Jul 17, 2011

Permainan dulu & kini

Dear PK,
Hari ini, kanak-kanak dilimpahi dengan pelbagai permainan electronik yg boleh dikatakan sebagai 'sukan' bagi mereka. Kalau masa zaman Azeem dulu, paling popular pun sega.. dah masuk high school baru ada PS & gameboy.

Sekarang macam-macam ada. Mcm jadi kemestikan satu rumah at least ada satu biji video game console. Xbox 360, PS3, PSVita, PSP, Nintendo DSi XL, Wii... 24/7 akan mengadap depan benda ini.



Tapi jadi kelemahan ini,kanak-kanak kurang merasai pengalaman bermain di luar. Kalau dulu,selepas asar, kanak-kanak akan keluar,main..jatuh..dapat luka..gatal sana-sini..semuanya jadikan kenangan ketika dewasa nanti (*ada gak tengahari dah keluar)

Police and thief want to jaga,buat rumah atas pokok,baling selipar, batu seremban, tutup botol, galah panjang, sorok-sorok. permainan itu menjadi proses pekembangan kanak-kanak dahulu. Bila dewasa sikit, bola sepak (azeem memang tak reti main langsung & sampai sekarang tak minat langsung tgok/main/sokong), rounders, badminton. Bila kita jatuh, rasa sakit, itu yang menambahkan kenangan. kanak-kanak sekarang,paling teruk pun dapat rabun sahaja...


Rasa rindu lupa pada kawan-kawan sepermainan dulu,semuanya dah pindah serata M'sia. Memang seronok jadi kanak-kanak milo dulu..

1 Sentuhan:

JawahirAbdullah said...

galah panjang, teng-teng, blablabla. rindu lahhh!

Post a Comment

cARDIO TherApY