Dear PK,
Bulan Rejab datang kembali. Bulan ke-7 dalam kelendar Islam ini yang juga dikenali sebagai bulan Allah, merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap ulama. Alaman yang tak lekang dari fikiran umat Islam ialah puasa di bulan rejab.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim
Banyak lagi amalan lain yang boleh kita lakukan ketika bulan Rejab,antaranya :
- Bersedekah walaupun sesen setiap hari.
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat-solat sunat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Rejab pasti sinonim dengan pelbagai peristiwa. Banyak peristiwa berlaku bulan rejab,antaranya :
- Hijrah pertama ke Habsah
- ISRA’ & MI’RAJ +++ Solat wajib 5x sehari**
- Perang Tabuk
- Kelahiran Imam Syafie
Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
0 Sentuhan:
Post a Comment