http://fromazeemtoa.wordpress.com/
TQ
Setiap hari bewarna-warni. 'Ungu' salah satu warna yang akan menceriakan hidup anda!!
Dear PK,
Apabila terpapar entri ini, Azeem berada di Pahang sepanjang bulan Ramadhan ini. Saja, set biar entri keluar malam ini.
Kali ini macam nak bercakap pasal Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu.
Kerap kali kita akan ingat Ramadhan bila terpapar di iklan-iklan TV or hypermarket tentang promosi raya. Oh, baru terfikir bulan puasa nak dekat. Masa tu bukan fikir apa yang perlu dilakukan pada bulan puasa ni,tetapi difikirkan barang-barang Syawal dah sedia belum. Bagaimana dengan baju raya? Langsir? Duit raya?
Kebanyakkan orang lupa tentang Ramadhan. Kecian dia,dikenali atas sebab bulan lain. Kalau diingatkan pun sebab ada bazaar. Padahal bulan ini yang patut diraikan. Disusun betul-betul apa yg akan dilakukan, biar jangan tinggal apa-apa pun ibadat wajib & sunat. Apa yang bakal dilakukan pada pagi / petang / malam / tengahmalam.
Satu lagi kelebihan bila terdengar sahaja Ramadhan,manusia mula rasa nak buat sesuatu yang baik + cuba nak berubah. Kebiasaannya, nak khatam Al-Quran. Tapi sejauh mana azam ini boleh dilakukan? Tanpa tadarus? Jika 11 bulan sebelumnya, Al-Quran jadi perhiasan di bilik. Begitu juga dengan nak solat 50 rakaat (wajib + sunat) tanpa dicampur solat tarawih, jika solat sebelummya ronggak. Ramadhan akan mencerminkan amalan kita selama 11 bulan sebelumnya. Jika Allah suka dengan 11 bulan kita, dijemput kita dengan riang, diberi kemudahan Ramadhan + amalan kita diganda-gandakannya. Moga Allah pilih Azeem & korang semua terpilih jadi tetamu yang disukainya di Ramadhan.
*p/s : Ustaz yang bagi ceramah kat makmal JB ni ckp : Semua orang bersolat akan berpuasa, tetapi bukan semua orang berpuasa akan bersolat.
Mula-mula takut, untuk makan, minum di kedai-kedai, tetapi Azeem mula enjoy pula makan di sini. Air minuman, bak kata pensyarah disini, hanya minum air di dalam U sahaja or air panas.. Persekitarannya bersih & nyaman. Cuba kadang kala pada minggu pertama terasa panas yang amat sangat. Kemudian kami dihadiakan dengan hujan berlimpah luah,sehingga kesemuanya terpaksa membeli payung.
Trafik sahaja problem. Non stop hon dibunyikan. Terasa bingit juga telinga,lama-lama dah immune kot. Sepanjang perjalanan kami di sekitar kawasan U, tak Nampak lansung orang yang telanjang or meraba –raba. Peduduknya lebih berpendidikan. Cuma sekali dua,terpandang orang kencing berdiri dipenjuru @ tembok dinding.