Feb 13, 2010

Agama berbeza

Dear PK,
Bersyukur Azeem kerana lahir di Malaysia kerana dapat menyambut pelbagai perayaan bangsa lain tanpa sebarang ancaman. Perayaan kaum cina, india, bangsa-bangsa lain boleh diraikan dan dapat merapatkan hubungan 1Malaysia.



Akan tetapi,ulama-ulama acap kali menasihatkan bukan semua perayaan bangsa lain kita boleh raikan dan ikut apa yang mereka lakukan. Paling ketara sekali sambutan Valentine's Day yang disambut oleh bangsa Eropah dan kini menular ke negara-negara Asia.


Valentine's Day yang dikatakan hari untuk kita meluahkan perasaan kasih-sayang kita kepada orang yang kita paling sayangi. Umat Islam yang meraikan 100% mirip orang bukan islam meraikan dikira keluar agama. Kebiasaannya hari kekasih pasangan akan keluar bersama-sama,membeli hadiah (harga mahal dari hari lain) keluar makan malam bersama-sama dan akhirnya akan terjerumus dalam maksiat.
Lagipun tujuan utama hari kekasih ini adalah untuk memperingati kematian seorang paderi kristian yang dihukum bunuh oleh kerajaan Rom. Sangat-sangat malang kepada mana-mana orang yang masih lagi merasakan dirinya Islam meraikan perayaan ini. Dalam Islam,setiap hari merupakan hari berkasih-kasihan,umat Islam yang tak bertegur sapa selama 3 hari pun sudah jatuh haram. Umat Islam dibina dengan dasar kasih sayang bilamana kaum Muhajirin & Ansar disatukan serta Rasulullah mengajar orang menganut agama Islam dengan kasih sayang.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Tepuk dada,tanya iman

0 Sentuhan:

Post a Comment

cARDIO TherApY