Dec 6, 2009

Apa benda di lehermu

Dear PK,
Orang Islam cepat terjebak dengan budaya barat yang diwujudkan sendiri oleh musuh ketat umat islam,orang yahudi. Mereka dengan mudah memasukkan dalam minda orang islam benda yang haram boleh jadi halal.

Azim hendak cerita sedikit mengenai gaya muslim sekarang. Menjadi ikutan sekarang apabila kita pandang sekeliling kita pasti ada orang lelaki yang memakai rantai dilehernya. sekeras-kerasnya menentang dan mencela kaum Yahudi,tetapi dileher,tempat laluan udara,air,makanan diagung-agungkan kaum Yahudi itu.

Memang dalam Al-Quran tidak menyebut mengenai pengharamannya,tetapi ulama sepakat menyatakan ianya haram berdasarkan hadis Rasulullah - Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Sejak zaman dulu kala lagi, rantai menjadi pakaian aksesori kaum hawa. kepada perlu kita merampas atau meniru gaya kaum wanita. Itu belum lagi dengan gelang, subang dan lain-lain lagi. semuanya nak ditiru. Apa nak jadi dengan umat tinggalan Rasulullah ini?
*Gambar sekadar hiasan
Peace..,
xZYm

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY