Jan 5, 2010

Surgery

Dear PK,
Seharian masa dihabiskan untuk memahami basic surgery. Tugas pertama Azim sebagai anaesthetist. Pabila pertama kali dapat tugas itu,dalam fikiran Azim:
  1. Nyawa anjing berada bergantung kepada anaesthetist
  2. Kerjanya mula awal kemudian duduk rehat ditepi
  3. Boleh ke suntik ni. mengigil nanti
Proses bermula dengan memberikan sedation pada anjing. Malang sungguh nasib dapat anjing garang. Selepas dikekang, Azim beranikan diri cucuk di sedation di bahagian belakang badannya. Alamak!! kena kencing. Memang nasib jadi student pertama kena kencing & student pertama kena hantuk dengan lampu surgery (minggu lepas).

Selepas 20 min, dibawa ke preparation room dan diberi GA. setelah diberitahu, rupanya setiap 5 minit, anaesthetist kena lihat anjing & masukkan normal saline. Itu tidak termasuk check TPR setiap 15 minit. Banyak kerja juga jadi anaesthetist. Alhamdulillah, anjing group Azim tidak terkorban. Thank pada group surgery Azim : Dayang, Benny, Siti Aminah, Sheila.

Minggu depan barulah surgery yang sebenar sebagai anaesthetist lagi.

*gambar tidak boleh diletak sebagai langkah berjaga-jaga. Takut orang masukkan dalam majalah dan diisukan. Nasib malang betul vet ni.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY