Jul 31, 2011

S lebih popular dari R

Dear PK,

Apabila terpapar entri ini, Azeem berada di Pahang sepanjang bulan Ramadhan ini. Saja, set biar entri keluar malam ini.

Kali ini macam nak bercakap pasal Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu.

Kerap kali kita akan ingat Ramadhan bila terpapar di iklan-iklan TV or hypermarket tentang promosi raya. Oh, baru terfikir bulan puasa nak dekat. Masa tu bukan fikir apa yang perlu dilakukan pada bulan puasa ni,tetapi difikirkan barang-barang Syawal dah sedia belum. Bagaimana dengan baju raya? Langsir? Duit raya?

Kebanyakkan orang lupa tentang Ramadhan. Kecian dia,dikenali atas sebab bulan lain. Kalau diingatkan pun sebab ada bazaar. Padahal bulan ini yang patut diraikan. Disusun betul-betul apa yg akan dilakukan, biar jangan tinggal apa-apa pun ibadat wajib & sunat. Apa yang bakal dilakukan pada pagi / petang / malam / tengahmalam.

Satu lagi kelebihan bila terdengar sahaja Ramadhan,manusia mula rasa nak buat sesuatu yang baik + cuba nak berubah. Kebiasaannya, nak khatam Al-Quran. Tapi sejauh mana azam ini boleh dilakukan? Tanpa tadarus? Jika 11 bulan sebelumnya, Al-Quran jadi perhiasan di bilik. Begitu juga dengan nak solat 50 rakaat (wajib + sunat) tanpa dicampur solat tarawih, jika solat sebelummya ronggak. Ramadhan akan mencerminkan amalan kita selama 11 bulan sebelumnya. Jika Allah suka dengan 11 bulan kita, dijemput kita dengan riang, diberi kemudahan Ramadhan + amalan kita diganda-gandakannya. Moga Allah pilih Azeem & korang semua terpilih jadi tetamu yang disukainya di Ramadhan.

*p/s : Ustaz yang bagi ceramah kat makmal JB ni ckp : Semua orang bersolat akan berpuasa, tetapi bukan semua orang berpuasa akan bersolat.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY