Jun 26, 2012

Pindah

My blog dah berpindah.. no more Mamat UNGU.

http://fromazeemtoa.wordpress.com/

TQ

Sep 5, 2011

Book of Forgiveness

Dear PK,
Salam Lebaran...

Lambat benar Azeem tulis mengenai aidilfitri. Semuanya gara-gara mengadap laptop menonton semula CHARMED. hanya pause/stop bila nak makan/tidur/gi raya sahaja. Walau macam-macam cerita keluar, Charmed tetap cerita paling best yang pernah Azeem tonton (start follow pretty little liars bila Holly berlakon sekali)

Hari raya,tahun ni maybe mengembalikan tradisi konvoi. tak sangka setelah sekian lama atuk Azeem sakit, meninggal 2 tahun lepas, konvoi ini dilupakan. Tahun ini, 6 kereta bergerak serentak sekitar Batu Pahat. Mungkin tahun depan tambah lagi kereta.

Tiket bus dah dibeli. Hanya menunggu masa balik ke U. dengan report praktikal tak buat lagi, cc separuh jalan, langsung tak ada hati nak balik U.

P/S : Salam lebaran kepada semua muslimin & muslimat terutamanya my best fren yang merajuk memanjang coz tak datang majlis perkahwinan dia.

Aug 28, 2011

Terbaik R..

Dear PK,
Lebih sebulan Azeem menghilangkan diri, belajar erti kehidupan cara sebenar. Rasa seronok kembali. Kenal pelbagai ragam manusia. Sampai SP, dah rasa lain. macam ada suasana nak jumpa keluarga membuak-buak. Tak pernah rasa sehebat, walaupun duduk di universiti.

cukup cerita pasal apa yang Azeem buat bulan Ramadhan. Rasa nak cerita pengalaman di universiti pula. 7 kali Ramadhan disambut ketika Azeem berada di Universiti. Antara yang paling diingati tahun 1 DVM.

Azeem selaku bendahari program Ramadhan di kolej. kena save bajet yang diberi, tadi dalam masa yang sama nak adakan pelbagai program. Tapi bukan itu yang menjadikan Ramadhan itu seronok. Yang seronoknya, kami akan berbuka beramai-ramai. Masa tu hanya ada 2 motor sahaja, bergilir-gilir akan ke bazaar atau kedai untuk membeli makanan.

Makananya biasa sahaja, tetapi keakraban kami yang penting. sehari 3,4 dulang akan digunakan. Kalau tak silap,Azeem sorang sahaja tahun 1. Kemudian, kami hidupkan moreh disurau, malah khatam Al-Quran + majlis penutup pun kami adakan di surau (bukan di dewan). Masa tu program diketuai oleh Qayyum.

Tahun-tahun kemudian, majlis Ramadhan di surau kolej dah jadi macam acara yang terlalu formal. majlis berbuka + moreh sudah tidak kelihatan. tahun lepas, Azeem try berbuka & sahur di surau, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang join. Rasa rindu pula pada mereka.

Jul 31, 2011

S lebih popular dari R

Dear PK,

Apabila terpapar entri ini, Azeem berada di Pahang sepanjang bulan Ramadhan ini. Saja, set biar entri keluar malam ini.

Kali ini macam nak bercakap pasal Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu.

Kerap kali kita akan ingat Ramadhan bila terpapar di iklan-iklan TV or hypermarket tentang promosi raya. Oh, baru terfikir bulan puasa nak dekat. Masa tu bukan fikir apa yang perlu dilakukan pada bulan puasa ni,tetapi difikirkan barang-barang Syawal dah sedia belum. Bagaimana dengan baju raya? Langsir? Duit raya?

Kebanyakkan orang lupa tentang Ramadhan. Kecian dia,dikenali atas sebab bulan lain. Kalau diingatkan pun sebab ada bazaar. Padahal bulan ini yang patut diraikan. Disusun betul-betul apa yg akan dilakukan, biar jangan tinggal apa-apa pun ibadat wajib & sunat. Apa yang bakal dilakukan pada pagi / petang / malam / tengahmalam.

Satu lagi kelebihan bila terdengar sahaja Ramadhan,manusia mula rasa nak buat sesuatu yang baik + cuba nak berubah. Kebiasaannya, nak khatam Al-Quran. Tapi sejauh mana azam ini boleh dilakukan? Tanpa tadarus? Jika 11 bulan sebelumnya, Al-Quran jadi perhiasan di bilik. Begitu juga dengan nak solat 50 rakaat (wajib + sunat) tanpa dicampur solat tarawih, jika solat sebelummya ronggak. Ramadhan akan mencerminkan amalan kita selama 11 bulan sebelumnya. Jika Allah suka dengan 11 bulan kita, dijemput kita dengan riang, diberi kemudahan Ramadhan + amalan kita diganda-gandakannya. Moga Allah pilih Azeem & korang semua terpilih jadi tetamu yang disukainya di Ramadhan.

*p/s : Ustaz yang bagi ceramah kat makmal JB ni ckp : Semua orang bersolat akan berpuasa, tetapi bukan semua orang berpuasa akan bersolat.

Jul 17, 2011

Permainan dulu & kini

Dear PK,
Hari ini, kanak-kanak dilimpahi dengan pelbagai permainan electronik yg boleh dikatakan sebagai 'sukan' bagi mereka. Kalau masa zaman Azeem dulu, paling popular pun sega.. dah masuk high school baru ada PS & gameboy.

Sekarang macam-macam ada. Mcm jadi kemestikan satu rumah at least ada satu biji video game console. Xbox 360, PS3, PSVita, PSP, Nintendo DSi XL, Wii... 24/7 akan mengadap depan benda ini.



Tapi jadi kelemahan ini,kanak-kanak kurang merasai pengalaman bermain di luar. Kalau dulu,selepas asar, kanak-kanak akan keluar,main..jatuh..dapat luka..gatal sana-sini..semuanya jadikan kenangan ketika dewasa nanti (*ada gak tengahari dah keluar)

Police and thief want to jaga,buat rumah atas pokok,baling selipar, batu seremban, tutup botol, galah panjang, sorok-sorok. permainan itu menjadi proses pekembangan kanak-kanak dahulu. Bila dewasa sikit, bola sepak (azeem memang tak reti main langsung & sampai sekarang tak minat langsung tgok/main/sokong), rounders, badminton. Bila kita jatuh, rasa sakit, itu yang menambahkan kenangan. kanak-kanak sekarang,paling teruk pun dapat rabun sahaja...


Rasa rindu lupa pada kawan-kawan sepermainan dulu,semuanya dah pindah serata M'sia. Memang seronok jadi kanak-kanak milo dulu..

Jul 12, 2011

Bukan semua orang cakap betul

Dear PK,

INDIA!! Bila sebut pasal India terkenang di lubuk minda bahawa negara itu kotor, berbau, makanan teruk & macam-macam lagi yang boleh digambarkan. Apabila 33 hari di India, mengubah segala-galanya. Bukan semua negeri-negeri di India boleh digambarkan teruk.

Mula-mula takut, untuk makan, minum di kedai-kedai, tetapi Azeem mula enjoy pula makan di sini. Air minuman, bak kata pensyarah disini, hanya minum air di dalam U sahaja or air panas.. Persekitarannya bersih & nyaman. Cuba kadang kala pada minggu pertama terasa panas yang amat sangat. Kemudian kami dihadiakan dengan hujan berlimpah luah,sehingga kesemuanya terpaksa membeli payung.

Trafik sahaja problem. Non stop hon dibunyikan. Terasa bingit juga telinga,lama-lama dah immune kot. Sepanjang perjalanan kami di sekitar kawasan U, tak Nampak lansung orang yang telanjang or meraba –raba. Peduduknya lebih berpendidikan. Cuma sekali dua,terpandang orang kencing berdiri dipenjuru @ tembok dinding.

Sistem pendidikan VET di sini? Sistemnya banyak fokus pada ternakan. Rasa kesian juga bila mereka belajar surgeri 3 semester,tetapi hanya apply kesemua teknik surgeri pada satu anjing setelah tamat kelas surgeri. Tetapi mereka tetap bangga bila VET diiktiraf 2nd course terbaik. Malaysia? Entah no berapa.

Kebanyakkan pesyarah yang terlibat, antara terbaik. Tak sangka di hari terakhir, ada majlis ‘graduasi’ kami. Diserahkan sijil & buku manual kepada kami. Buku Manual tu yang mahal!! Tak dapat mana-mana beb…

Kes CC? mostly dah dapat kes. Azeem, more to bact case.



If ada peluang ingin lagi pergi ke sana, tapi bukan untuk tempoh yang lama.. 2/3 hari mungkin cukup. Untuk jumpa balik ke semua pensyarah-pensyarah di sana yang sangat baik.

cARDIO TherApY