Jan 22, 2011

Superhero - Sahabat nabi

Dear PK,
Ini lebih kurang sambungan entri sebelum ini..

Sahabat nabi sebelum adanya perbagai idea-idea untuk menjadikan manusia luar biasa sudah menunjukkan sifatluar biasanya dahulu. Ini bukan cerita dongeng seperti Hercules, tetapi ini benar-benar berlaku.

  1. Tamim Al-Dari. pasti tak ramai yang kenal siapakah dia ini. Tamim dari Bani Al-Dar ini antara sahabat nabi yang penting zaman Umar. Dialah orang yang memperkenalkan lampu minyak yang patut digunakan dalam masjid & orang yang sudah menjumpai dajal.. Tentang superhero Tamim ialah dia diarahkan oleh Umar Al-Khatab untuk menghalau lava gunung berapi untuk masuk balik ke dalam gunung mengunakan kain serbannya sahaja. Sehingga sekarang gunung berapi itu pasif
  2. Abdullah Umar. anak kepada Hazrat Umar ini pernah memintal telinga singa yang mengalang perjalanannya.
  3. Umar Al-Khatab menghantar surat kepada sungai Nil untuk kembali pasang & subur sediakala.
  4. Tufial mempunyai tongkat yang bercahaya (sebelum itu dahinya bercahaya)
  5. Sekumpulan sahabat nabi berjalan & menunggang kuda merentasi sungai tanpa jambatan. Sehinggakan kaki kuda mereka tidak basah sedikitpun (Pimpinan Saad Abi Waqas)
Banyak lagi sifat superhero yang dipamerkan oleh para sahabat. Setiap umat Islam patut berbangga & mengambil iktibar bagaimana mereka boleh menjadi superhero. Apabila iman sempurna & amal,akhlak sama seperti nabi, seluruh dunia pasti tunduk di bawah kaki sahabat.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY