Jan 23, 2010

Berkabung 7 hari

Dear PK,

Seluruh rakyat Johor pasti sayu & sedih kehilangan raja mereka,Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada usia 77 tahun di Hospital Pakar Puteri, Johor. Baginda yang dikatakan gering diistiharkan mangkat pada jam 7.15pm 22 Jan 2010. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman jam 11.30pm

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

Jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang hari ini. Seluruh rakyat Johor dikehendaki berkabung selama 7 hari & kerabat diraja 40 hari.

Langkah-langkah berkabung :
  1. Bendera negeri Johor akan diturunkan separuh tiang mulai hari ini dan dinaikkan separuh tiang pada hari berikutnya mulai jam 6 pagi hingga 6 petang termasuk di bangunan kerajaan.
  2. Sebarang hiburan dan keramaian dibatalkan pada hari ini di negeri Johor
  3. Semua masjid dan surau juga perlu mengadakan tahlil dan bacaan doa terhadap roh Almarhum selepas solat Maghrib tujuh hari dari tarikh pemakaman.
  4. Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat jelata akan berkabung tujuh hari dari tarikh pemakaman : lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam. rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri, wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.
Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.


p/s : patutlah masa balik jb dari UPM ramai orang di hospital pakar. kedai-kedai pun mula jual reben putih. ayah cakap mungkin baginda sudah mangkat awal. untung baginda dapat mangkat pada hari jumaat

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY