Dear PK,
Ni antara gambar-gambar yg Azeem habiskan masa bersama coursemate (block large animal) and my housemate + 2 others membes at same restaurant.
Kantoi,bawa nota gi dinner.. Esoknya ada test pop med
Setiap hari bewarna-warni. 'Ungu' salah satu warna yang akan menceriakan hidup anda!!
Dear PK,
Ni antara gambar-gambar yg Azeem habiskan masa bersama coursemate (block large animal) and my housemate + 2 others membes at same restaurant.
Kantoi,bawa nota gi dinner.. Esoknya ada test pop med
Dear PK,
Betul ke ketawa Azeem nampak hodoh? Mula-mula housemate Azeem perasan, Naeem. Sejak dulu lagi tak pernah orang perasan sehingga dia tegur.
" Senior ('my nickname' yg dipanggil oleh Naeem) ketawa macam kipas rosak"
Terhenti seketika ketawa Azeem. Betul ke? Tiba-tiba sorang lagi mengakuinya, my roommate. Just ignore it and think it kinda my trademark/my cuteness..Yeah Mukhriz, If kau baca entri ini..aku memang suka buat benda-benda nampak aku comel & mcm budak-budak.
Then, a few days later we make our regular conversation about our activities. Blah..blah..blah.. then suddenly someone make some joke about our future housemate. Azeem laughing. Naeem tunjuk ke arah kipas & said - samalah,mcm kipas rosak. Ong, my other housemate yang sedang minum air tersembur keluar. He also admit it.
Now, my fren at JB also talk about it. Seriously, buruk sangat ke? It started when someone talk about it like one of HIMYM episode..
Dear PK,
5.30pm, 27 April 2011
Azeem 'muak' membaca nota babi, siapkan diri untuk solat subuh.. Dilihat di jendela hujan semakin lebat. Keluar dengan membuat keputusan,nak ikut kiri/kanan. Diputus untuk mengikut jalan kanan,malas nak melalui ampaian-ampaian. Apabila sampai ke jalan raya, diambil keputusan untuk berlari merentasnya untuk sampai ke surau kurang 100 meter dihadapannya.
Apabila sampai dilongkang yang bersaiz lebih kurang 50cm lebar, 200 meter dalam, Azeem tidak menyedari yang bahagian yang dipijaknya tiada penutup longkang. Lantas,jatuh terduduk di dalam longkang yang dipenuhi air hujan yang amat deras. Azeem dibawa arus yang deras sehingga tangannya yang cuba mencapai apa-apa yang boleh dicapai tidak kesampaian. Dalam fikiran Azeem memikirkan samaada longkang ini ada 'connections' dengan tasik di hadapan surau atau tidak. Sudahlah tak tahu berenang,takut-takut esok pagi keluar akhbar seorang pelajar ditemui mati dalam kolam.
Tiba-tiba aliran air cuba membawa Azeem kearah kanan (gelung dibawah jalan raya), tetapi dipegang longkang bahagian kiri. Hanya sebelah seliparnya yang hilang. Dipersimpangan itu, Azeem cuba memikirkan bagaimana mahu naik dari longkang. Hendak menjerit,belum subuh lagi. Dicabut seliparnya yang sebelah dicampak keluar. Dalam keadaan sakit, dipegang mana-mana bahagian longkang sehingga Azeem dapat keluar dari longkang itu. Dengan keadaan basah kuyup dan luka-luka dibadan, Azeem berjalan balik ke rumah. Dari kopiah hingga ke kain pelekat,semuanya basah.
Terkejut,rakan sebilik Azeem melihat Azeem dalam keadaan sedemikian. Masuk dalam bilik air dan lantas membasuh luka-luka dan terus mandi. Tidak pernah seumur hidup dapat luka seteruk ini. Kena cakar ayam/kucing pun Azeem dah merungut,inikan pula lupa yang banyak,punggung,lutut & tapak tangan. Setelah selesai bacaan taalim di surau, baru sedar yang terdapat benjol tepat ditengah dahi. Patutlah pening-pening. Diambil keputusan untuk tidur.
Sampai sekarang masih lagi sakit. Ini boleh jadi sebab dapat Rabies nanti kat India. (EH!! Azeem pergi Kerala,India 21 Mei.Thank UPM..)
p/s :
Dear Pk,
Hari paling menyeronokkan berlaku dalam minggu ini. Selain birthday Azeem, jumaat lalu Azeem lepak sekali dengan student UNITEN!! Paling seronok sebab banyak belajar benda baru. Ada salah seorang mereka ini dikira sebagai orang paling bayak pengatahuan sunnah. Paling terkesan apabila dia beritahu satu cara bagaimana mahu tingkatan daya ketahanan diri & penghafalan.
Memang susah nak amalkan cara yang Nabi ajarkan pada Hazrat Ali RA, bangun malam jumaat solat 4 rakat dan setiap rakaat dibaca surah-surah khusus. Azeem tidak berapa ingat hadis berkenaan dan diriwayatkan oleh siapa. Jadi, ada cara lain nak tingkatkan daya ketajaman akal fikiran. Cara ini diajar oleh Allah SWT kepada Jibrail kepada Rasulullah SAW kepada 4 sahabat besar (Hazrat Abu Bakar, Umur, Othman, Ali)
Tadah air hujan yang terus dari langit,tiada perantaraan bumbung, kemudian bacalah 70x surah Al-ikhlas, Al-falaq, An-nas, Al-Fatihah & ayat kursi. Setiap kali baca dihembus ke dalam air hujan. Hendaklah diminum pagi & petang selama 7 hari. InsyaAllah pasti ada kejayaan.
Malam ini ada seorang ustaz baru balik dari Russia datang ke kolej Azeem, pasti pelbagai kisah menarik bakal didengar dari karkuzari beliau.
Dear PK,
Lebih sebulan tidak menjenguk blog. Alasan = sibuk dengan small animal block ++ 2nd test. Mula-mula rasa cuak gak. Raya tahun ini penuh kerisauan, bagaimana Azeem bila masuk ward small animal?
Selepas beberapa hari kena komen lagi why not wearing tie?
Small animal block ada keseronokkannya sendiri. Dr Jes** berkata masa rota u akan menjadi rapat dengan orang yang u tak pernah rapat. sehinggakan kawan rapat u,rasa semakin renggang sebab jarang jumpa..lebih-lebih lagi semasa tahun 5. Tak sedar lansung dah akhir sem.Wow,memang tak terasa masa berlalu dengan pantas!!
Mamat UNGU Copyright © 2009 Blogger Skins designed by Gisele