Ini lebih kurang sambungan entri sebelum ini..
Sahabat nabi sebelum adanya perbagai idea-idea untuk menjadikan manusia luar biasa sudah menunjukkan sifatluar biasanya dahulu. Ini bukan cerita dongeng seperti Hercules, tetapi ini benar-benar berlaku.
- Tamim Al-Dari. pasti tak ramai yang kenal siapakah dia ini. Tamim dari Bani Al-Dar ini antara sahabat nabi yang penting zaman Umar. Dialah orang yang memperkenalkan lampu minyak yang patut digunakan dalam masjid & orang yang sudah menjumpai dajal.. Tentang superhero Tamim ialah dia diarahkan oleh Umar Al-Khatab untuk menghalau lava gunung berapi untuk masuk balik ke dalam gunung mengunakan kain serbannya sahaja. Sehingga sekarang gunung berapi itu pasif
- Abdullah Umar. anak kepada Hazrat Umar ini pernah memintal telinga singa yang mengalang perjalanannya.
- Umar Al-Khatab menghantar surat kepada sungai Nil untuk kembali pasang & subur sediakala.
- Tufial mempunyai tongkat yang bercahaya (sebelum itu dahinya bercahaya)
- Sekumpulan sahabat nabi berjalan & menunggang kuda merentasi sungai tanpa jambatan. Sehinggakan kaki kuda mereka tidak basah sedikitpun (Pimpinan Saad Abi Waqas)
0 Sentuhan:
Post a Comment