May 29, 2011

INDIA

Dear PK,

INDIA.. sampai sudah Azeem ke negara ini. Berbagai-bagai gambaran difikirkan ketika sampai di sini,agi-lagi berapa teruk keadaan tempat praktikal itu nanti. Dari KLIA ke Chennai – perjalanan seperti biasa. Cuma makanan yang disediakan ala-ala India. Chennai – 8 jam transit di sini. Kami dalam keadaan pening dan tak tahu hala mengikut sahaja. Rasa kelakar pula apabila kawalan keselamatan mereka kurang ketat. Kami sampai dalam jam 12am,tetapi terasa bahang kepanasan. Setelah ambil barang, kami terus bergerak ke kawasan pelepasan. Ingatkan apabila masuk kasawan itu,boleh keluar untuk melihat Bandar Chennai di malam hari. Tetapi kami tidak dibenarkan keluar. Duduk dipenjuru berbual dalam keadaan ngantuk sambil mencari- cari kedai yang menjual air mineral.

Azeem lihat dengan selambanya orang-orang disini tidur berbaring di airport berlapikkan surat khabar atau kain. Waktu subuh hampir tiba. Dari tadi kami tidak dapat jumpa tempat solat. Jadi, kami mengambil keputusan untuk solat di tempat kami lepak. Baru terasa untungnya duduk di Malaysia. Setiap tempat pasti ada tempat solat.

Chennai ke Kochi – Sistem agak berlainan dengan KLIA. Jadi kami dalam keadaan tak tentu hala. Sampai rasa marah timbul kerana tidak begitu sistematik. Sampai di kochi,berlainan pula. Walaupun kecil,tetapi rasa tersusun. Kami keluar memerhatikan tanda KVASU. Pemandu itu membawa kami ke kawasan praktikal kami. Dari semalam kami berbincang pasal makanan & tempat tinggal yang bakal di sediakan. Satu lagi benda pelik di sini, traffic sangat sesak dan mereka suka bunyikan hon.

KVASU – kami lihat seperti kolej yang ada di Malaysia zaman 80an secara luarannya. Tetiba teringat cerita lakonan Azean & Jalaluddin Hasan tentang kolej Mahmod Baginda. Lebih kurang

macam gitulah keadaan kolej universiti mereka. Asrama pula,mula-mula fikirankan macam 3 idiots. Tapi lebih baik lagi bilik dia agak besar dan disediakan katil,tilam, meja,kerusi,almari dan tandas disebelahnya. Lebih apa yang disangka. Makanan : memang pedas giler.. seumur hidup tak pernah rasa makanan sepedas ini.

Advantage disini :

  1. Raining season (6 months) akan datang bulan 6. Tak lah panas sangat
  2. Banyak kes-kes yang kurang di Malaysia berlaku di sini (setakat ini paling interesting kes venom attach & a lot Malassezia cases
  3. Mostly (60%) orang sini boleh cakap English, sebab sini kawasan pelancongan
  4. Kami dilayan seperti putera/puteri raja – ke mana sahaja diteman/  habis kelas di sediakan minuman
  5. Suka giler kelas waktu petang – banyak input yang boleh Azeem dapat daripada kelas ini.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY