Jul 12, 2011

Bukan semua orang cakap betul

Dear PK,

INDIA!! Bila sebut pasal India terkenang di lubuk minda bahawa negara itu kotor, berbau, makanan teruk & macam-macam lagi yang boleh digambarkan. Apabila 33 hari di India, mengubah segala-galanya. Bukan semua negeri-negeri di India boleh digambarkan teruk.

Mula-mula takut, untuk makan, minum di kedai-kedai, tetapi Azeem mula enjoy pula makan di sini. Air minuman, bak kata pensyarah disini, hanya minum air di dalam U sahaja or air panas.. Persekitarannya bersih & nyaman. Cuba kadang kala pada minggu pertama terasa panas yang amat sangat. Kemudian kami dihadiakan dengan hujan berlimpah luah,sehingga kesemuanya terpaksa membeli payung.

Trafik sahaja problem. Non stop hon dibunyikan. Terasa bingit juga telinga,lama-lama dah immune kot. Sepanjang perjalanan kami di sekitar kawasan U, tak Nampak lansung orang yang telanjang or meraba –raba. Peduduknya lebih berpendidikan. Cuma sekali dua,terpandang orang kencing berdiri dipenjuru @ tembok dinding.

Sistem pendidikan VET di sini? Sistemnya banyak fokus pada ternakan. Rasa kesian juga bila mereka belajar surgeri 3 semester,tetapi hanya apply kesemua teknik surgeri pada satu anjing setelah tamat kelas surgeri. Tetapi mereka tetap bangga bila VET diiktiraf 2nd course terbaik. Malaysia? Entah no berapa.

Kebanyakkan pesyarah yang terlibat, antara terbaik. Tak sangka di hari terakhir, ada majlis ‘graduasi’ kami. Diserahkan sijil & buku manual kepada kami. Buku Manual tu yang mahal!! Tak dapat mana-mana beb…

Kes CC? mostly dah dapat kes. Azeem, more to bact case.



If ada peluang ingin lagi pergi ke sana, tapi bukan untuk tempoh yang lama.. 2/3 hari mungkin cukup. Untuk jumpa balik ke semua pensyarah-pensyarah di sana yang sangat baik.

Makmal...JB

Dear PK,

Lama sudah, Azeem tidak memaparkan entri-entri baru @ pekembangan terbaru Azeem. Rasa malas pula nak menaip lagi setelah balik dari India.

Cerita India? Nnt Azeem tuliskan kemudian…

Sekarang Azeem sibuk ber’practical’ di makmal. Even kes tak banyak semacam kes-kes di makmal-makmal utama M’sia, Tapi tetap enjoy. Dari sini, banyak yang boleh belajar. Bukan setakat pasal microb,parasite or PM, tetapi ilmu yang tak dapat di dapati dari buku.

Alhamdulillah,ada juga students U lain semasa Azeem practical di sini.. takdelah bosan sangat. Faham-faham sahajalah, jika ada kerja,ada lah..xde…borak @ kata lebih baik,kongsi ilmu.

Tetiba minggu ni banyak benda nak buat. Terasa bebal pula apabila lama x guna otak untuk bekerja sepenuhnya. Settle masalah kad bank CIMB, bayar duit gi USS nnt, bank in Paypal & booking Harry Potter movie this Thu.

me with others students

Update : really enjoy watch new series (teen wolf & raising hope) ++ PLLs new seasons

May 29, 2011

INDIA

Dear PK,

INDIA.. sampai sudah Azeem ke negara ini. Berbagai-bagai gambaran difikirkan ketika sampai di sini,agi-lagi berapa teruk keadaan tempat praktikal itu nanti. Dari KLIA ke Chennai – perjalanan seperti biasa. Cuma makanan yang disediakan ala-ala India. Chennai – 8 jam transit di sini. Kami dalam keadaan pening dan tak tahu hala mengikut sahaja. Rasa kelakar pula apabila kawalan keselamatan mereka kurang ketat. Kami sampai dalam jam 12am,tetapi terasa bahang kepanasan. Setelah ambil barang, kami terus bergerak ke kawasan pelepasan. Ingatkan apabila masuk kasawan itu,boleh keluar untuk melihat Bandar Chennai di malam hari. Tetapi kami tidak dibenarkan keluar. Duduk dipenjuru berbual dalam keadaan ngantuk sambil mencari- cari kedai yang menjual air mineral.

Azeem lihat dengan selambanya orang-orang disini tidur berbaring di airport berlapikkan surat khabar atau kain. Waktu subuh hampir tiba. Dari tadi kami tidak dapat jumpa tempat solat. Jadi, kami mengambil keputusan untuk solat di tempat kami lepak. Baru terasa untungnya duduk di Malaysia. Setiap tempat pasti ada tempat solat.

Chennai ke Kochi – Sistem agak berlainan dengan KLIA. Jadi kami dalam keadaan tak tentu hala. Sampai rasa marah timbul kerana tidak begitu sistematik. Sampai di kochi,berlainan pula. Walaupun kecil,tetapi rasa tersusun. Kami keluar memerhatikan tanda KVASU. Pemandu itu membawa kami ke kawasan praktikal kami. Dari semalam kami berbincang pasal makanan & tempat tinggal yang bakal di sediakan. Satu lagi benda pelik di sini, traffic sangat sesak dan mereka suka bunyikan hon.

KVASU – kami lihat seperti kolej yang ada di Malaysia zaman 80an secara luarannya. Tetiba teringat cerita lakonan Azean & Jalaluddin Hasan tentang kolej Mahmod Baginda. Lebih kurang

macam gitulah keadaan kolej universiti mereka. Asrama pula,mula-mula fikirankan macam 3 idiots. Tapi lebih baik lagi bilik dia agak besar dan disediakan katil,tilam, meja,kerusi,almari dan tandas disebelahnya. Lebih apa yang disangka. Makanan : memang pedas giler.. seumur hidup tak pernah rasa makanan sepedas ini.

Advantage disini :

  1. Raining season (6 months) akan datang bulan 6. Tak lah panas sangat
  2. Banyak kes-kes yang kurang di Malaysia berlaku di sini (setakat ini paling interesting kes venom attach & a lot Malassezia cases
  3. Mostly (60%) orang sini boleh cakap English, sebab sini kawasan pelancongan
  4. Kami dilayan seperti putera/puteri raja – ke mana sahaja diteman/  habis kelas di sediakan minuman
  5. Suka giler kelas waktu petang – banyak input yang boleh Azeem dapat daripada kelas ini.

May 17, 2011

Top 5 TV Programmes Game

Pick your five favourite tv shows (in no particular order) and answer the following questions about them. Dont cheat!

  1. Glee
  2. Pretty Little Liars
  3. Vampire Diaries
  4. Gossip Girls
  5. Supernatural


Who is your favourite character in 2?
Aria Montgomery :)

Who is your least favourite character in 1?
Terri Schuester

Whats your favourite episode of 4?
When chuck & Blair breakup at Paris (how beautiful Blair’s dress)

What is your favourite season on 5?
Season 5

Whats your favourite ship in 3?
Elena & Stefen

Who is your anti ship in 2?
Spencer’s sister & Ian

How long have you watched 1?
About 2 years :)

How did you become interested in 3?
I’d know about VD but i assume it like copycat of twilight, but my ex-housemate told me to watch it and it different

Who is your favourite actor in 4?
Blake Lively & Ed Westwick

Which show do you prefer, 1, 2, or 5?
Hard to choose, they are all in different genres and most best tv show i ever watch

Which show have you seen more episodes of, 1 or 3?
VD because it only more 2 or 3 episode than glee.

If you could be anyone from 4, who would you be?
Nate Archibald

How would you kill off your favourite character in 1?
maybe in some hilarious story

Give a random quote from 1
Did you know dophins are just gay shark? - Brittany & And That’s How Sue Sees It - sue

Would a 3/4 crossover work?
i download this episode maa…

Pair two characters in 1 that would make an unlikely?
Quinn & Mike Chang

Has 5 inspired you in any way?
Not really…

Over all, which show has a better cast, 3 or 5?
VD

Which has better theme music 2 or 4 ?
i like secret on PLL.. but gossip girl always having great music.

Just before we the 'horror weeks'

Dear PK,

Ni antara gambar-gambar yg Azeem habiskan masa bersama coursemate (block large animal) and my housemate + 2 others membes at same restaurant.

Kantoi,bawa nota gi dinner.. Esoknya ada test pop med





All my housemate except Tim. Dia ada something to do




Ketawa

Dear PK,

Betul ke ketawa Azeem nampak hodoh? Mula-mula housemate Azeem perasan, Naeem. Sejak dulu lagi tak pernah orang perasan sehingga dia tegur. 

" Senior ('my nickname' yg dipanggil oleh Naeem) ketawa macam kipas rosak"

Terhenti seketika ketawa Azeem. Betul ke? Tiba-tiba sorang lagi mengakuinya, my roommate. Just ignore it and think it kinda my trademark/my cuteness..Yeah Mukhriz, If kau baca entri ini..aku memang suka buat benda-benda nampak aku comel & mcm budak-budak.

Then, a few days later we make our regular conversation about our activities. Blah..blah..blah.. then suddenly someone make some joke about our future housemate. Azeem laughing. Naeem tunjuk ke arah kipas & said - samalah,mcm kipas rosak. Ong, my other housemate yang sedang minum air tersembur keluar. He also admit it. 

Now, my fren at JB also talk about it. Seriously, buruk sangat ke? It started when someone talk about it like one of HIMYM episode..


Apr 30, 2011

Hanyut

Dear PK,

5.30pm, 27 April 2011

Azeem 'muak' membaca nota babi, siapkan diri untuk solat subuh.. Dilihat di jendela hujan semakin lebat. Keluar dengan membuat keputusan,nak ikut kiri/kanan. Diputus untuk mengikut jalan kanan,malas nak melalui ampaian-ampaian. Apabila sampai ke jalan raya, diambil keputusan untuk berlari merentasnya untuk sampai ke surau kurang 100 meter dihadapannya. 

Apabila sampai dilongkang yang bersaiz lebih kurang 50cm lebar, 200 meter dalam, Azeem tidak menyedari yang bahagian yang dipijaknya tiada penutup longkang. Lantas,jatuh terduduk di dalam longkang yang dipenuhi air hujan yang amat deras. Azeem dibawa arus yang deras sehingga tangannya yang cuba mencapai apa-apa yang boleh dicapai tidak kesampaian. Dalam fikiran Azeem memikirkan samaada longkang ini ada 'connections' dengan tasik di hadapan surau atau tidak. Sudahlah tak tahu berenang,takut-takut esok pagi keluar akhbar seorang pelajar ditemui mati dalam kolam.

Tiba-tiba aliran air cuba membawa Azeem kearah kanan (gelung dibawah jalan raya), tetapi dipegang longkang bahagian kiri. Hanya sebelah seliparnya yang hilang. Dipersimpangan itu,  Azeem cuba memikirkan bagaimana mahu naik dari longkang. Hendak menjerit,belum subuh lagi. Dicabut seliparnya yang sebelah dicampak keluar. Dalam keadaan sakit, dipegang mana-mana bahagian longkang sehingga Azeem dapat keluar dari longkang itu. Dengan keadaan basah kuyup dan luka-luka dibadan, Azeem berjalan balik ke rumah. Dari kopiah hingga ke kain pelekat,semuanya basah. 

Terkejut,rakan sebilik Azeem melihat Azeem dalam keadaan sedemikian. Masuk dalam bilik air dan lantas membasuh luka-luka dan terus mandi. Tidak pernah seumur hidup dapat luka seteruk ini. Kena cakar ayam/kucing pun Azeem dah merungut,inikan pula lupa yang banyak,punggung,lutut & tapak tangan. Setelah selesai bacaan taalim di surau, baru sedar yang terdapat benjol tepat ditengah dahi. Patutlah pening-pening. Diambil keputusan untuk tidur.

Sampai sekarang masih lagi sakit. Ini boleh jadi sebab dapat Rabies nanti kat India. (EH!! Azeem pergi Kerala,India 21 Mei.Thank UPM..)

p/s :

  1. Bersyukur sangat Allah masih selamatkan Azeem (air jadi asbab Azeem tak patah kaki, jika tak ada air,mungkin lebih teruk)
  2. Ada rahmatnya..
  3. Rasa macam kat sunway lagoon je..haha

Apr 15, 2011

G5

Dear PK,
Lama tak melawat blog sendiri... sebab? 1. broadband dah kena pinjam 2. masalah yang cuba diselesaikan 3. mungkin dah tawar hati nak buat menulis??.

Anyway, kembali pada tajuk entri ini. Group rotation sem 7 & 8. Hari isnin ini kali terakhir kami bersama. Memang tak dinafikan, group paling sengal & suka mengheboh2 G5 group terbaik. Vivian as Cik Melio, Juwai, Filza and Zul.. we create new name - AA....LAMAK GROUP!!



Mar 19, 2011

2-Direct



Hujung minggu ini ada pilihan yang perlu dipilih. Azeem dah nekad buat pilihan ini!! SERIOUSLY!!

Minggu ni rasa teruk sangat. Subuh beberapa kali tak pergi surau kolej, inikan pula nak duduk taalim. Rasa macam dah jauh sangat pesongan ini. Nak bagi alasan minggu exam, orang lain pun exam juga. Bangun Azeem!!

" Orang yang bercinta akan selalu teringat-ingat & rindu pada kekasihnya, hingga satu tahap mimpi bersama kekasihnya. Orang yang bercinta akan selalu ingin bersua & bergurau senda, mengadu hal diri pada kekasihnya. Orang yang bercinta akan selalu mengkut kehendak kekasihnya, malah apa yang berkaitan dengan kekasihya pun dia suka. Jika mahu Cinta Allah, benda yang sama patut dipraktikan"

Mar 5, 2011

SA... see you next sem



RED WOK, Bangi menjadi penyaksian kami (Group 5) melepaskan keseronokan setelah tamat dari SA block. Bersama senior, dan sepatutnya ++ Group 1,tetapi terpaksa tukar tarikh. Dari kedai makan itu dibuka,hingga jam 10 baru kami pulang ke kolej.

Proses pencarian tutup kamera paling mengelikan hati. Sampai sekarang masih berdendam dengan kucing yang bermain dengannya. thanks to my rotamate...we really having fun that night.

SA Block - block yang ditakuti oleh ramai student kerana perlu persediaan mental-fizikal, sampai di fac seawal 7am dan pulang lewat ++ pressure di dalamnya. Next sem, Azeem akan menjadi senior ++ kena guide junior. Mission - nak jadi senior yang jahat!! bagi assignment ++ soal macam2.. haha.. tengok jelah sem depan.

p/s : kenapa nak cari kes CC awal-awal? - jawapannya sebab nak present awallah..






Jan 22, 2011

Superhero - Sahabat nabi

Dear PK,
Ini lebih kurang sambungan entri sebelum ini..

Sahabat nabi sebelum adanya perbagai idea-idea untuk menjadikan manusia luar biasa sudah menunjukkan sifatluar biasanya dahulu. Ini bukan cerita dongeng seperti Hercules, tetapi ini benar-benar berlaku.

  1. Tamim Al-Dari. pasti tak ramai yang kenal siapakah dia ini. Tamim dari Bani Al-Dar ini antara sahabat nabi yang penting zaman Umar. Dialah orang yang memperkenalkan lampu minyak yang patut digunakan dalam masjid & orang yang sudah menjumpai dajal.. Tentang superhero Tamim ialah dia diarahkan oleh Umar Al-Khatab untuk menghalau lava gunung berapi untuk masuk balik ke dalam gunung mengunakan kain serbannya sahaja. Sehingga sekarang gunung berapi itu pasif
  2. Abdullah Umar. anak kepada Hazrat Umar ini pernah memintal telinga singa yang mengalang perjalanannya.
  3. Umar Al-Khatab menghantar surat kepada sungai Nil untuk kembali pasang & subur sediakala.
  4. Tufial mempunyai tongkat yang bercahaya (sebelum itu dahinya bercahaya)
  5. Sekumpulan sahabat nabi berjalan & menunggang kuda merentasi sungai tanpa jambatan. Sehinggakan kaki kuda mereka tidak basah sedikitpun (Pimpinan Saad Abi Waqas)
Banyak lagi sifat superhero yang dipamerkan oleh para sahabat. Setiap umat Islam patut berbangga & mengambil iktibar bagaimana mereka boleh menjadi superhero. Apabila iman sempurna & amal,akhlak sama seperti nabi, seluruh dunia pasti tunduk di bawah kaki sahabat.

Superheroku..

Dear PK,
Hujung minggu ini semua batch sibuk menguruskan persiapan SUPERHERO yang bakal beraksi di auditorium vet. what mean superhero?

superhero ialah seorang yang memberi impak besar dalam kehidupan kita ++ ada apabila diperlukan, seperti Lois Lane superhero dia adalah Superman, Nobita superhero dia adalah Doreamon.





Azeem? membesar dengan kartun (kenapa kartun superhero sekarang sangat-sangat berat bagi kanak-kanak? dulu ceritanya ringkas & menghiburkan). Flashman, Power Rangers, Ultraman, Tundercats & banyak lagi antara superhero yang popular zaman dulu. Sebelum sekolah, Azeem minat sangat Tundercats & X-Men kemudian bertukar kepada Flashman + Power Rangers kemudian Dragon Ball - Card Captor Sakura - Pokemon - Ben10.

Kemudian,terfikir sejenak.. sepatutnya sebagai anak,kita sepatutnya menaggap ayah sebagai superhero kita. Apabila kita susah,dia ada & apabila kita senang,dia pun ada. Bila-bila masa tanpa keluhan,pasti ayah akan datang. Dan paling penting sebagai umat islam Nabi & sahabat sebagai superhero umat islam..

Jan 15, 2011

All people in one place

Dear PK,
Dinner Faculty Veterinar 2011 berlaku di Fakulti baru? Jadi kontroversi apabila sebilangan besar senior terasa dianaktirikan. Hinggakan pertembungan pihak yang menganjur & pihak yang membantah berlaku di rumah Azeem. Apa-apa pun benda dah berlaku & penganjur buktikan yang mereka dah uat sehabis baik untuk dinner ini.

Kali ke-2 dinner dianjurkan mengabungkan semua DVM. Malangnya satu kelemahan yang ketara seperti kita pergi majlis Dinner bersama coursemate sahaja. Rasanya hanya majlis ini sahaja kita dapat duduk semeja dengan batch-batch lain ++ lecturers.

Anyway it really fun & enjoy. Good job to DVM2. Azeem tahu susah payah mereka nak hias foyer tu. Mostly datang pakai mengikut tema. Sayangnya ramai pensyarah datang dengan pakaian biasa sahaja. Hopefully next years diadakan lebih baik dari tahun ini.


DVM5 ++ Pensyarah


Housemate


Senior


Masuk je foyer nampak junior pakai ancient greek. haha..sama


bersama 'king' of the night

Jan 14, 2011

Kehidupan


Permulaan,semuanya kosong


Titik putih melambangkan peranan & khazanah yang dapat dicungkil

Kemudian datang,benda hitam yang besar. Adakah kita akan melupakan khazanah & peranan titik putih sebelum ini? hhmmm....

Jan 4, 2011

24 ++

Dear PK,
10 Nov yg lalu, Azeem diberi 'kejutan'. Walaupun diaorg sibuk dgn final exam, celebrate juga b'day Azeem. Habis final exam vet med 2, terus Azeem ke Mid Valley seperti yang dijanjikan dgn rakan se'kampung'. Lepas sikit stress dlm minggu exam ni.

Malam, housemate ++ others housemate also celebrate. 2 kek lagi.


Hari itu antara hari birthday Azeem yang terbaik selain semasa vet camp. But now I'm 24 yo. eriously, memang tak nampak mcm 24 dari segi perangai
.

*p/s : New fakulti membuatkan Azeem pening mencari bilik lecturer. Itu belum lagi wad

Jan 1, 2011

10 Orang yang Kejam

  • Seseorang yang berdoa untuk dirinya sahaja tanpa mendoakan untuk orang lain
  • Seseorang yang ada kebolehan membaca Al-Quran, tetapi langsung tidak membacanya tiap-tiap hari
  • Seseorang yang sudah masuk ke masjid, kemudian keluar tanpa menunaikan hak masjid (solat 2 rakaat)
  • Seseorang yang lalu diperkuburan orang Islam tanpa memberi salam & menyedekahkan Al-Fatihah
  • Lelaki yang sampai di suatu kawasan pada hari Jumaat,tetapi lalai dari menunaikan solat Jumaat
  • Seseorang yang dikawasannya didatangi orang alim,tetapi dia tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  • Dua orang bertemu diperjalanan tetapi tidak menanyakan nama orang yang dijumpainya itu
  • Seseorang yang diundang ke jamuan tetapi tidak datang
  • Seseorang yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu & kesopanan
  • Seseorang yang kenyang, sedang dia tahu tetangganya lapar.

cARDIO TherApY