Dec 2, 2009

Pandainya Haiwan ni

Dear PK,


Orang Melayu selalu mengaitkan kancil, mawas, kucing antara haiwan-haiwan cerdik. Padahal daripada kajian Ini senarai haiwan terpandai di dunia.





Chimpanzee = Persamaan DNA antara chimpanzee dan manusia hampir 98%. Tidak hairanlah Chimpanzee no 1 haiwan terpandai di dunia. Chimpanzee cepat belajar tentang segala sesuatu dan juga punya memori lebih baik di banding binatang lain manapun. Untuk makan sahaja dia mengatur strategi untuk mengambil makanan.







Ikan Lumba-lumba (Bottlenose Dolphins) = Cerita dari negara barat selalu mengaitkan lumba-lumba sebagai haiwan yang bijak. Kecekapannya untuk mempelajari sesuatu mungkin berkait rapat dengan jumlah sel otak(neuron)nya. Lumba-lumba akan mengunakan sistem pendengarannya (echolocation) bagi mengesan sesuatu dan sesuai digunakan bagi mengesan mangsa di lautan.




Beruk (Rhesus Macaque Monkey) = Ekspirasi muka yang digambarkan oleh beruk hampir sama dengan manusia. Haiwan ini mempunyai daya ingat yang luar biasa, begitu juga kemampuannya untuk belajar, dan membuat keputusan sendiri.





Gajah = Gajah dikenal memiliki daya ingat sangat luar biasa. Mereka dapat mengingat kembali secara tepat tempat-tempat yang pernah mereka disinggahi sekalipun telah meninggalkan tempat itu bertahun tahun lamanya







Burung Beo (African Grey Parrot) = Burung ini sangat unik dari burung-burung lain. Burung ini mampu memahami apa yang dicakap oleh manusia,bukan setakat meniru. burung ini mampu meniru hampir semua suara yang diajukan kepadanya.






Sotong Kurita (North Pacific Giant Octopus) = Haiwan ini mampu mengingat dalam jangka masa pendek ataupun panjang. Sotong kurita juga boleh melakukan untuk menyelesaikan masalah kerana mempunyai susunan sistem saraf yang panjang. Hampir 2/3 sarafnya di tangannya dan mempunyai daya penglihatan yang sangat tajam walaupun
di dalam lautan.
Border Collie Dog = Anjing yang banyak digunakan untuk membantu mengembala ternakan. Dengan sedikit latihan jasmani dan bentuk berbagai perangsangan jiwa, anjing ini akan cepat menunjukkan kecermelangan kerana anjing ini cepat belajar.






Burung gagak (Ravens & Crows) = Burung gagak antara yang cerdik kerana memiliki IQ yang tinggi. Haiwan ini dapat membezakan bentuk kompleks dan cepat mempelajari tugasan yang diberi.





Tikus = Sifat tikus yang menjadikan tikus antara haiwan yang pintar ialah sifat penelitiannya. Dikatakan tikus mempunyai akal untuk menyelesaikan masalah. Telinga & hidung tikus sangat peka pada persekitaran.








Labah-labah (Portia Labiata Jumping Spider) = mempunyai ingatan dan mampu mempelajari sesuatu Salah satu kelebihannya ialah memikat makhluk lain dalam jaring untuk makanan. Setelah terjebak, maka labah-labah akan memerangkap makhluk itu sehingga tidak ada lagi tempat untuk keluar. Labah-labah ini juga mempunyai penglihatan mata luar biasa, juga naluri yang kuat.
Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY