Jan 22, 2011

Superhero - Sahabat nabi

Dear PK,
Ini lebih kurang sambungan entri sebelum ini..

Sahabat nabi sebelum adanya perbagai idea-idea untuk menjadikan manusia luar biasa sudah menunjukkan sifatluar biasanya dahulu. Ini bukan cerita dongeng seperti Hercules, tetapi ini benar-benar berlaku.

  1. Tamim Al-Dari. pasti tak ramai yang kenal siapakah dia ini. Tamim dari Bani Al-Dar ini antara sahabat nabi yang penting zaman Umar. Dialah orang yang memperkenalkan lampu minyak yang patut digunakan dalam masjid & orang yang sudah menjumpai dajal.. Tentang superhero Tamim ialah dia diarahkan oleh Umar Al-Khatab untuk menghalau lava gunung berapi untuk masuk balik ke dalam gunung mengunakan kain serbannya sahaja. Sehingga sekarang gunung berapi itu pasif
  2. Abdullah Umar. anak kepada Hazrat Umar ini pernah memintal telinga singa yang mengalang perjalanannya.
  3. Umar Al-Khatab menghantar surat kepada sungai Nil untuk kembali pasang & subur sediakala.
  4. Tufial mempunyai tongkat yang bercahaya (sebelum itu dahinya bercahaya)
  5. Sekumpulan sahabat nabi berjalan & menunggang kuda merentasi sungai tanpa jambatan. Sehinggakan kaki kuda mereka tidak basah sedikitpun (Pimpinan Saad Abi Waqas)
Banyak lagi sifat superhero yang dipamerkan oleh para sahabat. Setiap umat Islam patut berbangga & mengambil iktibar bagaimana mereka boleh menjadi superhero. Apabila iman sempurna & amal,akhlak sama seperti nabi, seluruh dunia pasti tunduk di bawah kaki sahabat.

Superheroku..

Dear PK,
Hujung minggu ini semua batch sibuk menguruskan persiapan SUPERHERO yang bakal beraksi di auditorium vet. what mean superhero?

superhero ialah seorang yang memberi impak besar dalam kehidupan kita ++ ada apabila diperlukan, seperti Lois Lane superhero dia adalah Superman, Nobita superhero dia adalah Doreamon.





Azeem? membesar dengan kartun (kenapa kartun superhero sekarang sangat-sangat berat bagi kanak-kanak? dulu ceritanya ringkas & menghiburkan). Flashman, Power Rangers, Ultraman, Tundercats & banyak lagi antara superhero yang popular zaman dulu. Sebelum sekolah, Azeem minat sangat Tundercats & X-Men kemudian bertukar kepada Flashman + Power Rangers kemudian Dragon Ball - Card Captor Sakura - Pokemon - Ben10.

Kemudian,terfikir sejenak.. sepatutnya sebagai anak,kita sepatutnya menaggap ayah sebagai superhero kita. Apabila kita susah,dia ada & apabila kita senang,dia pun ada. Bila-bila masa tanpa keluhan,pasti ayah akan datang. Dan paling penting sebagai umat islam Nabi & sahabat sebagai superhero umat islam..

Jan 15, 2011

All people in one place

Dear PK,
Dinner Faculty Veterinar 2011 berlaku di Fakulti baru? Jadi kontroversi apabila sebilangan besar senior terasa dianaktirikan. Hinggakan pertembungan pihak yang menganjur & pihak yang membantah berlaku di rumah Azeem. Apa-apa pun benda dah berlaku & penganjur buktikan yang mereka dah uat sehabis baik untuk dinner ini.

Kali ke-2 dinner dianjurkan mengabungkan semua DVM. Malangnya satu kelemahan yang ketara seperti kita pergi majlis Dinner bersama coursemate sahaja. Rasanya hanya majlis ini sahaja kita dapat duduk semeja dengan batch-batch lain ++ lecturers.

Anyway it really fun & enjoy. Good job to DVM2. Azeem tahu susah payah mereka nak hias foyer tu. Mostly datang pakai mengikut tema. Sayangnya ramai pensyarah datang dengan pakaian biasa sahaja. Hopefully next years diadakan lebih baik dari tahun ini.


DVM5 ++ Pensyarah


Housemate


Senior


Masuk je foyer nampak junior pakai ancient greek. haha..sama


bersama 'king' of the night

Jan 14, 2011

Kehidupan


Permulaan,semuanya kosong


Titik putih melambangkan peranan & khazanah yang dapat dicungkil

Kemudian datang,benda hitam yang besar. Adakah kita akan melupakan khazanah & peranan titik putih sebelum ini? hhmmm....

Jan 4, 2011

24 ++

Dear PK,
10 Nov yg lalu, Azeem diberi 'kejutan'. Walaupun diaorg sibuk dgn final exam, celebrate juga b'day Azeem. Habis final exam vet med 2, terus Azeem ke Mid Valley seperti yang dijanjikan dgn rakan se'kampung'. Lepas sikit stress dlm minggu exam ni.

Malam, housemate ++ others housemate also celebrate. 2 kek lagi.


Hari itu antara hari birthday Azeem yang terbaik selain semasa vet camp. But now I'm 24 yo. eriously, memang tak nampak mcm 24 dari segi perangai
.

*p/s : New fakulti membuatkan Azeem pening mencari bilik lecturer. Itu belum lagi wad

Jan 1, 2011

10 Orang yang Kejam

  • Seseorang yang berdoa untuk dirinya sahaja tanpa mendoakan untuk orang lain
  • Seseorang yang ada kebolehan membaca Al-Quran, tetapi langsung tidak membacanya tiap-tiap hari
  • Seseorang yang sudah masuk ke masjid, kemudian keluar tanpa menunaikan hak masjid (solat 2 rakaat)
  • Seseorang yang lalu diperkuburan orang Islam tanpa memberi salam & menyedekahkan Al-Fatihah
  • Lelaki yang sampai di suatu kawasan pada hari Jumaat,tetapi lalai dari menunaikan solat Jumaat
  • Seseorang yang dikawasannya didatangi orang alim,tetapi dia tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  • Dua orang bertemu diperjalanan tetapi tidak menanyakan nama orang yang dijumpainya itu
  • Seseorang yang diundang ke jamuan tetapi tidak datang
  • Seseorang yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu & kesopanan
  • Seseorang yang kenyang, sedang dia tahu tetangganya lapar.

Dec 31, 2010

My Fav movie 2010

1. 3 Idiots


2. Harry Potter And The Deathly Hallows :Part 1


3. Alice in Wonderland


4. Magika


5. Prince of Persia


6. Hantu Kak Limah Balik Rumah


7. My Name is Khan


8. Valentine's Day


9. Inception


10. Iron Man 2



Fav Song:

Dec 26, 2010

S & C

Dear PK,
Geram rasanya bila adik Azeem mengatakan gurunya mengatakan kembiri kucing HARAM!! Dari mana dia dapat sumber pun tak tahu. Sudah sedia maklum JAKIM mengharuskan kembiri pada haiwan peliharaan

Memang secara luaran nampak kita menghalang kejadian semulajadi & kehendak nafsu haiwan. Tetapi cuba fikir dari sudut dalaman & jangka panjang. Bukan setakat penambahan haiwan-haiwan terbiar, tetapi boleh menyebabkan masyarakat tidak akan hidup dengan harmoni.

Jadi jika anda fikir tak mahu membiak haiwan peliharaan anda, kembirikanlah haiwan anda. Ini akan menolong menurunkan populasi haiwan terbiar.


All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
JAKIM,2002

Dec 5, 2010

Dear PK,
Semester 7 berakhir dah!! Ini bermakna tinggal lagi 3 sem lagi. Sem ini yang Azeem kelaki sebagai sem 'Putaran Vet' meninggalkan banyak kesan. Dari situ akan tercatat perbagai cerita yang menjadi memori di hari tua kelak.
Group Surgery (G12) berakhir semester ini. Special group 12 ini sebab kiteorg tak pernah bagi kerja,sorang buat part ini,yang lain buat part lain. Kiteorg akan duduk berlima buat sampai siap. Kadang-kadang sehingga jam 2am di fakulti medic. Rindu sangat bekerjasama dengan Dayang, Ct, Sheila & Benny. Part paling best dalam group ini,Azeem dapat perform chest comprasion semasa emergency, satunya group buat postmortem COD semasa surgery, Lihat secara live Congenital Diaphramatic Hernia & dapat rasa jantung bergerak.
Group Rotation (G8) juga berakhir semestar ini. Jika ikut kata senior, semester depan bakal bertukar rotamate. Memang nampak hebat group ini bila menang 1st prize semasa orantation rotation. Bila rotation kami bermula dengan large animal, semua akan cuba sumbangkan apa-apa idea untuk nampakkan group kami nampak hebat. Kami dapat lakukan postmortem tapir, tiada rotation yang di cancel, rotation surgery yang banyak kes (masa bincang dengan Dr, kami ada 15 kes), semasa radiology rotation, kami berpeluang secara live pemasangan peralatan baru radiology ++ company itu siap belanja makan lagi. G8 - Zul, Fil, Vivi, Ju-y. Korang memang rotamate best!!
New semester dengan new faculty, new subject (mostly disease). Tapi sekarang ini masa untuk rehatlan badan & minda. Semoga semua senior dapat buat final project mereka dengan baik.

Sem 1 - Starter ++
Sem 2 - Kenal haiwan kamu
Sem 3 - Jalan-jalan
Sem 4 - Law
Sem 5 - Detective Vet
Sem 6 - Surgeon?
Sem 7 - Putaran vet

Nov 19, 2010

Raya tanpa family.

Dear PK,
Aidiladha kali ini diraikan dikolej. Mulanya ingat selepas solat raya, pasti senyap sepi di dalam rumah bersama housemate lain. Malam raya, tiba-tiba D-G-1 meriah dengan suasana seperti di rumah. Mereka sibuk masak untuk hidangan hari raya





Memandangkan Azeem antara tetamu tetap mereka, secara tak malunya join sekali. Haha,memang muka tembok. Terasa macam pelajar oversea pula malam itu. Tukang masak utama, junior Azeeem ++ Hafez. Malam itu sebenarnya ikut senior Azeem cari lemang sampai ke Puchong. Before that, roomate dah bawa dari rumah lemang ++ rendang.

Pagi raya di D-G-1. makan-makan + tangkap gambar + gossip (routine utama jika kami berkumpul). Balik ke rumah Azeem, roommate sekali lagi bawa makanan dari rumah. Hari raya diselang seli dengan nota epi. khabarnya soalan susah, tapi tadi jawab...Alhamdulillah, Allah mudahkan.









* Gambar ambil dari Fb Zul

Nov 14, 2010

Happy week

Dear Pk,

Hari paling menyeronokkan berlaku dalam minggu ini. Selain birthday Azeem, jumaat lalu Azeem lepak sekali dengan student UNITEN!! Paling seronok sebab banyak belajar benda baru. Ada salah seorang mereka ini dikira sebagai orang paling bayak pengatahuan sunnah. Paling terkesan apabila dia beritahu satu cara bagaimana mahu tingkatan daya ketahanan diri & penghafalan.

Memang susah nak amalkan cara yang Nabi ajarkan pada Hazrat Ali RA, bangun malam jumaat solat 4 rakat dan setiap rakaat dibaca surah-surah khusus. Azeem tidak berapa ingat hadis berkenaan dan diriwayatkan oleh siapa. Jadi, ada cara lain nak tingkatkan daya ketajaman akal fikiran. Cara ini diajar oleh Allah SWT kepada Jibrail kepada Rasulullah SAW kepada 4 sahabat besar (Hazrat Abu Bakar, Umur, Othman, Ali)

Tadah air hujan yang terus dari langit,tiada perantaraan bumbung, kemudian bacalah 70x surah Al-ikhlas, Al-falaq, An-nas, Al-Fatihah & ayat kursi. Setiap kali baca dihembus ke dalam air hujan. Hendaklah diminum pagi & petang selama 7 hari. InsyaAllah pasti ada kejayaan.

Malam ini ada seorang ustaz baru balik dari Russia datang ke kolej Azeem, pasti pelbagai kisah menarik bakal didengar dari karkuzari beliau.

Oct 24, 2010

SAW

Dear PK,

Lebih sebulan tidak menjenguk blog. Alasan = sibuk dengan small animal block ++ 2nd test. Mula-mula rasa cuak gak. Raya tahun ini penuh kerisauan, bagaimana Azeem bila masuk ward small animal?

1st week : Dapat senior perempuan. Seriously, 1st time jumpa dia. Sebelum ini tak pernah nampak dia. Mungkin sebab dia duduk luar sebelum ini. Agak teagak-agak dalam ward. Full day rota memang full. Kes agak kurang, bersambung dengan minggu ke-2

2nd week : Dapat senior Chinese dan kes yang mengajar satu perkara penting pada Azim. Apabila bekerja nanti, pastikan jadi seorang Dr yang betul-betul boleh mengikut septic teknik. Walaupun hanya sebatang jarum biasa disuntik ke badan haiwan,pastikan ianya bebas kuman. My senior memang best giler!! Azeem memang harap jadi macam dia bila Azeem jadi senior nanti. Setiap benda dia tahu,pasti dia akan beritahu Azeem.

3rd week : FRONT OFFICE!! Bukan niat Azeem nak masuk lambat ketika large animal round sebelum masuk front office. Tetiba, kasut buat hal, tumit tertanggal. Nasib baik, ada penyelamat (my roommate), membawa kasut dari rumah kami. Gagap gak nak tanya soalan apa pada owner. Tapi ada seorang VO sangat baik. Dia guide Azeem sehingga boleh ingat sampai sekarang. Kekal hingga hari ini, rambut pendek. Antara komen2 didengarnya :

Oh, my God!! Azeem, u look so different… Dr G

Selepas beberapa hari kena komen lagi why not wearing tie?

4th week : Minggu surgery!! Kena stay malam. Baru nampak perangai sebenar group 12. Senior tak terkata apa-apa. Hubungan dengan senior makin erat. Kes memang banyak. Tak menang tangan nak handle. Lagi-lagi kes surgery. Semua yang ada dalam ward atau pelajar tahun 4 & 5 akan ingat mengenai S*ti Ros*erah, kucing yang sangat kasihan. Process pemberian treatment planmemakan masa lebih kurang 2 jam. Makan sahaja ambil masa sejam. Akhirnya, dia mati minggu ni. Sedih bila dapat tahu mati, sepanjang minggu layan kerenah dia, lihat kesensaraan dia untuk menjilat makanan.

5th week : ICU week. Alhamdulillah, tiada berjaga malam kerana hujung minggu ini tiada kambing perlu dijaga. Hari selasa,full rota Azeem terpaksa ingat kembali bagaimana pengiraan dosage, penggunaan machine gas. Bila masuk dalam real situation,baru rasa bagaimana hebatnya jadi dr vet.

Small animal block ada keseronokkannya sendiri. Dr Jes** berkata masa rota u akan menjadi rapat dengan orang yang u tak pernah rapat. sehinggakan kawan rapat u,rasa semakin renggang sebab jarang jumpa..lebih-lebih lagi semasa tahun 5. Tak sedar lansung dah akhir sem.Wow,memang tak terasa masa berlalu dengan pantas!!

Sep 9, 2010

Eid Mubarak


From Azeem Rahim..
          Usher upon you peace,
           happiness & prosperity


Sep 5, 2010

Seribu Malam

Dear PK,
Lailatul Qadar selalu dikaitkan dengan Ramadhan. Sinonim dengannya, rakyat Malaysia khususnya akan mengadakan qiamulail di masjid, surau bagi merebut keberkatan malam itu.

Terpulang pada kita sama ada hendak beribadat sepanjang malam ataupun separuh malam ataupun hanya sebentar sahaja. Ibadat tidak tertakluk kepada solat, membaca Al-Quran, malah tidur cara sunnah pun dikira ibadat. Tetapi tarikan untuk Allah suka pada amalan, lebih tinggi jika kita solat, zikir & berdoa.

Waktunya menjadi isu yang dipertikaikan. Dengan mudah, satu laman web USA meramalkan akan berlaku malam ini (27 Ramadhan). Padahal tiada satu spesifik hadis pun mengatakan dengan tepat bila akan berlaku, cuma Rasulullah mengatakan ianya bakal berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir.

Tetiba Azeem terbaca satu hadis yang lebih kurang maksudnya Rasulullah pernah hendak memberitahu waktu tepat berlakunya Lailatul Qadar, tetapi disebabkan 2 orang islam bergaduh, maka terbatal hasrat Rasulullah atas perintah Allah. Patutlah ikramul muslimin ditekan keras oleh Rasulullah.

Orang yang akan menemuinya pasti dipilih Allah. Benda yang didengar mudah, tetapi untuk mendapatnya susah. Benda mahal, tidak mudah Allah mahu berikan pada hambanya yang tidak berusaha. Mudah-mudahan dalam seumur hidup, temukan diri kita dengan malam itu.

P/S : Allah boleh tentukan mana-mana kita nak duduk masa berlaku Lailatul Qadar. Kita boleh berada di atas tikar sejadah, menangis meratap kesalahan masa lalu ataupun tidur lena di atas tilam empuk ataupun di atas motor berpelesit di ibu kota.

Sep 1, 2010

Berbeza

Dear PK,

SENIOR ckp subjek ini boleh score A!! Tapi first test buat Azeem samar-samar untuk dapat A.

Azeem, management la...itu pun tak dapat nak buat yang terbaik.

Aug 30, 2010

Surau Al-Ikhlas

Dear PK,

tiga hari cuti.. Azeem berada dekat dengan UPM. bukan di JOHOR.

Fasa 4 tambahan,Bangi menjadi destinasi cuti minggu lepas. Sangat-sangat kagum suasana kawasan ini :

1. Walaupun rumah mewah ++ kereta boleh membuat Azeem pandang 2,3 kali, tetapi penduduknya takde pun sifat sombong, semuanya baik2 belaka

2. SANGAT-SANGAT KAGUM dengan majlis berbuka puasanya di surau. pertama kali Azeem nampak ada semangat jiran tetangga dikalangan penduduk. makanan bukan calang-calang, kehadiran hampir 100 org setiap hari

3. Solat tarawihnya pun boleh dikira penuh pada hari hujung2 Ramadhan.

4. Kanak-kanak sudah biasa dengan surau, qiamulail di surau jadi rutin mingguan mereka

pendek kata hujung minggu Azeem dihabiskan dengan benda yang baru ++ hati semakin tenang. Paling best jumpa senior DKHP yg tamat belajar tahun 1987. Pernah bekerja di GPS di CP selama berbelas tahun. Banyak benda yang dikongsikan ++ idea untuk final project. Azeem boleh ibaratkan dia berfikir luar dari kotak sehingga orang tak nampak apa yang dirancangnya.

Aug 27, 2010

Cita-cita tak kesampaian

Dear PK,

Artikel dibawah ini karya asli Azeem yang sepatutnya dihantar ke pertandingan menulis esei Ramadhan di Kolej untuk MERIT!! malangnya,LUPA!! ingat nak balik rumah sahaja..

Nabi SAW bersabda: Sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadhan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan. Kedatangan Ramadhan setiap tahun sama ada meninggalkan kesan atau tidak pada seseorang pasti akan berlalu. Tidak dinafikan ada juga yang menunggu kehadiran Ramadhan seperti menunggu kelahiran anak sulung. Setiap hari dalam Ramadhan digunakan secara manfaat untuk merai segala peluang yang ada yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman.

            Ramadhan diibaratkan sebagai satu pesta yang memerlukan pengunjung datang setiap khemah yang disediakan. Syarat wajib masuk ke Ramadhan ialah dengan berpuasa di siang hari. Setelah masuk ke Ramadhan, itu terpulang kepada pengunjung sama ada mahu mengunjung ke ‘khemah’khemah’ yang lain atau tidak. Sepanjang Ramadhan amalan-amalan dilakukan semata-mata untuk sukakan Allah berlipat kali ganda. Tarawih, bermunajat malam, membaca Al-Quran, bersedekah, memberi makanan atau hadiah kepada fakir miskin semuanya dilakukan atau keinginan pengunjung Ramadhan.  Jika seseorang itu buat, maka adalah ganjaran yang bakal diperolehinya.

            Setiap daripada kita ini perlu merenungkan setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan fardu dan setakat mana terdapat peningkatan dalam amalan sunat pada bulan yang diberkati ini. Kecuaian kita terhadap amalan fardu begitu ketara sekali sehingga ada antara kita yang tidur semula selepas bersahur sehingga solah Subuh terpaksa diqada ataupun sekurang-kurangnya tertinggal solat berjemaah. Seolah-olah makanan yang dijamah ketika bersahur lebih hebat & besar dari perintah Allah SWT untuk menunaikan solat Subuh.

            Begitulah amalan-amalan fardu umat akhir zaman. Itu belum disentuh dengan solat Maghrib yang ditunaikan hampir masuk waktu Isya’ kerana sibuk mengenyangkan perut ketika berbuka. Adakah kehadiran Ramadhan sekadar sama dengan bulan-bulan Islam yang lain? Tidak timbul keinsaafan dalam diri umat Islam bagi setiap Ramadhan yang sudah berlalu? Semuanya boleh diubah jika umat Islam itu sendiri mahu berubah & berdoa supaya setiap hari dalam Ramadhan mengajar dirinya untuk mendapat sedikit maafaat dari Ramadhan.

Kata-kataMu.....

Dear PK,

Bacalah hari-hari akan Al-Quran ketika sibuk atau pun senang,

kerana Al-Quran akan menjadi asbab kamu mudah ketika sibuk di akhirat,


Dengarlah bacaan Al-Quran ketika dialunkan

kerana Al-Quran menjadi pendinding kamu di dalam kubur kelak


Fahamilah setiap bacaan yang diucapkan dari Al-Quran

kerana tuntutan Al-Quran untuk dikaji & difahami


Amalkan setiap suruhan dalam Al-Quran

Menjadi pembimbing hidup lebih bertakwa


Cintailah Al-Quran lebih dari segalanya

kerana cintanya bakal kekal hingga ke Syurga


17 Ramadhan 2010 - Nuzul Al-Quran.

p/s : really enjoy ceramah Nuzul Al-Quran di kolej. Ustaz pun sempoi, tanya soalan pakai SMS. 

Aug 11, 2010

Ramadhan

Dear PK,

1 Ramadhan menjelma kembali. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh mahkluk termasuk manusia. Ramadan pasti akan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menyelami setiap harinya. Pasti ramai berfikir bahawa Ramadhan sinomim dengan PUASA.


Ramadhan = PUASA? bagaimana dengan amalan lain? adakah makin berkurang?sama sahaja dengan bulan-bulan lain? Orang yang hanya menganggap Ramadhan hanya PUASA sahaja terlalu rugi. Mungkin kita tak akan jumpa Ramadhan yang akan datang. Semailah setiap saat dalam Ramadhan dengan perkara yang baik & dapat meningkatkan keCINTAan Allah pada kita.


Jika kita tertinggal puasa,pasti ramai fikir untuk mengantinya dalam masa setahun akan datang. Tetapi jika tertinggal solat? pernah terfikir nak Qada'?


Subuh paling sinonim dengan Ramadhan. Kerana masa ini, orang sanggup bangun seawal 5 pagi untuk bersahur. Apa kata luangkan masa sekejap, selepas makan, tunggu azan berkumandang bergegas ke surau/masjid. pasti bangga 'orang-orang surau' melihat subuh seperti solat tarawih.

Jul 31, 2010

Salahkahku??

Dear PK,

Dari Wasilah bin Asyqa' RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Jangan kamu bergembira atas kemalangan saudaramu, kerana Allah boleh menunjukan rahmatNya keatasnya dengan melepaskannya dari kemalangan dan menimpakan kemalangan itu kepada kamu

HR Tirmizi


Azeem bukannya orang yang layak mengulas hadis/Al-Quran (walaupun sesetengah pihak amat mudah menghantar risalah mengenai Al-Quran/Hadis dan mengulasnya).

Banyak perkara yang menimpa Azeem sejak masuk semester baru ini atas perbuatan tidak kemanusiaan sesetengah orang. Mungkin lebih teruk lagi berlaku pada Mr T. semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpalnya atas kesabarannya

NOTA RUMINANT-FACEBOOK-BANK-BAJU FAKULTI

cARDIO TherApY