Jan 20, 2010

Mumbai Samba

Dear PK,

Penat lelah 4 minggu bertungkus lumus memastikan majlis silaturrahim berjalan lancar akhirnya membuahkan hasil. Bila majlis bermula,tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Semuanya berjalan lancar walaupun ada cacat cela sedikit.
Walaupun kaki melecet, badan terasa lenguh hingga ke hari ini,tetapi semuanya berbaloi. Azim ceritakan kronologinya :
  1. Sebelum cuti semester = Kerja setiausaha untuk siapkan proposal & hantar pada HEP. Oleh kerana hendak buat awal (dijangka minggu ke-3) dihantar proposal awal-awal.
  2. Minggu pertama = Senyap tanpa sebarang berita. HEP tidak beri kata putus. Tiba-tiba pengarah pergi untuk mengambil surat kelulusan, orang HEP cakap belum buat. Memang bengang habis. Dalam kepala otak dah syorkan kat pengarah buat Bollywood Masquerade. Decide dari kami berlima : Julie,Diana,Fit,Taq & Azim buat tema Bollywood Party. Mumbai Samba. Ramai komen nape mumbai samba. Nak tahu kena tanya pencadang nama itu
  3. Minggu kedua = Kertas undian & penyertaan diberi kepada setiap DVM. Paling mencemaskan apabila kena terangkan kepada junior tahun 1. Masuk sahaja kelas nampak roomate duduk belakang sekali. Tiba-tiba, petangnya kecoh senior hendak lambatkan seminggu. Jadi terpaksa hantar baru kepada semua DVM balik. Kertas undian dikutip & dikira oleh Man & Wan
  4. Minggu ketiga = Surat-surat jemputan dihantar kepada semua VIP dan email dihantar kepada pensyarah & staff. Kerja semakin berat bila dapat tahu HEP hanya memberi RM200 dari RM1000,lari bajet... Apabila jumpa advicer, kena marah lagi kerana lambat jumpa dia. Masalah makin banyak. Seorang letcure tidak membenarkan skip kelas dia. terpaksalah awalkan sehari pada 20hb. Tunggu JPA untuk beli costume lagi. Akhirnya, masuk juga pada hari jumaat. Hari sabtu, lebih 12 jam keluar untuk persiapan silaturrahim. Masjid India, Pasar Seni, Tesco semuanya kami jelajahi. Tambah lagi dengan latihan tarian. Memang penat sangat minggu ini.
  5. Minggu keempat = Minggu majlis belangsung. Banyak perkara yang berlaku. Deko, flow majlis, usher, semuanya perlu cantik & teratur. Paling tidak lupa teknikal. Saat-saat terakhir,tiada ajk teknikal. kesian En Syafiq uruskan terkial-kial. Itu nanti Azim cerita bahagian ke-2.Azim tidak letak nama dalam teknikal. Jadi Azim bukan teknikal.
Majlis Silaturrahim yang paling seronok pernah Azim lalui. Terima kasih kepada pengarah beri kepercayaan untuk Azim turt sama dalam majlis ini.

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY