Dear PK,
Jan 31, 2009
LV
LV
Dear PK,
Seronoknya bila dapat sesuatu...
Lagi-lagi diberikan oleh orang yang....
seronoknya!!! dapat wallet baru.
Peace..,
xZYm
Jan 27, 2009
Bersambung kembali...
Bersambung Kembali...
Dear PK,

Berbalik dengan Brothers & Sisters, memang cerita ini kena dengan keluarga Azeem. lagi-lagi part keakraban dan kekecohan kami. Semalam apabila keluar membeli belah bersama keluarga + kawan adik Azeem, nampak kekecohannya. Merah padam muka Azeem. Depan kedai Handphone kami boleh bertelagah, mengemukakan pendapat masing-masing. Padahal yang keluar duit Azeem.
Boleh dikatakan semua orang area tu melihat gelagat kami. sehinggakan kawan adik Azeem bersuara
" Selalu ke jadi macam gini,mat (nickname adik Azeem dalam team bola sepak dia)"
" Yup, welcome to my family"
Akan tetapi kekecohan dan keakraban ini membuatkan Azeem sayang sangat keluarga ni. Mana ada parent yang sanggup datang ke UPM semata-mata anaknya hanya suspek denggi dan pengsan. Nasib baik Azeem tidak memberitahu keluarga Azeem yang Azeem kena langgar, jika tidak pasti muka ayah Azeem ada di UPM.
Kerana itu, Azeem suka sangat lihat drama brothers & Sisters, pasti macam-macam reaksi muka yang dapat dilihat dari Azeem. Hidup Hamiguchi....
****************************
apa yang Azeem beli hanya akan dilihat apabila anda dapat melihatnya
*****************************
Peace...,
xZYm
Jan 26, 2009
6 + 2
6 + 2
Dear PK,
Sedang enak Azeem dibuai mimpi, tiba-tiba sahaja kawan serumah Azeem mengejut. Katanya dia ada rancangan malam ni, nak keluar gi Alamanda. Azeem 'dipergunakan' untuk mengajak 2 kawan kami yang tinggal di luar, Ana & Ju-y. Akhirnya mereka setuju dan tiba lebih awal daripada yang disangkakan. Sudahlah teman serumah Azeem belum lagi siap, dengan tiba-tiba ada masalah dalam bilik Taq, malu rasanya perempuan menunggu lelaki.
Kami di Alamanda hanya datang untuk bersuka-ria sebelum tiba minggu test. Makan...Bowling... Karaoke...Makan tengah malam di Bangi (include shisha) and finally lepak sampai awal subuh. Memang dua team ini boleh bersatu 6 lelaki dan 2 perempuan.
Video rakan-rakan Azeem main bowling
Fida
Ben
Taq
Juwai
Ana
Azeem
Shahir
Shamil
Duet antara Taqsyah & Juwai Septriasa
Peace..,
xZYm
Jan 23, 2009
YB Shamil
YB Shamil
Dear PK,
Dalam keadaan bosan mendengarkan letcure 3 jam, rakan Azim yang duduk di sebelah tiba-tiba memberitahu yang dia mahu belanja sate kajang. Mula-mula Azim fikirkan yang dia mahu mengajak hanya beberapa orang rakan rapatnya sahaja, rupa-rupanya hampir 30 orang dijemput malam khamis jam 9.30pm. Akhirnya hanya 4 buah kereta bergerak = 21 orang
Konvoi kami mula di Petronas Sri Serdang, dengan satu tujuan untuk menikmati 'duit MPP baru'. Dia mahu meraikan kemenangannya dalam pilihanraya yang lepas. Destinasi kami Sate Hj Samuri, Kajang. Sampai disana terus Shamil memesan 200 cucuk sate (ayam,daging & perut). Ini dikira gathering terbesar yang pertama diadakan bagi 2nd year vet.
9 cucuk dimakan oleh Azim dengan merasakan setiap kenikmatan bersama dengan kuah kacangnya. Apabila dikira lidi yang tinggal,Azim makan '4 cucuk' sahaja. padahal 5 cucuk lidi Azim pass pada Shahir. biar melekat sikit gelaran cookie monster pada dia.
Me with MPP
MPP (Shamil) & Directer Olympia Vet (Benny)
Classmate yang datang + ketua kelas (CP)
Thanks to new MPP. Harap akan dapat jalankan tugas dengan baik.
Peace...,
xZYm
Jan 20, 2009
Basketball DVM2
Basketball DVM2
Dear PK,Masih lagi mengekalkan kejuaraan kami. 3 perlawanan dengan senior dan junior memberikan kami 3 kali kemenangan. Azeem @ Abg Wisel menjaga masa perlawanan. Riuh suasana di 'court' kerana hampir semua memanggil penyokong masing-masing. DVM1 dengan baju vetcampnya sehinggalah DVM4 turut menghantar penyokong yang agak ramai.
Paling ketara sekali pada DVM2. memang riuh sakan dibuatnya. Kehadiran Wen Chee, Vish, Chen Phing and others memberi semangat kepada batch kami. Shahir mesti bangga kerana dia first sekali dapat menyumbangkan mata. Thanks to all players. U all add more point to our batch.
DVM2
*********************
sorry to Hazira Filza kerana salah tulis nama
************************
Peace..,
xZYm
Dr Siti
Dr Siti
Dear PK,
Semuanya berjalan lancar. Apabila Azeem ternampak nama Dr Siti Khairani Bejo akan menyambut birthday pada 18 January Jumaat lepas,terus Azeem rancang bersama yang lain untuk mengadakan kejutan.Sebagai penasihat akademik bagi 14 orang pelajar DVM2, memang patut kami raikannya. Happy birthday Dr. dan memang Dr terkejut besar. Nampak dia sangat terharu, rancangan kami menjadi. Mula-mula beliau macam binggung sahaja,bila masa beliau mahu adakan perjumpaan. Dayah siap kata hal penting lagi.
Dr check diary beliau, tanya kawan baik dia Dr Zunita tentang perjumpaan ni. rupanya ada kejutan menanti. Kami semua sayang Dr. the best PA!!
Peace..,
xZYm
San Frans & Secret recipe
San Frans & Secret recipe
Dear PK,2 hari berturut-turut Azeem dibelanja oleh orang semasa dinner. mula-mula pizza San Frans. dah lama Juwai belanja after we wat kejutan bezday kat dia. kelam kabut nak pilih hadiah, rupanaya susah gak nak beli baju perempuan. pilih yang semua setuju. Akhirnya kami berjaya memilihnya juga. She wear it today,nice...
Taq & Juwai.oh....
Ben, Azeem, Jawe, Juwai
Ana & Shahir
Today, Sya pula belanja di secret recipe. mula-mula dengar tidak jadi, tiba-tiba Juwai call cakap tunggu jam 5 di kolej. before that,Ym dengan someone. He ask me, Azeem sebenarnya geng mana? A or T. dua-dua lah... lagipun dua-dua ni ada connection. T-J & A-F. Love...
Azeem, Ju-Y & Hazel Cheese
Shima
*********************************
Shamil & Cc, wakil fakulti Azeem menang dalam pilihanraya kampus.. 'dia',kalah dengan dua orang cina (boleh dia fokus dalam pelajaran). walaupun suasana tahun ni tidak semeriah dulu, tiada perang poster dan kempen, ada juga yang sabotaj pilihanraya tahun ni. Tiada akhlak lansung siapa yang rosakkan poster calon fakulti veterinar. Mudahan Allah tunjukkan mereka cara berpolitik cara Nabi and sahabat
***********************************
Peace..,
xZYm
Jan 19, 2009
Jawa & Motor...
Jawa & Motor...
Dear PK,
Ini ada sedikit tatapan mata kepada mereka yang mengenali atau belum mengenali owner sarawakian boy. Azim, Fida dan Taq rancang untuk melihat dia dengan aksi ini....
Peace..,
xZYm
Bowling K17
Bowling K17
Dear PK,
*****************************
TEMPAT : BOWLING CENTRE, MINES
MASA : 10 AM -2 PM
***************************
286, skor yang mampu diberikan oleh Azim dan team Azim. thank to filza,Shakira and Fara ajak Azim join team. rasanya kami tak dapat tmpt last, at lest 3-4 place before last place. macam tahu-tahu sahaja tak masuk final,trus kami take a lunch kat Pizza. Jawe join with us.
Azeem
Fara
Yang menariknya group yang diketuai oleh Jacky memang happening. CP,Vish and Sya buat bowling center macam rumah mereka sahaja. Apabila final sahaja, jadi ramai pula penyokongnya. makin bisinglah kumpulan ini. that why this group memang sorak.Peace...,
xZYm
Jan 17, 2009
Circus
Circus
Dear PK,
Kembali lagi acara utama fakulti Azim. jika 2 tahun lepas Azim jaga traffic, tahun lepas Azim jaga PA System, kali ni Azim bawah sector pendaftaran. mudah sikit kerja rasanya. memang Azim tidak mahu pegang PA system lagi,even director ada tanya Azim pasal PA System. memang susah jaga PA system masa DOGHATON.
Tema tahun ini circus. kalau ikutkan hati ingin tema Holloween or superheroes, tapi kuasa penentu dibawah director. memang tuah Britney tahun 2009. bulan Ogos ni pasti bukit ekpo penuh dengan badut. jangan baju doghaton belang-belang macam badut sudah...
Kembali lagi acara utama fakulti Azim. jika 2 tahun lepas Azim jaga traffic, tahun lepas Azim jaga PA System, kali ni Azim bawah sector pendaftaran. mudah sikit kerja rasanya. memang Azim tidak mahu pegang PA system lagi,even director ada tanya Azim pasal PA System. memang susah jaga PA system masa DOGHATON.
Tema tahun ini circus. kalau ikutkan hati ingin tema Holloween or superheroes, tapi kuasa penentu dibawah director. memang tuah Britney tahun 2009. bulan Ogos ni pasti bukit ekpo penuh dengan badut. jangan baju doghaton belang-belang macam badut sudah...
Peace...,
xZYm
Accident
Accident
Dear PK,
Pagi semalam kepala Azim terasa berat sangat sehinggakan Azim terpaksa menelan 3 biji panadol selepas solat Subuh. apabila tersedar,hanya tingggal 30 minit sahaja untuk ke kelas. terpaksalah Azim tumpang orang. Tetapi badan ni pula rasa tidak enak. Azim gagahkan juga untuk menumpukan apa yang letcurer cakapkan.
Apabila hendak solat Jumaat,Azim berjalan kaki ke masjid dari fakulti Azim. tiba-tiba sahaja rasa hendak pitam ditengah jalan semasa Azim hendak melintas. Sebuah Kereta Waja terlanggar kaki kiri Azim. Alhamdulillah kereta itu sempat memberhentikan keretanya. Kaki Azim rasa lengguh sedikit.
Semasa di kelas physiology, badan Azim mula panas. memang rasa berat sahaja kepala ni. Kaki pula makin sakit. kawan Azim syorkan Azim pergi sahaja pusat kesihatan. nasib baik ada kawan yang memahami,dia hantar Azim ke pusat kesihatan dan kaki Azim dibalut. Hari ni kena pergi sekali lagi untuk pemeriksaan x-ray.
Pulang sahaja ke kolej, kawan serumah Azim tanya mengapa tidak sekali dengan mereka ke masjid,kan Azim demam. ketawa kecil Azim. masakan 7 orang disumbat dalam satu kereta. Kenalah belajar mengalah.
peace...,
xZYm
Jan 15, 2009
Flu
Flu
Dear PK,
selesema aka hidung akan mengeluarkan mucous pasti akan menyebabkan sesiapa yang terkena jangkitan virus@bact ni tidak berasa selesa. Mula dengan cecair seperti air keluar dari hidung tanpa henti sehinggalah semi solid yang melekat pada nasal cavity pasti membuatkan farink rasa tidak selesa.
benda ini berlaku pada Azim sekarang,malam hampir ramai coursemate Azim juga terkena selesema. Susah untuk memastikan siapa yang membawa virus tu,tetapi Azim rasa dia(perempuan) yang bawa. betul kata Ju-y,kawan Azim yang dia pembawanya.
Peace...,
xZYm
Panjang umurnya..
Panjang umurnya..
Dear PK,
Hari isnin lepas baru sahaja Azim menyambut sambutan hari lahir Azim bersama-sama 'geng-geng' Azim. We decide to go Alamanda dengan kereta sewa. pengalaman yang menarik semasa pergi,thanks to Ana Bang. belum putus lagi mana nak makan,sampai Alamanda semua setuju makan di Noodle Station.
Sebelum tu, my geng bagi hadiah. baju. 1st Azim suka b'coz warna ungu, 2nd sebab dia belang-belang. thanks to my 'geng', Sya, Shima, Ju-y, Ana and Fil. You make me fell like i still have a friend.
Peace..,
xZYm
Jan 13, 2009
Kejutan Patho..
Kejutan Patho...
Dear PK
Kehadiran Dr Jasni memberikan kejutan membuatkan riaksi berbelah bagi. apabila dia memberitahu 1st test next week, rasa macam nak pengsan sahaja. shopping fever belum tamat lagi even mega sell dah habis.
apabila Dr Nordin memberikan contoh soalan semasa waktu amali,semuanya seperti kebinggungan. apa yang hendak dijawab??? the week of exam starting next week. hu....
Peace..,
xZYm
Jan 12, 2009
wonderful weekend
Wonderful weekend
Dear PK,
Hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti, start pada malam hari Jumaat sehinggalah petang Ahad. shopping sakan lah kawan-kawan Azim apabila JPA memasuki duit ke dalam akaun bank. barang-barang idaman dibeli dan Azim pula dapat tunaikan satu hajat Azim iaitu botol air Adidas. bolehlah bersaing dengan Fil
Tempat-tempat yang telah Azim copkan tapak kaki pada hujung minggu lepas :
- Alamanda - makan-ing, window shopping, playing, kara oke-ing, surpiring some one..
- Kondo South city - seseorang yang Azim hendak beri kejutan birthday tinggal disini. HAPPY BIRTHDAY JUWAI aka 'Mrs Taq'. We lepak, makan, minum, playing games, tidur, watching tv and Azim skip class memanah (oops...)
- Mid Valley - Shopping time, if budak perempuan lihat budak lelaki shopping,must terkejut besar. mana tidaknya sampai lenguh kaki Shamil, maybe risau pasal sport day esok.
- Stadium universiti - ada perlawanan yang di-director oleh Shamil. must tolong. walaupun kalah,still my batch akan tunjukkan belang time ping pong.
- Kolej (katil....) - setelah penat.....TIDUR!!!
Peace..,
xZYm
Jan 10, 2009
Rebonding
Rebonding
"kau rebonding eh?" Syakira
"mana ada,membazir duit sahaja" Azim
"tipulah, nampak lurus je" Syakira
Dear PK,
Ingin juga untuk melakukan rebonding,tetapi memikirkan yang benda ini bukan satu keperluan mustahak. rasanya rambut Azim memang semula jadi lurus tetapi ikal dibahagian belakang. memang smart lah jika nak ikut stail Joe Jonas. Ini Azim bagi tip,tak payah buat rebonding
- Pakai syampu, perapi dan rawatan yang baik sikit (Elseve L'oreal paling best)
- jangan keringkan rambut dengan ganas,try lepas shower keringkan rambut dengan cermat
- kalau tak pakai wax, pakailah minyak zaitun (sunnah..)
- make sure jangan 'patahkan' rambut
Peace..,
xZYm
Jan 8, 2009
Kereta Idaman
Kereta Idaman
Dear PK,
Beberapa hari yang lalu, ketika sedang berborak bersama rakan-rakan, terkeluar isu kereta idaman yang memang dinanti-nantikan. Azim amat meminati Suzuki Swift bewarna merah. Diizinkan Allah memang kereta itu kereta pertama yang bakal Azim beli setelah masuk alam pekerjaan
Peace..,
xZYm
Jan 7, 2009
Seminggu di semester 4
Seminggu di semester 4
Dear PK,
Hari ini genap seminggu Azim memulakan kelas semula. yang penting Azim perlu tingkatkan lagi azam untuk naikkan CGPA Azim semester ini. Dengar kata ramai yang drop semester lepas. Tetapi tidak bagi Azim. Siap dapat pujian lagi dari PA Azim yang Azim meningkat. tetapi sangat jauh dengan target 3.5 kurang 0.47 dari yang dikehendaki.
Subjek semester ini banyak juga yang mencabar,harap Allah mudahkan dan di Luth Mahfuz Azim tertulis Azim dapat 4.0
Bacteriology
Ethic Vet
Anatomy
Pathology
Physiology
Small Ruminant *coming soon
Peace..,
xZYm
Jan 2, 2009
Laptop
Laptop
Dear PK,
Tidak tahulah apa yang banyak difikirkan oleh Azim sehingga laptop Azim tertinggal ketika ayah menghantar balik ke universiti. memang kena ceramah free dari Seremban sehingga ke Serdang. Mak hanya mampu tersenyum sahaja.
Ketika orang sibuk memikirkan cara untuk menyambut tahun baru masihi, Azim pula bergegas pulang ke rumah dan hanya mampu melihat percikan bunga api di Danga Bay. terfikir juga adakah sama percikan bunga api ini dengan percikan bom di Palestin.
Peace...,
xYMe
Jan 1, 2009
New Home
New Home
Dear PK,
Seronok juga suasana rumah baru. Walaupun belum ketemu pengganti dan kawan area sini, rumah Azim tidak perlu memasang penghawa dingin. Memang sejuk di waktu malam. Memang tidak dinafikan kurangnya hiburan di sini,nama pun ulu, tapi banyak benar hypermarket.
Saudara mara Azim pula berpusu-pusu ke rumah Azim. Tak menang tangan mak Azim melayan tetamu.
- Keluarga sebelah ayah Azim - malam kami pindah
- Mak Ngah Azim + 2 anak saudara Azim - 24/12
- Kedua-dua atuk Azim - one week
- Mak Inah + Mak uda - 2-3 day
- 'Ibu' aka kakak Amy search - 31/12
Subscribe to:
Posts (Atom)