfitri. Raya ke-2, bagi kaum hawa pula. Ingat lagi kata2 sorang karkun yg turut serta marhaban “ budak ni selalu je nampak kat Sri Petaling,belajar kat KL ke?”. Im mengangguk sahaja. Rasanya dia karkun Kg Melayu, Ampang. Im mungin kenal dia semasa Im menginap seminggu di Masjid Bukit Indah. Minggu yg tak dpt Im lupakan,hidup dengan anjing di SPCA



Hujan semalam membuatkan tanah menjadi merah,habis kereta kotor semasa kami pergi ke tanah perkuburan,padahal satu kubur saja yg hendak diziarahi..kubur atuk lelaki Im. Penuh tayar dgn tanah merah. Dah lah Im pakai seluar putih ni, takut kotor je seluar ‘kung fu’ ni. Balik sahaja dari kuburan trus ramai je yg lepak. Penat semalam belum hilang kot. Im dengar radio,malas lah nak tengok tv..rancangannya banyak sangat hipokrit. Bosan2 hantar sms kat Hot.fm. Kul 12.14pm, Anne keudarakan ucapan Im,khusus bagi course mate Im.



Lepas Zuhur,trus Im beraya sakan.Konvoi dari uma atuk ke uma saudara-saudara kami. Memang meriah sekali. Im bleh lupakan penyelesaian yg patut Im selesaikan. Tapi benda ni menjadikan Im binggung je..selagi masalah ni tak selesai,ayah Im mcm marah je kat Im. BINGGUNG!!!!



Peace...,

xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY